...
Di rumah istana Khairul Harris, pukul 12.01 tengahari.
ZULL berjalan memasuki perkarangan rumah Khai setelah dibenarkan masuk oleh Lee, Ketua Pengawal rumah Khai. Zull mendongakkan kepala dan melihat di atas tangga yang teratas. Kelihatan Khai telah melambai-lambaikan tangan kepadanya. Zull mengetap bibirnya.
"Aduh, tangga tinggi sangat. Ingat aku rajin sangat ke panjat tangga ni. Siapalah yang suka melawat rumah Kek Span ni. Aku rasa jarang yang suka melawat diorang ni, mesti fikir 10 ke 100 kali untuk ke sini. Aduhai..."
"Zull."
Khai terus memeluk Zull erat. Zull dengan serta merta memicit hidung Khai kerana geram.
"Asal kau peluk aku? Aku tak suka kena peluk, rimas. Kau ada makanan? Aku laparlah."
"Makanan tengahari telah disediakan, Zull datang tepat pada masanya."
"Hahahaha! Jom makan. Ak, nenek kau ada sekali ke? Dia benarkan aku datang atau tak ha?"
"Papa dah benarkan jadi, nenek tak boleh halanglah."
"Papa? Papa apa ni? Papa Zola?"
"Bukanlah, Papa kita."
"Ha? Aku dah ada bapak. Aku tak perlukan dua bapak."
"Bukan, maksud abang, papa Abanglah."
"Oh. Mazhe?"
"Haah."
"Tan Sri Mazhe untuk kau, bukan hanya Mazhe." sampuk Nek Chu sambil menjeling Zull tajam.
"Eh, orang tua ni pun ada dekat sini. Sihat ke Nek?"
"Kau jangan panggil aku Nenek ya. Panggil aku Puan Sri."
"Eh, apa pulak. Nama nenek lagi sesuai untuk Nenek. Nenek, kita kan, kita kan, nak tumpang berak di sini. Boleh? Tapi, kalau nenek tak benarkan pun, saya tetap ingin membuang di sini."
"Apa masalah kau ni? Kau ada rumah kan. Sepatutnya kau membuanglah di rumah kau tu dahulu. Kenapa nak buang di rumah aku?"
"Ala, kita suka buang di sini. Sebab kita, bila kita nampak muka nenek kita terus rasa nak berak."
"Ish! Kalau bukan sebab kau ni kawan Khai, dah lama dah kau kena lanyak dengan aku."
"Eleh! Lanyaklah kita sekarang kalau berani. Bwekkk!" Zull memprovok Nek Chu dengan seronok.
"Janganlah macam ni Nek Chu, Zull ni tetamu kita." pujuk Khai serba-salah.
Roy yang berada di sebelah Khai hanya menggelengkan kepala dan terkadang tergelak kecil melihat kelakuan Zull yang berani itu.
"Tetamu kepala hotak Khai!" marah Nek Chu garang.
"Ahahahahaha! Kepala hotak! Kena marah. Khai kena marah. Wei, Khai kena marah wei. Ahahahahaha!" Zull mengekek ketawakan Khai. Muka Khai mula merona kemerahan.
"Heh, Khai ini ke yang Khai katakan tetamu dan kawan. Tetamu tak patut layan tuan rumah macam ni." sindir Nek Chu.
"Ahah. Okey. Saya minta maaf. Jom Khai masuk. Aku lapar ni. Wekkk, saya tak akan pergi dari rumah ini selagi Khai sendiri tak halau saya. Hmph!"
Zull turut menjeling Nek Chu dan terus berjalan memasuki rumah sambil menarik lengan Khai. Khai hanya mengikut dengan senyuman nipis.
"Ishhhhh!"
YOU ARE READING
OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)
FantasySepuluh batu permata Saphira telah jatuh ke bumi. Batu-batu itu telah memilih pemegang yang dirasakan layak untuk memiliki mereka. Sesiapa yang memiliki batu itu akan mempunyai kuasa. Dilan dan kawannya yang lain telah berjuang habis-habisan untuk m...