Bab 46: Skremin Grek

35 8 0
                                    

Di rumah Cikgu Azrell, pukul 2.45 petang,

AZRELL membuka pintu jeriji rumahnya dengan wajah sedih. Dia memasuki rumah sewanya sambil membawa kotak barang-barang dari tempat kerjanya. Dia tahu dia akan dibuang esok. Apabila Rizki melaporkan kepada Pengetua Yang Lee tentang pemecatannya, dia tahu ianya sesuatu yang betul-betul akan terjadi. Jadi, dia sudah hampir siap mengosongkan pejabatnya itu tadi.

Semua guru turut menumpang simpati atas nasibnya kerana mereka tahu Cikgu Azrell adalah guru yang paling efisien terutama sekali dalam mendisiplinkan pelajar. Oleh sebab Cikgu Azrell tegas dan sedikit garang, ramai pelajar takut untuk melanggar peraturan walaupun masih ada segolongan yang berani melanggarnya tetapi, jumlah itu amatlah sedikit.

Cikgu Azrell meletakkan kotak itu di atas meja di ruang tamu rumahnya dan kemudian dia menghempaskan badannya ke atas sofa. Dia duduk berseorangan di dalam rumah itu. Hanya seekor kucing berwarna hitam putih yang menemaninya. Kucing itu diberi nama sebagai Tahi Cicak namun Cikgu Azrell lebih suka memanggilnya Cicak.

Cicak mula menghampiri Azrell yang sudah enak tersadai di sofa. Dia mengiau kepada Cikgu Azrell kerana sudah lapar sambil menggeselkan ekornya ke kaki Azrell. Azrell mengeluh. Dia bingkas bangun dari sofa lalu menuju ke dapur dan mengambil bekas berisi makanan kucing jenama Whiskos. Azrell membelai kucing tersebut yang sedang khusyuk makan.

"Haih, Cicak esok lusa aku nak bagi kau makan apalah. Aku dah kena buang Cicak. Aku dah...kena buang...jadi Cikgu. Cita-cita aku sejak kecik. Hic...Hic..." luah Azrell dan menangis sekali lagi.

Dia memang garang dan tegas di luar, tetapi hatinya sangatlah lembut di dalam, ditambah lagi dia anak sulong dari 5 adik-beradik. Orang kata anak sulong itu luarannya kuat, tetapi dalaman mereka sebenarnya manja dan sensitif. Selepas 5 minit memerhatikan si Cicak, Azrell mula ke bilik air untuk mandi dan menunaikan solat.

Usai solat dia kembali ke ruang tamu. Membuka TV dan menyandar di sofa, matanya terlekat ke kaca TV, tetapi fikirannya sudah berterbangan memikirkan masa hadapannya. Rata-rata guru yang dibuang oleh Rizki tidak dapat bekerja sebagai pengajar lagi kerana tidak banyak sekolah yang akan mengambil guru yang dilabelkan gagal, tambahan pula apabila perkara itu dimasukkan dalam resume mereka. Kemudian, pintu rumah Azrell diketuk. Dia tidak mempunyai pagar rumah memandangkan dia tinggal di rumah bangunan flat. Azrell bangun dan membuka pintu rumah itu dan terpacak wajah yang sangat dikenalinya sedang tersenyum lebar ke arahnya.

"Z...Z...Zull? Kamu buat apa dekat sini?" soal Azrell sedikit terkejut.

"Cikgu!" jerit Zull kuat dan terus memeluk Azrell. Azrell terkesima dan kemudian meleraikan pelukkan Zull itu.

"Ya, kenapa?" jawab Azrell segan sambil menggaru lehernya yang tidak gatal.

"Cikgu menangis ke? Hehe..." soal Zull tersengih-sengih. Azrell tersentap.

"Tak. Kena...kenapa datang sini?" soal Azrell sedikit kaget. Zull tersengih lagi dan memasuki rumah Azrell tanpa kebenaran.

"Ah...Kemas rumah cikgu ni, mesti cikgu ni seorang yang rajin."

"Hei, sesiapa pernah ajar kamu untuk meminta kebenaran dulu sebelum masuk rumah orang tak?" sindir Azrell sambil menyepetkan matanya.

Zull mengangkat jari telunjuknya. "Ada. Ayah, Abang Long, Abang Az, Ibu, Dilan, Pak Cik Zain, Zaniel, Nek Chu...jiran sebelah rumah...anak bos. Ramai lagilah Cikgu. Kalau saya buat senarai, memang panjangnya berjela-jela." balas Zull bersemangat.

"Jadi kenapa kamu masih masuk ke rumah saya tanpa kebenaran?" soal Azrell dengan suara yang agak lembut.

Zull cepat-cepat ke depan pintu kembali. "Ops, maaf Cikgu. Hehe. Cikgu marah?" duga Zull tersengih-sengih.

OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)Where stories live. Discover now