...sambungan Bab 35

41 9 0
                                    

...

PERAMAL Istana atau juga digelar sebagai Obsever (33), memasuki rumahnya. Dia disambut oleh isteri dan seorang anaknya. Nama sebenarnya ialah Ivannois. Dia mula menyedari yang dia mempunyai kuasa Obsever sewaktu berumur 10 tahun. Tidak semua orang akan mempunyai kuasa Obsever. Ia tidak boleh dilatih mahupun dipinta. Hanya orang yang bertuah sahaja akan mempunyai kuasa itu.

Semasa pemerintahan almarhum Tuanku Raisho, tiada seorang pun Obsever dilahirkan. Jadi, Tuanku Raisho tidak mempunyai Obsevernya. Orang yang mempunyai kuasa Obsever yang Tuanku Raisho kenali hanyalah Legenda Tua itu sendiri, iaitu PUTERI SARAFINA. Puteri Pari yang telah mengabulkan TIGA hajat Tuanku Raisho itu.

Setelah menjamu selera, Ivan keluar dari rumahnya dan berada di beranda. Dia ingin menghisap cerut di luar rumah. Sewaktu cuba menyalakan api untuk cerut yang dikepit antara dua bibirnya, seseorang telah merampasnya. Ivan terperanjat dan terus melihat seseorang itu.

"Tuan Putera."

Teriak Ivan dengan wajah terkejut. Namun, dia terus menunduk hormat. Tuan Putera yang dia cakapkan itu melihatnya tajam dan kemudian tersenyum sinis.

"Kuasa yang kau ada itu boleh dipercayai ke?" soal Tuan Putera.

"Bergantung. Ia terserah kepada individu itu sendiri."

"Kau tahu benda apa yang paling menyakitkan atas dunia ni?"

"Um, ditusuk pedang..." teka Ivan ragu-ragu.

"Heh! Dibenci oleh ayah sendiri, itu ialah benda yang paling menyakitkan."

"Jika Tuan Putera Merak maksudkan perihal Tuanku Rai, saya tidak rasa Tuanku membenci Tuan Putera."

"Eya? Jadi, kenapa dia jumpa kau dan tanya apa yang aku akan JADI pada masa hadapan!? Dia risau aku akan menjadi kambing hitam dalam keturunan dia. Itu yang dia risaukan! Tuhan seperti mahu menunjukkan wajah ayah aku yang sebenarnya."

"Tuan Putera tersilap. Tuanku tidak sejahat itu. Dia anak kesayangan almarhum Tuanku Raisho. Tuanku Raisho sendiri yang telah mendidik anaknya."

"Ya, betul dan Tuanku Raisho yang kamu semua agungkan itu telah gagal mendidik anaknya untuk mendidik anak-anaknya pula. ITU ialah kesalahan terbesar Tuanku Raisho. Aku? Kanser? Kanser dalam Olienpiece? Hahaha! Baik, aku akan jadi kanser seperti yang kau cakapkan itu mulai HARI INI. Kau bertuah kerana menjadi saksi pertama perubahan aku menjadi kanser utama dalam Olienpiece."

"Tolonglah jangan begini Tuan Putera. Tuanku Rai dan Putera Mar sayangkan Tuan Putera."

"Jangan sebut nama Putera Mar di depan aku lagi. Oh ya, pengawal peribadi aku akan menjaga anak isteri kau untuk sementara. Mereka akan dilepaskan HANYA jika kau ikut cakap aku."

"Tidak Tuan Putera, tolonglah jangan jadi macam ini. Ini bukan Tuan Putera Merak yang patik kenal."

"Oh ya? Jadi, kenapa aku akan jadi punca perpecahan? Kata-kata kau kepada ayahanda aku akan melekat dalam kepala ayahanda untuk selama-lamanya dan dia tidak akan sesekali pandang aku sebagai anak dia lagi. Bagi dia aku mungkin akan berubah menjadi musuhnya suatu hari nanti. Itulah yang dia akan fikirkan setelah apa yang kau beritahu dia. Jika kau ini bijak, kau tidak akan cakap macam tu dan aku juga tidak akan HANCUR begini. Bukan aku puncanya Ivan, kaulah PUNCANYA."

"Saya cuma beritahu Tuanku Rai apa yang saya nampak dalam visi saya."

"Kau memang tak faham bahasa, kan. Kau cakap kau kenal aku..."

OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)Where stories live. Discover now