Bab 37: Si Pengejar cinta

42 6 0
                                    

Rumah Ayuri, tepat pukul 10 malam.

AYURI termenung di dalam biliknya. Dia memandang siling biliknya itu dan mencebik. Sebenarnya Ayuri sedang memikirkan tentang kisah hidupnya dan perjalanan hidupnya selepas ini. Dia sedang terbaring di atas katil.

"Betul ke aku sukakan Dilan? Atau aku cuma rasa tercabar dengan Tina? Sewaktu aku ternampak Tina memegang tangan Dilan, aku tak rasa marah cuma aku tidak berpuas-hati. Yang aku peliknya Si Dilan ni tak reti-reti dan pertahankan diri dia dari Tina ke? Ayuri, cuba kau bayangkan kau kahwin dengan Dilan dan Dilan tak marah pun kalau ada orang pegang tangan dia sebab dia akan rasa bersalah..."

"Akulah yang akan makan hati, kan. Haih, Dilan ni terlampau baiklah pulak. Tak apalah, buat apa aku buang masa bergaduh dengan Tina sebab Dilan. Um, aku tak rasa aku sukakan Dilan. Baikhlah mulai hari ni, aku akan fokus dengan kehidupan aku pula. Si Jason ni pula, tak mahu berubah langsung ke hah!? Buat apa aku bazirkan masa untuk tengok-tengokkan dia, kan. Baik aku sambung semula PhD aku di luar negara."

"Lagi sebulanlah kut aku sambung PhD, buat masa ni aku tengok-tengokkan restoren aku dulu. Okey, set! Nak jenguk Mak Cik kejap."

Ayuri bingkas bangun dari katilnya dan berlalu keluar dari biliknya. Dia mahu ke bilik mak ciknya yang berada di tingkat dua.

...

SEMENTARA ITU, Miss Broome sedang merenung surat yang dia dapat daripada pejabatnya pada sebelum ini. Surat itu tidak bernama dan beralamat. Namun, hatinya dapat rasakan sesuatu yang tidak elok akan berlaku. Dia mengetap bibirnya. Dalam surat itu menyatakan yang dia harus ke restoren Ikan Emas pada pukul 5 petang esok. Katanya, dia mengetahui identiti sebenar Miss Broome di dalam Kastelhalia (Istana Utama Raidez). Kemudian, pintunya diketuk.

Wajah Ayuri terpacul di muka pintu dengan senyuman. "Mak Cik belum tidur lagi?"

"Belum, Mak Cik tak dapat nak tidur. Kenapa sayang?"

"Tak adalah saja datang jenguk Mak Cik. Mak Cik selesa duduk sini?"

"Sudah tentulah. Lagipun, Mak Cik dapat tengok-tengokkan kamu di sini, kan. Sesiapa yang melukai kamu, Mak Cik akan hukum."

"Ahahahaha, very funny Mak Cik."

Ayuri terus menuju ke balkoni mak ciknya dan memandang ke arah langit yang dihiasi bintang-bintang yang gemerlapan.

"Mak cik saya mahu sambung belajar semula."

Miss Broome bereaksi terkejut. "Kenapa tiba-tiba? Kamu sukakan Dilan bukan?"

"Kenapa Mak Cik tiba-tiba sahaja cakap pasal Dilan?"

"Mak Cik tanya aje. Jika betul kamu sukakan Dilan, Mak Cik boleh lamar dia untuk kamu. Dia tidak mungkin menolak wanita paling cantik di Bukit Berapi ni. Kamu sudah 25 tahun, sudah boleh bernikah. Selepas menikah dengan Dilan, kamu boleh sambung belajar dengan dia. Bolehlah dia tengok-tengokkan kamu dan mak cik pun tak perlulah risau dengan keadaan kamu di sana."

"Tapi, dia lagi muda daripada saya empat tahun."

"Eh, selama ini kamu terkejar-kejarkan dia, kamu tidak pernah fikir pasal jarak umur kamu dengan dia pun."

"Mak Cik jangan sindir saya ya."

"Mana ada. Okey, mak cik minta maaf. Kamu tahu, umur hanyalah nombor. Tidak menjadi masalah pun. Lagi pun, beza umur kamu berdua hanyalah 4 tahun, bukannya 7 atau 10 atau 15 tahun pun. Esok juga Mak Cik lamar dia."

OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)Where stories live. Discover now