Di Stesen Bas, Pukul 7.15 petang.
ZULL duduk di atas kerusi yang disediakan oleh pihak stesen bas Bandar bukit Berapi. Ayuri dan Zalikha pula duduk di atas kerusi stesen bas yang jauh sedikit dari kerusi Zull. Ayuri masih lagi berasa marah akan Zull yang terlewat datang ke stesen bas itu. Zull mengambil telefonnya yang berada dalam poket seluar dan mendail nama seseorang. Dia menekupkan telefon ke cuping telinga.
"Assalamualaikum Pak Cik." sapa Zull terlebih dahulu.
"Waalaikumussalam Tuan Muda." balas seseorang dihujung talian.
"Tuan Muda, Tuan Muda. Berapa kali saya nak cakap supaya panggil Zull. Zull, Zull dengar tak." bebel Zull menyinga apabila seseorang dihujung talian memanggilnya Tuan Muda. Seseorang itu tergelak kecil apabila Zull membebel-bebel kepadanya.
"Maaf Tuan Muda."
"Tch!" Zull mengigit bibirnya. "Umph, lantak kaulah Liam. Saya nak mintak tolong Pak Cik ni."
"Pasal apa Tuan Muda?" duga Liam (43) atau nama penuhnya Liam Lee Abdullah. Namun, Zull hanya memanggilnya sebagai Pak Cik Liam atau Liam sahaja.
"Saya nak Pak Cik siasat latar belakang Fendi bin Murad Abduh. Gambar saya bagi kemudian, saya pun tak ada gambar dia ni. Pak Cik cari aje semua manusia yang bernama Fendi bin Murad Abduh ni. Dan kecilkan skop dengan guna alamat dia. Ni alamat dia, Kampung Paku Pakis, Sebelah Klinik Desa Paku Pakis, 2XXXX Bandar Pokok Bunga, Terengganu. Boleh tak Pak Cik?"
Liam mengangguk laju. "Boleh Tuan Muda. Jika saya dapat apa-apa maklumat saya akan bagitahu Tuan Muda."
"Okey. Assalamualaikum."
Zull memutuskan talian dan meletakkan telefonnya di dalam poket seluar semula. Kemudian, sepasang kekasih duduk di kerusi berhadapan dengan Zull. Zull mengetap bibirnya apabila melihat pasangan terbabit. Lelaki itu memeluk bahu kekasih perempuannya.
"Ala, sweet pulak manusia depan aku ni." getus hati Zull dan mengetap bibirnya sekali lagi.
"Papa, bila Papa nak hantar rombongan meminang dekat Mama? Dah lama Mama tunggu." kata kekasih perempuannya, Melor dengan lembut dan manja. Dia meletakkan kepalanya ke bahu Si Lelaki.
"Ala, tunggulah. Nanti Papa hantarlah lepas ni. Papa kena balik rumah sekarang ni. Mama, sepanjang Papa balik kampung ni, Mama jaga kereta Papa elok-elok tau."
"Tak sabarnya nak tunggu Papa balik rumah. Mesti Mama akan kesunyian sepanjang Papa tak ada di rumah kita tu. Kenapa Mama tak boleh ikut Papa balik rumah? Masa nilah sesuai cakap pasal hal kita kan."
"Ala, Mama...Papa balik ni sebab ada hal dekat kampung. Kalau tak ada Papa tak akan baliklah ke kampung tu. Papa tak suka tau duduk kampung, dengan nyamuknya. Adoi." Si Lelaki menggelengkan kepalanya.
"Laa, aku ingat dah kahwin. Um..." bisik hati Zull.
Zull tersengih-sengih. Dia memerhatikan stesen bas tersebut dan dapat melihat hanya sedikit sahaja manusia yang berada di situ. Kebanyakkan yang berada di situ berada jauh dari tempatnya. Zull mengangguk dan nekad. Dia menuju ke arah pasangan yang berada di hadapannya.
"Bang, maaflah Bang. Nak duduk sikit, ala bagilah sikit ruang untuk saya. Tak muat punggung saya dengan ruang ni. Tepilah sikit Bang." celah Zull tiba-tiba. Dia cuba untuk duduk bersebelahan Fendi.
"Kau ni siapa? Eh, banyak kerusi kosong dekat sini tahu tak. Bukan ramai pun orang, kau duduklah sana." marah Si Lelaki garang.
Ayuri yang asyik melihat ke arah Zull tadi kerana geram, memerhatikan gelagat Zull yang tiba-tiba sahaja bertukar tempat duduk.
YOU ARE READING
OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)
FantasySepuluh batu permata Saphira telah jatuh ke bumi. Batu-batu itu telah memilih pemegang yang dirasakan layak untuk memiliki mereka. Sesiapa yang memiliki batu itu akan mempunyai kuasa. Dilan dan kawannya yang lain telah berjuang habis-habisan untuk m...