Bab 47: Eksperimen yang Terlarang

42 7 3
                                    

NIEL dan Dilan sedang berehat di dalam bilik masing-masing. Selepas balik dari perlawanan dengan Jerlus dan Skremin Grek, mereka semua hanya berehat dan tidak keluar dari bilik masing-masing selain untuk makan. Setelah itu, mereka memasuki bilik dan tidur sebaik sahaja mereka selesai menunaikan solat Isyak. Joshua juga tidur awal kerana kepenatan berlari. Zull yang baru balik dari tempat kerja pada pukul 9.30 malam tadi, tercongok di depan TV selepas selesai membersihkan diri. TV itu tidak dihidupkan, jadi Zull hanya sekadar memandang TV yang tidak bersiaran. Sebenarnya, dia sedang fokus memikirkan sesuatu. Setelah bosan, dia naik ke atas dan memasuki biliknya.

Masa berlalu dan berdetak pada setiap saat. Pada saat ia menunjukkan pukul 5.30 pagi, Dilan terbangun dari tidurnya dan setelah itu, dia mengurut bahu dan paha kanannya yang masih lagi terasa sakit. Dia bangun dari atas katil tersebut dengan perlahan-lahan. Kemudian, dia melihat Amir yang masih tidur di atas katil yang berada di sebelah kanannya itu. Selimut Amir telah terjatuh ke bawah lantai. Oleh itu, Dilan mendekati katil Amir, mengambil selimut tersebut lalu menyelimutkan Amir. Kemudian, dia membuka pintu biliknya dan terus berjalan ke bilik Zull. Dilan mengetuk pintu bilik Zull buat seketika dan menunggu Zull membukanya. Tidak lama setelah itu, pintu Zull dikuak dari dalam dan kemudian kelihatan kepala Zull muncul dicelah-celah pintu yang dibuka sedikit.

"Dee...engkau ke? Asal ni Dee, aku nak tidurlah. Pergi tidurlah wei. Shuh! Shuh!" ujar Zull sambil membuat gaya menghalau dengan tangannya. Melihat Zull mahu masuk kembali ke dalam biliknya membuatkan Dilan memegang tangan Zull.

"Apa lagi oi..." Zull menggaru-garu pipi dan perutnya.

"Kau sangat hebat semalam."

"Ish, kalau pasal tu, kejap-kejap lagi pun boleh cakap. Apa kau ni."

"Bila kau berjaya ke tahap seterusnya tu?"

"Aku pun tak berapa pasti. Aku asyik praktis setiap malam dan macam yang aku ajar korang sebelum ni, aku cuba cara lain satu-satu sampailah aku mahir.Tapi, apa yang paling penting di antara semua tu ialah 'imaginasi' kita." Balas Zull sambil menunjukkan kepalanya semasa menyebut 'imaginasi'.

"Imaginasi?"

"Ya. Masa aku praktis, aku perasan tentang sesuatu iaitu, semakin kuat imaginasi kau, semakin kuat kuasa kau. Dan melalui imaginasi itulah, kau boleh seru kuasa kau tanpa bersuara pun. Kau hanya perlu fikirkan, bayangkan dan kumpulkannya pada punca kuasa kau. Macam yang Hash pernah kata, kau boleh kawal banyak kuasa kau selepas tahap kau naik, sebab itulah aku boleh ciptakan sayap di belakang aku dan pada masa yang sama mengawal anak panah berapi. Dan, Hash pernah cakap dekat aku yang semua orang Olienpiece ada kuasa unsur. Bezanya hanyalah berapa banyak yang mereka dapat kuasai. Kuasa unsur diorang hanya empat iaitu angin, tanah, api dan air. Yang dapat kuasai satu kuasa sahaja, di peringkat yang lemah dan yang dapat mengawal 4 unsur dianggap yang paling kuat. Kuasa yang selain kuasa unsur digelar sebagai kuasa tambahan dan ia boleh dikuasai lebih dari satu. Musuh semalam hanya menggunakan satu kuasa unsur, jadi dari situ aku dapat agak yang dia lebih lemah dari aku..."

"Oleh itu, Dee...Kalau ada musuh menyerang, benda pertama kau perlu tahu ialah kuasa unsur diorang sebab dari situ kau boleh tahu di mana tahap diorang. Walau bagaimanapun, kau perlu selalu berjaga-jaga. Daripada apa yang aku perhatikan, aku tak rasa diorang atau warga Olienpiece 'tahu' dengan begitu mendalam tentang kuasa mereka sendiri. Macam yang Hash beritahu kita sebelum ni iaitu mereka masih tidak tahu potensi sebenar batu permata ini walhal, Tuanku Tertinggi mereka yang pertama, kurung ia di tempat yang khas. Kau tak rasa ia pelik? Batu ni diletakkan di tempat yang khas dan tidak ramai yang membuat ujikaji ke atasnya kerana ia disembunyikan sendiri oleh Tuanku Pertama. Ianya seolah-olah, Tuanku Pertama tu tak mahu kuasa sebenarnya dikaji dan mahu orang lain menganggap batu permata Saphira tidak penting. Oleh sebab itulah, Hash juga menganggap ia sesuatu yang tidak penting." Jelas Zull panjang lebar sambil memegang bahu kiri Dilan. Rasa mengantuknya mula hilang selepas bercakap banyak dengan Dilan.

OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)Where stories live. Discover now