...sambungan Bab 38

33 8 0
                                    

...

AYUMI dan Khai telah sampai di rumah Istana milik Mazhe. Khai memasuki rumahnya dengan perasaan gembira. Dia terus mendapatkan Mazhe yang sedang membaca sebuah buku buku ekonomi dan bisnes secara talian di atas kerusi di ruang tamu.

"Papa!" Khai berlari anak ke arah Mazhe dan memeluknya erat.

"Anak ayah dah balik. Dah ajak Prof Rachan dan anak buah dia ke sini?" soal Mazhe ingin tahu.

"Ini dia! Ini kawan sekelas Khai merangkap penolong Prof Rachan."

"Hai, sebenarnya Prof Rachan penolong saya, bukan saya penolong dia." Kata Ayumi tegas.

"Oh...okey. Prof Rachan sebenarnya Cikgu saya semasa saya tingkatan 5 beberapa tahun yang lepas. Jadi, mana dia?" soal Mazhe kembali.

"Entahlah papa, Khai dan ajak dia. Mungkin dia lambat sikit."

Mazhe mengangguk faham. "Tak perlulah kita buang masa lagi. Jomlah ke meja makan. Bella dan yang lain sudah siap masak tadi."

Bella merupakan Ketua Orang Gaji di rumah mereka. Tidak lama setelah itu, kelibat Nek Chu kelihatan sedang menuruni tangga rumah.

"Eh, cucu Nek Chu dah balik ya."

"Ya Nek Chu. Nek Chu kenalkan kawan sekelas Khai, Ayumi."

"Ayumi?" Nek Chu terus melihat Ayumi daripada atas dan ke bawah. "Mak ayah kamu kerja apa?"

"Ayah saya seorang saintis dan pemilik Makmal Kimia dan Bioteknologi terbesar di Malaysia. Mak saya seorang Pensyarah dan merupakan Naib Canselor Universti Antarabangsa Se-Malaysia (UASM)." balas Ayumi selamba dan dengan bangga.

Selama ini pun, dia memang berbangga dengan pencapaian ibu bapanya itu. Dia juga bercita-cita untuk mengikuti jejak langkah ayahnya dan menyambung legasi ayahnya itu. Mendengar penerangan Ayumi telah membuatkan Nek Chu menghembuskan nafas lega.

"Ah, akhirnya seseorang yang layak menjadi kawan Khai." getus hati Nek Chu dan terus memegang tangan Ayumi dengan erat. "Selamat datang ke rumah kami Ayumi. Kamu buatlah macam rumah sendiri dan satu lagi, kalau kamu ingin datang ke sini hari-hari pun saya alu-alukan Ayumi."

"Terima kasih Puan."

"Ah, panggil saya Nek Chu."

"Baik Nek Chu."

Khai melihatnya dengan gembira. Dia juga tumpang gembira apabila Nek Chu menyukai Ayumi. Hal ini kerana kebanyakkan kawan yang dibawanya selalu tidak menepati citarasa Nek Chu, lagi-lagi Zull. Mereka semua menjamu selera di meja makan itu dan tidak lama setelah itu Prof Rachan turut hadir.

Selepas hampir dua jam berada di rumah Khai, akhirnya Khai menghantar Ayumi balik. Khai memandang ke arah Ayumi dengan perasaan gembira.

"Terima kasih sebab sudi makan malam bersama-sama keluarga saya."

"Um, okey. Terima kasih juga."

"Sama-sama. Oh ya, saya rasa saya nak berhenti di kedai kek hari itu. Saya nak belikan kek untuk kawan serumah awak dan Tina. Saya tak sabar nak jumpa dia."

Ayumi mengerutkan dahinya. "Bukankah awak sudah berjanji untuk melupakan dia?"

"Saya tahu tapi..."

"Huh, tak boleh Khai. Awak kena lupakan dia! Kita sudah buat perjanjian tadi, kan."

"Cik Ayumi, saya tak boleh lakukannya. Ah, Ayumi...!"

Ayumi merenggut kolar baju Khai dan menariknya ke atas dengan kuat. "Awak tidak boleh mungkirinya Khai. Jika saya tahu awak masih terhegeh-hegehkan Tina, saya akan potong alat sulit awak dan bagi anjing makan. Awak mahu saya lakukannya kepada awak...?"

OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)Where stories live. Discover now