...sambungan Bab 3

237 23 24
                                    

...

YURINA dan Henna menuju ke arah kafe bersama-sama. Mereka berdua ke kafe terlebih dahulu kerana ingin makan di sana. Mina dan Tina pula masih di dalam kelas dan sedang bersiap-sedia untuk ke kafe. Mereka berdua baru bangun tidur memandangkan mereka menghabiskan masa yang terluang dengan tidur di dalam kelas.

Sewaktu menuju ke pintu kelas, Tina terlanggar seseorang. Tina meminta maaf cepat dan cuba meneruskan perjalanannya untuk keluar namun, lengannya dipegang oleh seseorang tersebut.

"Kau langgar aku dan ingin pergi macam itu aje." marah seseorang tersebut. Tina dan Mina memandang ke arah sesorang itu pelik.

"Apa hal pulak, kawan aku dah minta maaf, kan. Apa lagi yang kau nak, Princess." balas Mina malas. Dia sudah lapar tika itu.

"Kau telah langgar bahu aku, sakit tahu tak. Lepas langgar nak 'blah' macam itu aje. Kau kena bertanggungjawab." marah Ayuri (25) atau nama penuhnya Nur Arisya Alaina binti Hariz.

Dia juga digelar sebagai 'Princess' di sekolah memandangkan mempunyai paras rupa yang cantik selain daripada memiliki harta kekayaan yang banyak. Dia menyuruh sekolah itu memanggilnya dengan nama Ayuri kerana meminati salah satu karakter animasi Jepun.

Ayuri merupakan seorang otaku. Namun, dia menyembunyikan hakikat itu daripada semua orang kerana tidak ingin digelar sebagai 'nerd' dan sebagainya.

Ayuri memakai baju seragam sekolah yang agak berlainan daripada pelajar lain. Baju sekolahnya telah direka khas oleh pereka khas dan berwarna pink. Di dalam sekolah ini, hanya terdapat dua orang pelajar sahaja yang memakai baju sekolah berlainan.

Pelajar pertama ialah Ayuri dan pelajar kedua pula ialah Khairul Harris Bin Naufal. Khairul Harris Bin Naufal juga memilih untuk memakai baju berwarna pink. Sekolah hanya membenarkan mereka berdua untuk memakai baju sendiri memandangkan mereka ialah antara penyumbang dana terbesar sekolah. Jadi, mereka diberi kelonggaran.

"La, nak bertanggungjawab macamana lagi." soal Mina menggaru tengkuknya yang tidak gatal.

Dia pelik dengan perangai 'Princess' ini. Tina sekadar mendiamkan dirinya. Dia tiada hati untuk bergaduh.

Ayuri mengipas dirinya dengan tangan. "Ah, panasnya. Ni, kau tak boleh pakai aksesori mewah macam ni lagi. Rantai semua tu, tak boleh pakai. Rambut tu jangan ikat tinggi sangat, kau ingat kau 'Sailor Moon'. Eleh, muka macam tayar pecah." kata Ayuri selamba.

Sebenarnya Ayuri dalam kebosanan, jadi dia hanya ingin menyakat Tina sahaja. Mina kegeraman.

"Minah ni dah kenapa. Ei, sekali aku bagi ni, boleh ranap tulang rusuk." bisik hati Mina geram.

Dia berpewatakkan yang agak kasar. Oleh sebab itu, cara percakapannya juga agak kasar dan seperti lelaki. Dia mengetapkan bibir kerana menahan geram.

"Okeylah. Bye!"

Ayuri berlalu pergi dan diikuti oleh dua orang kawan setianya iaitu Isabella Hamdan (17) dan Silvia Chin (17).

"Menyampahnya aku dengan 'monyet' tu!" marah Mina dan memandang kawannya, Tina yang sedang ralit melihat sesuatu.

"Wah! Cantikkan dia kalau tengok dekat macam tu. Aku rasa aku ingin jadikan dia model baju aku nanti. Tiga bulan lagi ada sambutan Festival Fesyen Malaysia. Kau rasa okey tak aku upah dia?"

Mina menghempuk kepala Tina geram.

"Auch, Mina. Sakitlah. Apa kau ni."

"Dia marah-marah kau tadi, kau boleh lagi nak upah dia."

"Ah, apa aku peduli! Aku tak kisah, asalkan duit aku bertambah. Haha! Eh, jom makan. Aku lapar ni." ajak Tina menarik tangan kawannya itu.

Mina mencebik. Namun, mengikuti langkah laju Tina di hadapannya. Sewaktu melalui jalan berbumbung ke kafe, seorang lelaki melanggar bahu Tina pula. Tina terjelopok jatuh ke belakang.

OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)Where stories live. Discover now