...sambungan Bab 9

119 21 1
                                    

.

.

.

DRAKULAT cuba untuk menghunuskan pedang menembusi dada Mina. Namun tindakannya berhenti apabila tangannya dibekukan dengan ais. Tangannya mengeras. Mina meliarkan matanya luas kerana terkejut dengan kuasa itu.

Drakulat kemudiannya menghancurkan ais itu dengan kuasa habanya. Dia tersenyum. Dia berpaling ke arah kelibat yang berada di jendela rumah itu. Jendela itu terbukak luas memandangkan seseorang itu berdiri betul-betul di atas penghadang.

"Naga Ais, kan." kata Drakulat sinis.

Dia tidak jadi menikam dada Mina. Sebaliknya, dia beralih minat kepada seseorang yang berada di jendela itu. Seseorang yang berdiri di jendela itu menggelengkan kepalanya.

"Aku Puteh dari The Blade Musketeers." jawab Puteh atau Dilan dengan tenang. Dia memakai topeng musquerade yang menutupi 1/3 wajahnya.

"Hahaha! The Blade Musketeers? Kau tidak tahu nama asal kau sendiri ya. Biar aku bagitahu kau, di Olienpiece kau dikenali sebagai Naga Ais."

Drakulat ketawa jahat sebelum memberitahu Puteh tentang Naga Ais. Dilan atau Puteh mengerutkan dahinya. Dia dan Zull langsung tidak tahu apa-apa pasal Raidez. Namun, dia pernah terdengar nama Olienpiece dan Naga Ais sebelum ini dan ianya daripada mimpinya pada sebelum ini.

"Apa yang kau tahu pasal Naga Ais dan Olienpiece?" soal Puteh ingin tahu.

Drakulat yang mempunyai badan seperti manusia itu menjongketkan bahunya. Badannya sama seperti manusia biasa, namun dia mempunyai senyuman yang luas sehingga ke telinga. Separuh mulutnya dikacip dengan besi halus dan kecil. Semua barisan giginya bertaring tajam. Matanya pula bujur dan hitam. Dia juga tidak mempunyai hidung. Dia tersenyum dan tergelak kecil seolah-olah pertanyaan Dilan itu suatu jenaka baginya.

"Nampaknya kamu ialah pemegang baharu. Berapa umur kamu?"

Puteh menguncikan mulutnya. Dia tidak berminat untuk menjawab persoalanan itu. Dia merenung Drakulat tajam.

"Sombongnya. Mak ayah kamu tak ajar kamu untuk menghormati orang yang lebih tua ke. Umur aku hampir 100 tahun dan aku telah menyaksikan banyak perkara di dunia ni dan dunia asal aku, Olienpiece. Aku belajar di Akademi Pertahanan Raidez selama bertahun-tahun untuk berada di tahap sekarang ni. Tahap yang dianggap agak kuat di dalam Raidez. Aku bersyukur sangat-sangat akhirnya aku terpilih untuk beraksi. Haha! Jadi, kau tak mungkin dapat kalahkan aku. Lagi-lagi kau masih baharu." sambung Drakulat lagi sambil tersenyum nakal dan memandang Dilan dengan pandangan sinis.

Dia memandang rendah akan Dilan kerana Dilan masih lagi baharu dan tidak tahu apa-apa. Dilan atau Puteh hanya mendiamkan dirinya dan tidak menunjukkan apa-apa reaksi. Dia tahu Drakulat hanya ingin membuatnya berasa takut.

Jika seseorang itu berasa takut, dia akan menjadi lebih berhati-hati dan ia akan membuatkan seseorang itu berbuat kesalahan kecil lebih banyak. Kesalahan kecil pula, jika digunakan dengan baik, mampu untuk mengalahkan musuh. Dilan tahu tentangnya kerana Zull telah mengajarnya mengenai hal tersebut.

Zull juga menggalakkan Dilan untuk memberi senyuman sinis atau reaksi pelik kepada musuh agar musuhnya menjadi lebih berhati-hati. Walaupun tidak mempunyai apa-apa rancangan namun, pihak musuh akan berfikir tentang sebaliknya. Ia merupakan perang psikologi.

"Ais stalagmit!" jerit Puteh (Dilan) kuat.

Beberapa stalagmit ais mula menuju ke arah Drakulat laju. Drakulat menyeru lembing dua matanya dan menghancurkan stalagmit ais itu satu persatu. Dia menghancurkan ais itu sambil ketawa nakal. Dia sedang berseronok dengan menghancurkannya. Ia membuatkan Puteh menggigit bibirnya sendiri.

OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)Where stories live. Discover now