Puteh dan Biru terjatuh di atas jalan bertar sehingga tempat itu hancur dengan teruk. Badan Biru tidak luka mahu pun tercalar kerana Puteh telah menggunakan badannya sebagai kusyen untuk mereka mendarat.
"Ahhhhhh!" laung Puteh kerana kesakitan yang amat. Seluruh orang di tempat itu dapat mendengar suaranya yang agak lantang tersebut. Bahunya terkehel dan kakinya mungkin telah patah disebabkan impak tersebut.
Pihak polis yang melihat kejadian itu menggelengkan kepala mereka dan masing-masing beriak risau serta takut. Mungkin ada di antara mereka yang mempersoalkan kenapa mereka memilih kerja sebagai polis dari lambakkan kerja yang lain.
Ungu, Kelabu, Hijau, Oren dan Kuning hanya mampu melihat dan mendengar rintihan Puteh. Mereka semua terkedu dengan kejadian tersebut. Musuh mereka amat kuat. Tersangat kuat. Tanpa memunculkan diri atau memberi ruang untuk berehat, ia hanya terus menyerang dan menyerang ahli NS dan TBM tanpa belas kasihan.
Kuning berada di atas bangunan di hadapan bank. Biru telah mengarahkan dia berada di sana dan perlu menyelamatkan sesiapa yang pengsan atau sakit pergi jauh dari situ. Itulah tugas yang diberikan oleh Biru kepadanya. Kini, dia dapat melihat ketuanya pengsan di dalam pelukkan Puteh.
"Yurina, apa yang aku perlu lakukan sekarang? Aku takut..." kata Kuning.
Peluh di dahinya mengalir turun ke bawah pipi bersama-sama air jernih yang keluar dari matanya. Dia baru sahaja selesai menelefon Ayumi atau Merah tadi. Saat dia melihat Biru dicampak tadi, dia terus memanggil Ayumi tanpa berlengah. Ayumi adalah ahli pasukannya yang paling kuat. Jadi, pasukannya betul-betul memerlukan khidmatnya tika ini.
Kepulan asap itu mahu menyerang Oren yang sedang melindungi Kelabu pula. Dia juga tahu tugas dan kuasa Kelabu sangat penting, oleh sebab itulah dia perlu melumpuhkan Kelabu. Dia perlu menghapuskan Kelabu. Dan sebelum menghapuskan Kelabu, dia perlu menghapuskan kedua-dua orang yang cuba melindungi Kelabu. Oren dan Hijau.
Dia cuba menyepak perut Oren, namun tersekat. Kakinya tersekat di udara kerana Oren telah menggunakan kuasa mindanya untuk mengawal kaki kepulan asap tersebut.
"Kau agak kuat." Ujarnya kepada Oren. Itulah kali pertama ia mengeluarkan suara. "Tapi, tak sekuat AKU!" jeritnya dan cuba memukul muka Oren pula. Namun, Oren turut mengawal tangan itu sebelum ia melayang ke mukanya.
"Hiyaaaah!" laung Hijau dengan nada yang geram dan sakit hati.
Dia menyerang kepulan asap dengan angin taufannya dan semuanya terarah kepada badan musuhnya itu. Ia telah berjaya membuatkan musuhnya sedikit berganjak. Namun, kepulan asap itu menghilangkan dirinya sekali lagi.
Dengan tangkas, Hijau berhenti menyerang tempat itu dan bersiap-sedia dengan serangan hendap si pelesap tersebut. Mata Hijau meliar dari kiri ke kanan, ke atas dan ke bawah. Saat firasatnya mengatakan ia berada di belakang, Hijau terus berpaling ke belakang dan menjerit kuat.
"Angin kemarahan!" laungnya dan menghalakan kedua-dua tangannya ke hadapan. Kepulan asap itu berundur dan cuba menghilangkan dirinya sekali lagi. Tetapi, ia tersekat untuk kali kedua.
"HIJAU!" laung Oren. Dia telah berjaya mengawal asap itu walau pun hanya untuk seketika.
Tanpa berlengah, Hijau menyeru ribut taufan yang besar dan menghalakan semuanya ke arah kepulan asap tersebut dengan berkali-kali sehingga ia berganjak dan mengaduh. Hijau menggunakan kuasanya tanpa henti dan dengan sekuat hatinya. Dia sakit hati dan geram dengan kepulan asap itu. Ia telah mencederakan kawan baiknya, Biru serta Puteh dan Maroon tanpa belas kasihan. Ia tidak boleh dimaafkan.
Oren masih lagi mengawal pergerakkan kepulan asap tersebut sehingga kedua-dua hidungnya berdarah.
"Hijau, kawal kemarahan kau...jangan ikutkan emosi dan perasaan sangat." Tegur Oren apabila dapat merasai aura yang berlainan pada Hijau. Oren juga pelik kerana Hijau tidak mudah marah mahu pun naik angin.
YOU ARE READING
OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)
FantasySepuluh batu permata Saphira telah jatuh ke bumi. Batu-batu itu telah memilih pemegang yang dirasakan layak untuk memiliki mereka. Sesiapa yang memiliki batu itu akan mempunyai kuasa. Dilan dan kawannya yang lain telah berjuang habis-habisan untuk m...