...sambungan Bab 20

77 12 0
                                    

...

TEPAT-TEPAT pukul 2.00 petang, jam loceng di sekolah mula berbunyi sebanyak tiga kali menandakan persekolahan telah pun tamat. Zull bingkas bangun sambil menggalas beg sekolahnya.

"Dee, aku balik lambat tau. Kau balik dulu. Tak apakan kau sorang-sorang? Ke takut? Ala, Dee kenapa kau nak takut, tengahari buta kut Dee. Kalau ada orang jahat nak kacau kau, kau bagi pelempang aje, lepas tu kau lari pecut. Lari pecut, bukan berjalan macam siput tau. Kau dengar ke tak ni. Kau kenal ke tak siput? Waduh, Dee. Bukalah telefon tu dan cari. Malaslah nak cakap..."

"Ya, Zull. Kau tak perlu risau. Aku tahulah nak jaga diri aku ni..."

"Boleh percaya ke tak kau ni. Ha, lagi satu. Kalau ada ulat bulu, atau PEREMPUAN GATAL ganggu kau macam Cik T dengan Cik A, kau bagitahu aku. Esok aku kerjakan diorang berdua. Hmph!" pesan Zull sambil berpaling membelakangi Dilan dan menjeling wajah Tina yang berada di belakangnya ketika itu.

Tina membuat wajah cuak dan menelan air liurnya dengan perlahan. Zull berpaling ke arah Ayuri dan membuat reaksi yang sama. Namun, Ayuri membalas jelingan mata Zull dengan jelingan dalam.

Zull mengetapkan bibirnya dan berjalan pergi ke luar kelas. Dia ingin ke bilik Pengawas Sekolah memandangan ada sesuatu yang ingin dia lakukan. Dilan bingkas bangun apabila dia sudah siap memasukkan buku teks dan buku nota ke dalam begnya. Sewaktu ingin menuju ke pintu masuk kelas, Khai memanggilnya.

"Dilan, jomlah tumpang saya. Saya hantar awak balik. Cik Tina nak ikut ke? Ajaklah kawan-kawan Cik Tina sekali." ujar Khai dengan lemah-gemalai.

Tina melihat ke arah Dilan kerana menanti Dilan menjawab pelawaan Khai. Jika Dilan bersetuju, maka dia pun akan bersetuju.

"Um, baiklah. Terima kasih." balas Dilan.

"Ya, jom!"

Tina menyahut dengan laju lalu menarik lengan Mina. Yurina dan Henna mengikut dari belakang.

"Yes, yes! Dapat tengok dia pun jadi. Kenapa Dilan makin kacak ya. Hohoho!" kata Tina di dalam hatinya.

Yurina, Henna dan Mina mengikut Tina, Dilan, Roy dan Khai yang telah berada di hadapan mereka. Mereka tidak ingin menyampuk apa-apa memandangakan mereka hanyalah penumpang. Ayuri yang perasan akan hal itu menggerutu di dalam hatinya.

Dia langsung tidak dapat mendekati Dilan kerana mempunyai dua penghalang. Penghalang pertamanya ialah Zull dan penghalang kedua pula ialah Tina. Ayuri mengambil beg sekolah yang tersadai di atas meja dan berlalu pergi dengan perasaan marah. Bella dan Silvia mengikut dari belakang.

Dilan dan yang lain memasuki kereta milik keluarga Khai. Dilan duduk bersebelahan Khai. Manakala, Tina, Mina, Yurina dan Henna duduk di hadapan Dilan dan Khai. Ayumi pula masih berada di sekolah kerana ingin melakukan sesuatu. Dilan melemparkan pandangannya ke luar tingkap kereta.

"Dilan, Zull pergi mana?"

"Zull ada kerja yang ingin dia selesaikan di sekolah. Er, Khai boleh tak berhentikan kereta dipondok perhentian bas dekat simpang empat."

"Boleh. Kenapa?"

"Um, saya ingin tunggu seseorang." balas Dilan ringkas. Khai mengangguk ringan.

"Kalau macam tu saya pun...Ah..." Tina mengaduh apabila Mina mencubit lengan Tina.

"Kau jangan nak menggatal ya. Dilan ada kerjalah nak buat." bisik Mina perlahan kepada Tina. Tina memuncungkan mulutnya dan mengangguk kerana akur.

Kemudian, kereta yang dipandu oleh Roy Azrai berhenti di depan pondok bas. Dilan turun di situ dan duduk di atas kerusi yang disediakan. Kereta yang menumpangkan Dilan meluncur laju melusuri jalan raya semula.

OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)Where stories live. Discover now