...sambungan Bab 18

87 14 0
                                    

Mina akhirnya menurut. Di belakang halaman rumah Mina, Zull sedang duduk mencangkung sambil menjilat ais krim batang. Dia sedang melihat seangkatan semut mengusung tanah ke sarang mereka. Zull mengira semut itu satu persatu. Kemudian, Ayuri memanggilnya.

"Datang pun. Makin berkembang rambut aku tunggu korang. Tengoklah rambut aku ni. Yang korang ni datang lambat sangat kenapa!? Kita dah tak ada masa." balas Zull sambil menggaru-garu rambutnya. Kemudian, dia menjeling ke arah Mina.

"Kenapa kau mengamuk dekat Fendi tadi? Bukan aku dah bagitahu awal-awal ke untuk kau bertenang, jangan serang Fendi, yang kau serang jugak kenapa ya?"

Zull mula bernada serius. Tiada senyuman pun terukir pada bibirnya. Mina menunduk melihat tanah dan selipar Jepun miliknya.

"Asal senyap aje? Aku dah bagitahu rancangan aku tengah hari tadi, tapi kau tak nak ikut. Kau dah lambatkan aku. Kakak kau nak kahwin esok, kau faham tak? Lepas kau serang diorang tadi, kau tak rasa serba-salah ke dekat Yati dengan ayah kau? Aku suruh kau buat benda senang aje kut. Cuba bagitahu aku apa yang aku suruh kau buat tadi, cakap sekarang!?" gesa Zull garang dan serius membuatkan Mina dan Ayuri sama-sama tersentap.

"Um, kau suruh aku berbaik-baik dengan Fendi dan curi-curi tengok telefon dia..."

"Curi tengok telefon aje ke?" duga Zull tidak berpuas-hati. Mina menelan air liurnya. Wajah Zull tika itu sangat menakutkannya.

"Curi-curi tengok password telefon kalau ada."

"Ada kau buat semua tu?" Zull bernada tegas. Mina menggelengkan kepalanya. "Um, bagitahu aku kenapa kau tak boleh buat semua tu...?"

Mina mengetap bibirnya dan melihat ke arah Ayuri yang berada di sebelahnya. "Aku tak buat apa yang kau suruh dan sebaliknya serang Fendi jadi...ia gagal."

"Tugas kau senang aje berbanding aku. Tak adalah berdosa sangat kan. Aku kena curi telefon dia selepas itu tau. Tengok ni, aku dah ambik telefon dia, tapi aku tak ada password pula. Ia makan masa nak pecahkan kod tu. Kita dahlah tak ada masa, nak bagi balik telefon ni lagi. Aduh!"

Zull menggaru-garu dadanya yang gatal apabila digigit nyamuk. Mina dan Ayuri menunduk ke bawah.

"Apa tarikh lahir Fendi? Um, bagi aje nombor kegemaran Fendi. Kau pernah jadi adik angkat dia, mesti korang pernah rapat kan?" soal Zull sambil matanya fokus melihat skrin telefon Fendi.

"Um...Bolehla. Fendi lahir 7 Jun tahun 19XX. Angka kegemaran dia 4 dan 8 kut. Dia suka sifir 4, sebab sifir 4 adalah sifir pertama dia boleh ingat dalam otak." balas Mina sambil kedua-dua biji matanya bergerak ke atas dan bawah tanda cuba untuk mengingati biodata Fendi.

Zull mengangguk-angguk. Dia menekan nombor pin telefon berdasarkan tarikh lahir Fendi terlebih dahulu. Apabila tidak berhasil, dia menggabungkan tarikh lahir dengan nombor kegemaran Fendi. Namun, masih tidak berhasil. Dia hanya ada satu lagi percubaan. Jika tidak berjaya sekali lagi, dia harus menunggu sejam untuk percubaan seterusnya.

Zull mengetapkan bibirnya dan menulis nombor plat kereta Fendi pula. Dia melihat nombor plat kereta sewaktu Fendi datang tadi. Dia sengaja mengingatinya kerana untuk persediaan. Zull juga sebenarnya seorang yang suka memerhatikan segala-galanya. Zull tersenyum nipis.

"Nasib baik pin mudah aje. Kalau susah, lambatlah aku nak pecahkan kod ni. Um..." bisik hati Zull malas.

"Dapat ke?" soal Mina teruja.

"Diamlah." balas Zull malas. Mina mencebik.

"Boleh tak kita buat kat dalam, sini ada nyamuklah..." celah Ayuri sambil menggaru-garu tangannya yang sudah merah-merah akibat digigit nyamuk.

OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)Where stories live. Discover now