...sambungan Bab 10

120 20 0
                                    

...

Di HBBB, Pukul 2.00 Petang.

TEPAT pukul 2.00 petang Zull terbangun dari katilnya. Dia tertidur sejak daripada tadi setelah diberikan ubat tahan sakit. Zull membuka pintu biliknya. Dia ingin ke tandas. Dia bernasib baik jarum atau canula pada tangannya sudah dicabut pagi tadi. Sewaktu keluar dari biliknya, seorang jururawat perempuan menuju ke arahnya.

"Encik nak pergi mana ni?" soal jururawat itu risau.

"Tandas. Asal?" duga Zull pelik.

"Encik okey, kan. Tak rasa pening-pening ke, sakit ke masa jalan. Encik yang kena tikam tu kan. Bukan apa, takut luka tu terbuka balik."

"Oh, tak apa aku kuat. Jangan risau, buat aje kerja kau."

Jururawat perempuan yang berumur linkungan 25 tahun itu membuat wajah risau.

"Saya suruh jururawat lelaki teman awak kat luar ya. Tuan Muda Khai suruh jaga awak dengan baik."

"Um, apa-apalah." Zull berlalu pergi.

Jururawat perempuan itu menyuruh rakan sekerja lelakinya menemani Zull. Jururawat itu mengikut dari belakang. Dia menyuruh Zull untuk memilih tandas duduk dan bukan tandas cangkung memandangkan ingin mengelak Zull memberikan tekanan pada lukanya itu.

Namun, luka Zull sebenarnya telah sembuh memandangkan Khai telah menggunakan kuasa penyembuhannya pada Zull pagi tadi sewaktu Zull masih lagi tidur. Zull akur dan mengangguk ringan. Dia sudah malas mengambil-berat tentang hal itu.

Selepas dua minit berada di dalam tandas Zull keluar dengan wajah gembira. Dia mendapatkan jururawat lelaki tersebut.

"Aku Zull. Kau siapa?" soal Zull sambil menghulurkan tangannya kepada jururawat lelaki tersebut. Jururawat itu melihat tangan Zull dengan wajah curiga.

"Ala, kau ni. Kau ingat aku tak pandai basuh tangan ke."

"Bukan macam tu, aku pun takutlah. Takut ada kuman entah apa-apa." jururawat itu tergelak kecil. Dia berjabat tangan dengan Zull.

"Jaafar..."

"Onn?" cantas Zull cepat. Jaafar menggelengkan kepalanya.

"Tanpa Onn. Kau tak macam Tuan Muda Khai pun." Jaafar mula selesa dengan Zull memandangkan Zull seperti seorang yang ramah.

"Maksud kau tergedik-gedik macam sotong kena salai ke? Haih, aku pelik dengan Si Khai tu. Eh, macam mana satu hospital ni kenal dia. Siap bagi dia layanan istimewa."

"Um, Puan Seri atau lebih dikenali sebagai Nek Chu iaitu nenek kepada Tuan Muda Khai telah bagi derma yang besar kepada hospital. Tuan Pengarah pulak kawan baik Puan Seri. So, kau mesti faham kan connection tu." Jaafar mengerling ke arah Zull.

"Tak. Aku tak faham."

"Aduh, engkau ni lembap ke apa."

"Bukan lembap, aku cuma tak faham. Itu aje. Dia penderma terbesar, jadi? Um, apa pun, baik juga orang tua itu ya." Zull menyilangkan tangan. Mereka berdua berbual sambil berjalan menuju ke arah bilik Zull.

"Orang tua?"

"Ala kau ni. Pasal siapa lagi yang kita bualkan sekarang ni kalau bukan pasal Si Khai dan Nenek dia tu. Antara Khai dengan Nenek dia siapa lebih tua, Nenek dia kan. Nenek dialah yang aku maksudkan tu. Itu pun aku kena terangkan ke, engkau ni. Kau student lagi ke?"

"Haah, praktikal."

"Seronok praktikal? Muka stress aje ni. Muka dengan dinding tak ada beza. Pasal dinding tu aku nampak, aku stress. Aku tak suka hospital, aku nampak dinding hospital pun aku boleh stress." jawapan Zull telah membuatkan Jaafar tergelak.

OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)Where stories live. Discover now