...
SETELAH selesai makan, Khai mengajak Zull untuk ke biliknya. Pada mulanya, Zull tidak bersetuju. Namun, oleh sebab digesa oleh Khai dengan bersungguh-sungguh itu telah membuatkan Zull tidak sampai hati mengecewakan hati kawan sekelasnya itu. Zull memasuki bilik itu dengan menutup matanya.
"Kenapa adik tutup mata? Kalau adik tutup mata, macam mana abang nak tunjukkan gambar abang masa kecil?" kata Khai lembut dan manja.
"Ish, asal pulak kau nak tunjuk gambar kau masa kecik dekat aku. Aku boleh buat apa dengan benda tu?"
"Ala, abang nak sangat Zull tengok gambar abang masa kecik-kecik dulu. Dulu abang comel."
Khai menayangkan gambarnya dalam buku album kepada Zull. Ketika itu dia berumur 7 tahun. Zull membuka matanya dengan perlahan-lahan.
"Sekarang tak, kan. Ha, memang pun sekarang ini kau dengan lengkuas tak ada beza. Aku tak faham betul-lah, gambar masa kecik pun nak tunjuk dekat aku...! Ni siapa?" soal Zull apabila melihat gambar seorang budak lelaki di sebelah Khai.
"Inilah Roy Azrai."
Zull terus memerhatikan wajah Roy di dalam gambar dan kemudian melihat wajah Roy yang sekarang ini berada di sebelah Khai.
"Ini kau Roy?" duga Zull kepada Roy Azrai iaitu pengawal peribadi Khai. Roy mengangguk.
"Ya, saya." Jawab Roy ringkas.
"Masa kecik pun hodoh, masa besar 2x5 sepuluh, makin huduh!" kutuk Zull selamba. Roy mengecilkan bola matanya dan melihat Zull tajam. Namun, dia tidak membalas apa-apa.
"Janganlah cakap macam tu. Ha ini Ibu dan Ayah masa muda. Ibu dan ayah secocok, kan. Sama-sama cantik dan segak."
"Ini mak ayah kandung kau ke?" duga Zull apabila melihat gambar ibu dan ayah yang ditunjukkan oleh Khai itu. Khai mengangguk laju.
"Haah. Ibu meninggal masa lahirkan abang, ayah tak ada sebab kemalangan. Selepas itu, abang dijaga oleh Papa abang sekarang. Abang sayang sangat dekat Papa sebab Papa sayangkan Abang sepenuh hati dia walaupun Abang hanya anak angkat dia aje."
Khai tergedik-gedik sewaktu menceritakan perihal ibu bapanya serta Mazhe kepada Zull. Dia memeluk tubuhnya sendiri dengan manja.
"Haih, loya pulak tekak aku bila tengok sotong kena goreng dalam kuali ni. Tergedik-gedik." bebel Zull membuatkan riak wajah Khai berubah menjadi sedih. Kemudian, reaksinya berubah menjadi gembira kembali apabila dia membelek gambar seterusnya.
"Ini Mama dan Papa Abang semasa tengah nikah. Papa Mazhe dan Mama Elena." sorak Khai girang dan menunjukkan gambar itu kepada Zull. Zull meneliti gambar itu dengan lama. Dia tertarik untuk melihatnya.
"Mana Mama kau sekarang ni?" soal Zull dengan bersahaja. Riak wajah Khai berubah sekali lagi apabila Zull bertanya mengenai hal itu. Zull kepelikkan. "Aik, aku salah cakap ke? Apa yang salah?"
"Tak ada apa yang salah. Kalau Zull nak tahu, Nek Chu tak pernah sukakan Mama Elena sebab Mama orang susah. Dan nenek pun sebenarnya dah ada calon isteri untuk Papa. Cik Damia, anak Dato' Sri masa tu. Selepas lima bulan Mama menikah dengan Papa, Mama mengandung. Tapi, masa itu Papa pula kena hantar ke luar negara oleh syarikat dia bekerja sebelum ni. Pada waktu itulah, nenek...nenek...Huuuuu..."
Khai mengalirkan air mata jantannya dan terus teresak-esak. Zull meliarkan matanya kemudian memandang wajah Roy. Dia terkulat-kulat memikirkan apakah yang telah berlaku. Kenapa Khai tiba-tiba menangis? Zull menggaru-garu pipinya. Zull dapat melihat Roy Azrai turut mengesat air matanya.
YOU ARE READING
OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)
FantasySepuluh batu permata Saphira telah jatuh ke bumi. Batu-batu itu telah memilih pemegang yang dirasakan layak untuk memiliki mereka. Sesiapa yang memiliki batu itu akan mempunyai kuasa. Dilan dan kawannya yang lain telah berjuang habis-habisan untuk m...