Bab 45: 'King' di Sekolah Menengah Bukit Berapi (SMBB)

28 7 0
                                    

JARUM jam sudah menunjukkan pukul 6.35 pagi dan Ayumi keluar dari rumah sewanya dengan perasaan sebal. Dia ingin ke tempat perhentian bas dan ke sekolah dengan lebih awal. Dia tidak bersarapan di rumah kerana tidak ingin bertentang mata dengan Mina memandangkan hatinya masih sakit. Setelah lima minit menunggu di tempat perhentian bas, bas baru berhenti di depannya. Ayumi menaikinya dengan perut yang mula menyanyi lagu 'rock'.

"Ish! Aku lapar, otak aku perlukan makanan." bisik hati Ayumi sedih.

Kemudian, Ayumi menyandarkan kepalanya di cermin tingkap bas. Tepat pukul 6.59 pagi, barulah dia sampai dia sekolah. Dia menuju ke kelasnya dan sewaktu memasuki kelas, dia dapat melihat Zull sedang menulis sesuatu pada sehelai kertas. Tanpa membuang masa, Ayumi terus menegur Zull.

"Oi, pendek. Kau tulis apa tu?" soal Ayumi perlahan. Zull masih khusyuk menconteng kertas.

"Adalah. Tak payahlah tanya. Awal kau datang?" sindir Zull sinis. Ayumi mencebik.

"Ehem. Boleh aku tanya sesuatu?" soal Ayumi malu-malu.

"Tadi elok tanya aku soalan tanpa izin pun, ni kenapa nak mintak izin aku pulak. Tanya jelah. Kalau aku boleh jawab, aku jawab." jawab Zull pantas dan masih fokus dengan penulisannya.

Ayumi mengetap bibirnya. "Kau agak rapat dengan Khai berbanding yang lain, kan?" ujar Ayumi sedikit segan berada di hadapan Zull.

Zull seperti berfikir, "Mungkin. Tapi, dia macam selesa dengan akulah. Kenapa?"

"Um, kau tahu dia suka apa?"

"Tina."

"Kau nak makan kaki ke hari ni?"

"Eh, asal pulak. Betul-lah. Semua orang boleh nampak kut."

"Selain Tina? Maksud aku barang atau benda, bukan orang."

"Aku rasa semua benda pink dia suka. Semua barang di bilik dia berwarna pink. Kenapa? Kau nak beli hadiah ke?"

"Um, bulan depan hari jadi dia."

"Hari jadi dia? Bukan dah lepas ke?"

"Belumlah. Kau tak tahu apa-apa pasal dia pun, kan."

"Tahulah sikit-sikit, tak banyaklah sebab baru kenal dua bulan lebih. Itu pun, bukannya aku hari-hari jumpa dia. Kalau Dilan tu aku tahulah apa yang dia suka dan tak suka."

"Huh, sudahlah, buang masa aje tanya kau."

"Tulah, kau pun sedang buang masa aku ni. Dahlah tak pandai ucap terima kasih pun, tak sedar dirilah kau ni. Dah pergi main jauh-jauh." Arah Zull dan meneruskan pekerjaannya tadi. Ayumi menjeling Zull tajam sebelum berlalu ke tempatnya yang satu baris dengan kerusi meja Zull dan Khai.

Seketika kemudian, barulah pelajar sekelas mereka mulai kelihatan. Kelas yang sunyi itu tadi menjadi bising dengan percakapan pelajar yang baru datang. Dilan, Josh, Niel, Amir dan jiran perempuan mereka memasuki kelas itu. Semasa Dilan melepasi Zull, Zull sempat menegur Dilan,

"Oi, lambatnya kau. Asal kau lambat?" duga Zull.

"Abang kau sakit perut tadi, jadi kitorang tunggu dia sekejap." jawab Dilan sambil tersenyum.

"Kenapa dia sakit? Kau letak ubat sakit perut ke dalam makanan dia ke? Asal kau tak letak racun je..."

"Zull, tak baiklah."

"Ala, benda biasalah, Dee. Oi, perut kau sakit lagi ke?" laung Zull kuat dengan menghala ke belakang dan memandang tepat ke arah abangnya yang duduk di belakang kerusi meja Tina dan Mina. Josh membuat muka sakit hati. Kuatnya dia laung. Malu tahu tak! Jerit hati Josh tak berpuas hati.

OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)Where stories live. Discover now