Bab 9: Puteh & Hitam

147 18 0
                                    

BAB 9: Puteh dan Hitam

Di Rumah Sewa Dilan dan Zull, Pukul 7.45 Malam.

USAI MENUNAIKAN solat Maghrib, Dilan menuruni tangga dan menuju ke arah ruang tamu. Dia ingin menonton TV sementara menunggu waktu Isyak. Beberapa minit kemudian, Zull juga menuju ke arah ruang tamu. Dia duduk mencangkung di atas kerusi single. Dia merenung ke arah Dilan yang khusyuk menonton siaran TV National Geographic.

"Dee." panggil Zull. Dilan menoleh ke arah Zull dengan wajah serius.

"Kenapa?" soal Dilan. Dia mengalih pandangan ke arah kaca TV semula.

"Kau tak rasa kita patut ada nama kumpulan jugak ke?" kata Zull sambil meletakkan jari telunjuk ke cuping telinga tanda dia sedang berfikir.

"Um, betul jugak. Kau rasa nama apa yang sesuai?"

Kali ini matanya sudah melekat pada wajah Zull. Rancangan TV di hadapannya dibiarkan sahaja berlalu.

"Eh, kaulah bagi. Kau adalah ketua kumpulan kita, kan. Kasi nama yang senang orang sebut dan HEBAT. Hahaha!"

"Aku ketua?"

"Asal? Kau nak aku jadi ketua? Orang tak betul macam aku ni? Mana boleh harap sangat dengan aku ni, aku pun tak percayakan diri aku. Haha!" balas Zull dan ketawa nakal. "Engkaulah patut jadi ketua. Takkanlah aku nak suruh TV kesayangan kau atau pinggan mangkuk jadi ketua kita."

"The...the Power Rangers?" kata Dilan dengan membuat wajah pelik dan tidak berkeyakinan. Zull memandang Dilan dengan mata yang layu. Dia menggelengkan kepalanya.

"Kalau Samurai Knights?"

"Kenapa Samurai?"

"Sebab kita akan ada pedang. Um, ha. Kalau Power-Men?"

"Bahasa Malaysia ada tak? Kitakan orang Malaysia..."

Dilan mengetap bibirnya. Dia memandang siling dengan wajah berkerut seribu. Dia sedang memikirkan nama kumpulan mereka dalam Bahasa Malaysia. Kemudian, dia tersenyum.

"Macamana dengan Hero Malam? Aku sukakan nama tu."

"Hero dalam Bahasa Malaysia pun Hero ke?" duga Zull. Dilan menjongketkan bahunya. "Ha, kalau Pahlawan Putam." cadang Zull pula. Dilan membuat wajah pelik.

"Kenapa Putam?" Dilan tergelak kecil apabila menyebut perkataan Putam.

"Ala, kaukan suka warna Putih, aku pulak suka warna Hitam. Kalau gabungkan mendalah tu jadilah Pu-Tam. Aku akan panggil kau Puteh, kau pulak panggil aku Hitam. Senang!" jawab Zull gembira. Dilan tersengih-sengih sambil menggelengkan kepalanya.

"Kalau nama aku Puteh dan kau Hitam aku setuju. Tapi, Putam tu aku tak setuju. Aku nak sebut pun aku akan tergelak dulu. Tak boleh, nanti musuh kita gelak. Ha, kalau Pahlawan Topeng, okey tak?"

"Macam banyak aje idea kau. Okey, apa kata kita buat macam ni. Kita tulis cadangan nama kita dalam kertas, kita gulung-gulung dan buat undian. Kita letak dalam cawan dan goncangkan, kalau nama tu yang keluar dulu, kita letak nama tu."

"Tolong jangan tulis nama Pahlawan Putam."

"Ah, apa aku peduli. Aku nak letak nama Siah, Bedah, Hero Manusia, Pahlawan Sewel, Putam, Pahlawan Tahi Cicak...apalagi...Banyaklah! Daunnya, aku nak letak semua nama yang tengah melintas jalan ke otak aku ni. Kau tunggu situ kejap, aku nak ambik kertas." cantas Zull cepat sambil mengambil kertas dan pen di dalam biliknya.

Dilan menunggu di sofa sambil menggelengkan kepalanya. Seminit kemudian, Zull menuju ke ruang tamu kembali. Dia duduk mencangkung di sebelah Dilan. Dia mengambil dua keping kertas A4 dan dua batang pen. Kemudiannya, Zull memberikan sekeping kertas dan sebatang pen kepada Dilan.

OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)Where stories live. Discover now