.
.
.
Di Rumah Fafa, Pukul 7.15 Pagi.
FAFA menarik kerusi di meja makan dan melabuhkan punggung di atas kerusi terbabit. Di bibirnya kini terukir senyuman manis dan menawan. Dia gembira kerana dia akan dapat selamatkan Azwa nanti. Azwa masih lagi tidak sedarkan diri dan ditahan di dalam bilik ICU. Ibunya melihat Fafa pelik. Sebelum ini, kawan baiknya Azwa telah cedera parah dalam serangan raksasa di dalam sekolah
"Fa, senyum aje ni. Kenapa? Ada berita gembira yang nak dikongsikan dengan mak ke?" duga mak Fafa, Puan V.
"Um, ya. Hari ni kan Fafa nak lawat Azwa dan bawa Azwa balik. Mestilah Fafa gembira." balas Fafa tersenyum.
"Azwa dah boleh balik ke?"
"Belum. Fafa nak bawa dia balik jugak. Duduk di hospital tu pun tak ada gunanya."
"Mana boleh macam tu. Azwa kena duduk hospital sebab nak rawat luka dialah..." kata Puan V lembut.
Fafa bingkas bangun dan menghentak meja. Ayahnya sedang berkursus di luar negeri. Jadi, ayahnya tiada di meja makan itu. Hentakkan pada meja tadi membuatkan Puan V terkejut.
"Fafa akan selamatkan Azwa! Mak jangan nak halang! Fafa pergi dulu."
Fafa menggalas beg yang diletakkan di atas meja dan berlalu pergi meninggalkan Ibunya yang tercengang di sebelah meja makan. Puan V tidak menyangka Fafa akan meninggikan suara kepadanya. Sebelum ini tidak pernah pula Fafa memarahinya. Dia tergamam.
Fafa menuju ke arah motor milik ayahnya dan bersedia untuk menunggang motor terbabit. Dia selalu ke sekolah menggunakan motor itu. Fafa meninggalkan perkarangan rumahnya dan menuju ke arah sekolah.
...
SETELAH hampir 10 minit menunggang motor, Fafa sampai ke dalam kawasan sekolah. Dia memarkirkan motosikal di ruangan yang disediakan untuk pelajar. Fafa kemudiannya menuju ke arah kelas tingkat 5 Gred A+ iaitu kelas pelajar senior kesukaannya, Dilan.
Sementara itu pula, Ayuri menilik jam tangan di hadapan pintu kelasnya. Dia sedang menunggu seseorang. Ayuri menghembuskan nafas ke hadapan kerana bosan menunggu. Sudah hampir sepuluh minit dia menunggu. Namun, kelibat seseorang yang ditunggu olehnya itu belum pun muncul.
Kemudian, dia mengalih pandangan ke arah Dilan yang sedang berjalan menuju ke kelas itu bersama-sama Zull. Angin sepoi-sepoi bahasa menampar-nampar pipi Dilan pada waktu itu dan membuatkan rambut Dilan sedikit berterbangan. Waktu itu, jantung Ayuri menjadi semakin berbunga-bunga.
"Kacaknya."
Ayuri mengigit bibirnya sendiri. Kemudian, senyuman dan angan-angannya terhenti apabila dia melihat kelibat Tina di belakang Dilan.
"Hak! Perempuan peraba tu lagi."
Ayuri mendecis dan mengecilkan bola matanya ke arah Tina. Dilan dan Zull yang sudah pun berada di hadapan pintu kelas melepasi Ayuri dengan selamba. Ayuri tersentap. Dia memanggil nama Dilan.
"Di... Dilan!" panggil Ayuri membuatkan Dilan dan Zull berpaling serentak.
"Ya?" jawab Dilan ringkas.
"Haaaa........ek...Um, Hai. Hehehe! Um...hai..." Ayuri tergagap-gagap untuk menjawab kembali.
"Kau ni asal ha? Hai, hai. Nak sebut hai pun susah ke? Nak eja bagai pulak."
Zull mencelah dengan wajah tidak berpuas-hatinya. Ayuri terus mengecilkan anak matanya apabila Zull menyampuk.
"Bila masa pulak aku mengeja. Pandai-pandai aje. Dilan awak sihat?" sapa Ayuri dan menjeling Zull tajam. Dilan mengangguk perlahan.
YOU ARE READING
OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)
FantasySepuluh batu permata Saphira telah jatuh ke bumi. Batu-batu itu telah memilih pemegang yang dirasakan layak untuk memiliki mereka. Sesiapa yang memiliki batu itu akan mempunyai kuasa. Dilan dan kawannya yang lain telah berjuang habis-habisan untuk m...