...
TEPAT pukul 11.00 pagi, pelajar tingkatan empat dan lima mula beredar ke kafe kerana sudah tiba waktu rehat. Dilan dan yang lain turut bersiap untuk ke kafe. Dilan memasukkan dompetnya ke dalam poket seluar. Dia yang masih lagi sedang duduk di atas kerusi meja kelasnya mula mengangkat punggung. Dilan mengalih pandangan ke sebelahnya. Kelihatan Zull masih lagi sedang duduk.
"Zull kau tak nak makan ke?" soal Dilan.
"Mestilah nak, apa punya soalan kau ni."
"Kenapa kau tak bangun lagi. Nik, Mior dah nak pergi."
"Aku lambat bangun sikit pun kau dah tanya. Tak sampai seminit tau kau berdiri. Hahahaha! Eh, korang blah dululah. Aku ada benda sikit ni."
"Kau jangan kacau orang. Aku tak nak kau lebam sana sini." pesan Dilan. Zull mengangguk faham. "Zull, ingat tu..." Dilan mengingatkan sekali lagi.
"Eh, kau ingat aku pekak ke, aku dah angguk. Kau nak aku jawab ya atau tak ke? Cakaplah awal-awal ada soalan Ya atau Tak. Okey Fine!"
"Hahaha. Aku gurau ajelah. Jumpa kau kat kafe nanti. Jom Nik, Mior."
Zull melihat sosok tubuh Dilan dan yang lain menghilang pada pandangan matanya. Pandangan Zull teralih ke arah Khai yang sedang bersiap-siap untuk keluar. Zull mendekati Khai.
"Oi, Kek Span." panggil Zull.
"Kek Span??" Khai membuat wajah sedih dan memuncungkan mulutnya.
"Hehehe. Kau panggillah aku Kek Lapis, baru adil, kan. Kau nak makan dekat mana?" soal Zull apabila melihat Khai seorang diri. Roy Azrai sudah keluar membeli makanan di restoren luar.
"Biasanya saya makan di pondok dekat tempat perhimpunan." balas Khai lembut dan dengan tangannya bergerak dengan lemah-longlai.
"Um, kau tunggu aku kat luar kelas kejap. Aku ada benda nak bagitahu kau."
"Baiklah Adik." Khai melemparkan senyuman menawan ke arah Zull.
"Yang kau tersengih-sengih macam Zirafah ni kenapa. Kau nak goda aku ke apa."
"Mana ada, Abang memang macam ni."
"Abang? Lantak kaulah Leman. Kau tunggu aku kat luar."
Khai mengangguk dan mengikut arahan Zull. Dia keluar dari kelas dan menunggu Zull di luar. Zull menoleh ke arah Ayuri pula. Ayuri sedang memakan roti yang dibelinya pagi tadi. Dia selalu makan roti jika berada di dalam kawasan sekolah. Hal ini kerana, dia ingin menunjukkan personalitinya sebagai Puteri Sekolah. Namun, jika berada di rumah, dia seorang yang banyak makan.
Zull berganjak menuju ke arah Ayuri yang sedang ralit makan. Setelah sampai berhampiran meja Ayuri, Zull berhenti. Dia meninggalkan jarak sebanyak 100cm dari kerusi meja Ayuri. Zull berdiri tanpa bercakap apa-apa. Ayuri mendongak melihat Zull. Dia sedang mengunyah makanan.
"Ummm...hapa ghau whuat...pat si...Uhuk!"
Ayuri menepuk dadanya. Memandangkan dia bercakap semasa mengunyah, dia telah terbatuk-batuk apabila terdapat makanan terlekat di kerongkongnya. Dia memulas penutup botol air mineral dan meminumnya.
"Erghhh...lega."
"Tu la, siapa suruh kau bercakap masa tengah mengunyah." celah Zull.
"Ini semua salah kau. Yang kau tiba-tiba terpacak depan aku tu kenapa. Kalau tak tegur, nanti kau kata aku sombong pulak."
"Aku tak adalah bongok sampai macam tu sekali. Dah nampak orang tengah makan janganlah tegur. Sebab tu aku berdiri aje tadi sebab aku nak kau habiskan makanan dalam mulut kau tu dululah. Kalau tak dah lama aku kacau kau dan biar kau tercekik."
YOU ARE READING
OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)
FantasySepuluh batu permata Saphira telah jatuh ke bumi. Batu-batu itu telah memilih pemegang yang dirasakan layak untuk memiliki mereka. Sesiapa yang memiliki batu itu akan mempunyai kuasa. Dilan dan kawannya yang lain telah berjuang habis-habisan untuk m...