...sambungan Bab 16

104 14 0
                                    

.

.

.

Waktu sekarang.

Ayumi (23) mengenggam tangannya erat. Ingatan dia terhadap kenangan lama berputar kembali tadi. Dia menggigit bibirnya kerana geram. Dia sudah tidak ingin mengingati kejadian yang berlaku kepada dia dan Dilan pada 6 tahun yang lalu. Pada waktu itu dia berumur 17 tahun dan Dilan 15 tahun.

"Walau apa pun alasan kau pada masa tu, hakikat yang kau pernah sakiti hati aku tak akan pernah berubah, Dilan. Aku mungkin sudah maafkan kau, tapi aku tak mungkin akan lupakan hal tu. Walaupun kau mungkin tengah tersiksa atau dalam kesakitan pada masa tu, tapi kau gunakan cara itu untuk menjauhkan aku dan ia sangat-sangatlah pathetic Dilan. Pathetic." bisik hati Ayumi geram. Kemudian pintu biliknya diketuk. Ayumi berpaling ke arah pintu itu.

"Masuk ajelah." sahut Ayumi malas untuk membuka pintu.

Nasib baik dia tidak mengunci pintu biliknya lagi. Seseorang memulas tombol biliknya dan menjengukkan kepalanya.

"Kau dah makan ke?" soal seseorang itu atau Yurina ingin tahu. Ayumi tidak menjawab sebaliknya mendengus.

"Umph!" balasnya.

Yurina tersenyum nipis dan memasuki bilik itu dan berdiri berdekatan Ayumi. Ayumi sedang duduk di atas katilnya pada waktu itu.

"Ayumi sebenarnya aku nak mintak maaf."

"Kenapa pulak?" soal Ayumi langsung tidak melihat wajah kawan serumahnya Yurina.

"Sebab aku lupa pasal perjumpaan geng kita dengan Prof Rachan haritu. Aku tak sekuat kau dan aku bukan ketua yang terbaik untuk mengetuai kumpulan kita. Tapi, aku akan cuba sebaik yang mungkin. Tapi sekiranya kau masih tidak bersetuju aku menjadi ketua NS dan ketua rumah sewa kita ni, kau bagitahu aje aku. Aku akan undurkan diri, sebab aku tahu kau lebih layak. Kau pandai, kau independent dan kau tahu banyak benda tentang perlawanan dan pasal kuasa kita ni."

"Dah tahu kau banyak kelemahan buat apa kau merengek dekat aku. Kau berusahalah untuk menjadi lebih baik daripada kau bercakap, kan." balas Ayumi garang. Dia tidak faham kenapa Yurina tiba-tiba sahaja bercakapa pasal hal sebegitu.

"Um, aku akan cuba. Kau okey ke?"

Yurina risau dengan keadaan Ayumi selepas kejadian yang berlaku petang tadi di sekolah. Ayumi dan Dilan telah ditangkap oleh Zesss serta Fafa dan hampir dijadikan korban.

"Kau tak perlu berlagak yang kau risaukan akulah."

"Ayumi, aku nak kau tahu yang aku betul-betul risaukan kawan serumah aku. Tak kisahlah kau Mina ke, Henna atau Tina sekali pun. Aku tak pernah anggap korang semua ni kawan serumah, tapi aku anggap korang ni macam kawan rapat dan adik-beradik perempuan aku. Kita ada misi yang sama Ayumi dan aku nak kita bersatu. Aku tak nak kita jauh antara satu sama lain. Kau boleh anggap aku sengaja mereka cerita sebab nak pujuk kau semata-mata...

"...Tapi, aku tak nak kau mempermainkan perasaan aku yang sebetul-betulnya ni. Aku risaukan kau. Tak, kami risaukan kau. Orang pertama yang sedar kau menghilangkan diri dan tak balik rumah ialah Mina. Kau sedar tak, walaupun korang selalu bertekak tapi Mina masih lagi ambil berat pasal kau. Tolonglah jangan tolak kami lagi..."

"...Kami tak mungkin akan dapat jadi macam kau Ayumi. Saat kami baru melepasi garisan permulaan kau sudah pun hampir di garisan penamat. Kami tak mungkin dapat mengejar kepandaian yang kau miliki tapi kami boleh berusaha untuk jadi sama kuat dengan kau. Tapi, kami tetap perlukan bantuan kau. Aku tidak tahu apa yang pernah berlaku kepada kau sebelum ni, tapi aku tak nak kau turut tolak kami sebab perkara lama. Sekiranya kami membuat kesilapan, bagitahu kami dengan baik-baik. Tiada manusia pun atas dunia ni yang suka terima teguran jika terselit sekali kata-kata makian." pujuk Yurina dan bercakap panjang lebar.

Sebenarnya Yurina sudah lama ingin slow-talk atau bercakap dari hati ke hati dengan Ayumi. Namun, dia tidak jumpa waktu yang sesuai. Tetapi, kejadian hari ini telah membuka lembaran baharu untuknya. Dia nekad untuk memberitahu Ayumi benda yang dia ingin katakan sejak daripada dulu lagi.

"Kau...Um...kau fikir-fikirkanlah ya. Assalamualaikum."

Yurina pamit dan keluar darin bilik Ayumi. Selepas keluar dari bilik Ayumi, dia berlari anak ke biliknya pula. Yurina menuju ke arah katilnya dan duduk. Dia menarik nafas panjang. Hatinya berdebar-debar pula. Belum pernah lagi dia bercakap dengan Ayumi selama itu. Yurina mengambil sebuah buku yang dia sembunyikan di bawah lantai. Dia mula membuka dan membacanya.

"Ah...Alamak, apalah nasib aku esok? Kena marah ke?"

Yurina mengelatkan mukanya kerana takut untuk menghadapi hari esok. Tangannya sedikit menggeletar kerana risau dan berdebar-debar. Sebenarnya, Yurina sudah lama menulis kata-kata itu di dalam bukunya. Selama ini, dia mencuba untuk mengingati ayat-ayat tersebut dan ingin memberitahu Ayumi.

Namun, setelah dia mengingati ayat-ayat itu, masa pula tidak sesuai. Jadi, kata-kata itu sudah lama bermain-main dalam kotak pemikiran Yurina. Dia menutup buku itu dan baring di atas katil. Matanya melihat kipas siling yang sedang berpusing-pusing itu.

"Agaknya Ayumi mengamuk tak esok?" soal Yurina kepada dirinya. "Apa pun sebagai kawan, aku kena bagitahu jugak benda tu. Kalau Mina buat silap, aku akan tegur jugak. Kalau Tina atau Henna pun, aku kena buat benda yang sama. Ya, betul tu Yurina. You did well, yeah. Ahhh! Aku takut Ayumi marah."

Otak Yurina mula berserabut dan dia berasa gelisah tentang hari esok. Kemudian, Yurina mengerling ke arah jam dinding. Tepat pukul 10.45 malam. Pukul 11 malam nanti dia harus tidur memandangkan esok dia harus teman Mina ke stesen bas. Yurina bingkas bangun dan menuju ke ruang tamu. Dia berdiri di belakang sofa dan dapat melihat ahlinya yang lain iaitu Mina, Tina dan Henna sedang seronok menonton TV.

"Dah, dah. Tidur, tidur." arah Yurina tegas.

"Ha? Ala, tengah seronok tengok TV ni." rengek Tina.

"Haah, kejap lagilah." sokong Mina.

"Korang rakam ajelah. Nanti boleh tengok balik, masuk tidurlah. Esok kena bangun awal, nak hantar Mina, kan." balas Yurina lembut. "Cepatlah gerak." gesa Yurina lagi.

Henna mengangkat punggung dan menuju ke arah Yurina. Mina dan Tina pula bangun dari atas kerusi dengan malas dan lambat-lambat.

"Heih, cepatlah. Nak ganti siput pulak ke. Jom, jom. Eh, Mina kau dah kemas ke?" soal Yurina pula. Mina menepuk dahinya.

"Alamak! Hehe, belum. Aku lupalah Beb." balas Mina tersengih-sengih. Yurina mengecilkan bola matanya dan menggelengkan kepala.

"Adoi, cepatlah. Meh aku tolong kau mengemas sekali."

"Betul ke. Terima kasih Beb! Kalau macam tu, kau ajelah yang kemas. Aku tolong tengok."

"Jangan nak mengada-ngadalah."

Yurina menolak badan Mina ke biliknya dan masuk sekali ke dalam. Tina dan Henna bergerak ke bilik mereka sendiri.

~ ~ ~

OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)Where stories live. Discover now