Di Rumah Nelly, Pukul 11.00 Malam.
NELLY menghempaskan badannya ke atas tilamnya. Dia ralit melihat telefon pintarnya di atas tilam tersebut. Semasa sedang terleka dengan gajetnya itu, sesuatu telah menjengah Nelly. Nelly mengerutkan dahinya apabila dia terdengar bunyi pelik dalam biliknya itu. Dia melilau melihat sekeliling biliknya itu dan kemudian matanya terhenti ke arah patung yang dibelinya petang tadi.
Nelly menggigit bibirnya dan mengambil keputusan untuk mendekati patung yang berada di atas meja belajarnya. Petang tadi dia sibuk berbual-bual dengan teman lelakinya dalam talian. Oleh sebab itulah dia tidak sempat membelek-belek patung terbabit. Semasa dia memeriksa patung itu, dia telah terjumpa satu tulisan yang kedengaran pelik dan tahyul.
"Ikatlah daku menjelang malam sayu atau kamu akan menyesal." tutur Nelly dengan serius. Kemudian, tawanya meletus. "Um, mengarut betullah."
Nelly meletakkan patung itu di atas mejanya dan mula membelakangi patung terbabit. Sewaktu berjalan selangkah, Nelly berhenti secara tiba-tiba.
"Tuan tidak mahu mengikat saya. Hihihihi..." suara yang mengerikan menegur Nelly.
Nelly menelan air liur dan terus berpaling ke belakang. Namun, patung itu sudah tiada. Mata Nelly membulat. Bulu romanya meremang.
"Tuan cari saya? Hahahaha! Hihihihihi..."
Suara yang menegur Nelly tadi mengilai-ilai dengan ketawa yang menakutkan. Nelly berpusing-pusing di dalam biliknya kerana mencari punca suara itu.
"Tuan, saya di belakang."
Nelly berhenti berpusing dan berpaling di belakang. Patung terbabit melihatnya tajam. Dia sedang tergantung di atas siling bilik Nelly. Kaki serta tangan patung itu memanjang lalu dia dengan perlahan-lahan bergerak di atas siling itu.
"Aaaaaaaaaaaaaaah!!!" jerit Nelly dengan takut.
Patung itu tersenyum lebar dan mula memperlajukan langkahnya dan menerkam Nelly. Kejadian yang sama turut terkena Sofea. Mereka berdua sudah tidak sedarkan diri di dalam bilik mereka itu.
...
Di Kastehike (Istana Tertinggi Olienpiece), Keesokkannya.
TUANKU Ozzette (atau sebenarnya Raja Ozzack), Putera Muez, Putera Muqer, Ketua Hash, Ketua Misa, Penasihat Tertinggi Istana iaitu Ketua Cagalli sedang berkumpul di dalam Dewan Mesyuarat Hallen.
Mereka ingin membincangkan tentang keadaan di luar kawasan Olienpiece. Tuanku Oz memandang wajah Jujukan Ketua Istana Kastelhike (JKIK) yang berada di dalam dewan terbabit dengan wajah kelat.
"Putera Muez dan Putera Muqer, macam mana dengan keadaan Biro kamu?" soal Tuanku Oz dengan tegas.
Putera Muez dan Putera Muqer memandang antara satu sama lain. "Biro Pentadbiran Istana tidak mempunyai apa-apa masalah yang bercanggah. Setakat ini, unit khas Biro bertungkus-lumus untuk memperhalusi undang-undang baharu Istana." balas Putera Muez dengan tenang.
"Keadaan Biro Anakanda juga tidak mempunyai apa-apa masalah. Para Dayang, Pengawal dan Tentera Olienpiece melaksanakan tugas mereka dengan sangat baik. Cuma masih lagi terdapat beberapa anggota tentera yang masih tidak pandai berlawan walaupun sudah dilatih banyak kali. Anakanda yakin mereka diselubungi perasaan takut untuk berperang." balas Putera Muqer sambil matanya melihat beberapa helai kertas yang terbentang di hadapannya.
"Buang sajalah mereka yang tidak memberi manfaat kepada pihak istana." celah Tuanku Ozzack tidak berminat. Jawapan Baginda telah menimbulkan tanda tanya kepada Putera Muqer, Cagalli dan Ketua Hash.
YOU ARE READING
OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)
FantasySepuluh batu permata Saphira telah jatuh ke bumi. Batu-batu itu telah memilih pemegang yang dirasakan layak untuk memiliki mereka. Sesiapa yang memiliki batu itu akan mempunyai kuasa. Dilan dan kawannya yang lain telah berjuang habis-habisan untuk m...