...sambungan Bab 21

89 11 4
                                    

...

Di Rumah Night Stalkers, Pukul 6.30 Pagi.

HENNA dan Yurina sedang menyusun pinggan di atas meja makan. Mereka baru selesai memasak mee goreng sebentar tadi dan ingin menjamu selera. Yurina dan Henna duduk di atas kerusi terbabit.

"Mana diorang bertiga ni. Aku dah lapar sangat ni. Henn, diorang dah bangun kan tadi?" duga Yurina. Henna mengangguk.

"Biar saya jenguk Mina dan Tina..." balas Henna lembut.

"Um, aku pergi tengok Ayumi la ka..." kata-kata Yurina dipotong oleh seseorang. Seseorang itu menarik kerusi dan melabuhkan punggungnya. Dia terus menyenduk makanan.

"Aku makan dulu." celah seseorang itu atau Ayumi.

"Ak, Ayumi kita makanlah sama-sama. Kejap aku panggil Tina dan Mina ya."

"Kau rasa aku akan bazirkan masa aku dengan menunggu dua ekor sloth tu ke? Aku nak makan sekarang dan aku nak pergi ke sekolah AWAL."

"Ayumi tunggulah kejap."

"Tak nak!"

"Kejap aje Ayumi..."

Ayumi menjeling Yurina dan bingkas bangun. Dia terus menuju ke pintu utama rumah. Dia duduk di atas lantai berlapikkan mozek dan memakai stoking yang dia letakkan dalam poket beg galasnya. Yurina cuak.

"Eh, Ayumi..."

Yurina menuju ke arah Ayumi dan menarik tangan Ayumi ke meja makan semula. Ayumi hanya mengikut.

"Okey. Kau makan dulu. Lagipun, makanan ni daripada duit kau jugak. Makanlah. Huhuhu...Sarapan penting untuk otak kan."

Yurina memujuk sambil tersengih-sengih. Selepas itu, Henna mengangkat punggung dan ke bilik Tina serta Mina.

"Um, Ayumi. Kenapa kau nak pergi sekolah awal. Baru pukul 6.30. Ada apa di sekolah pagi-pagi buta macam ni?"

"Tak ada apa-apa."

"Jadi kenapa kau nak pergi awal? Aku rasa tak ada sesiapa lagi yang ada di sekolah."

"Ada jaga."

"Ayumi, bahayalah kau pergi sorang-sorang. Zaman sekarang ni zaman kejahatan tau tak. Muka nampak baik, tapi hati belum tentu baik. Kadang-kadang depan orang baik, belakang orang dia 'setan'. Lagipun, jaga di sekolah kita tu tak tahulah baik ke tak. Bahayalah Ayumi, kau ikut kami ke sekolah sama-sama ya."

"Kalau ada orang jahat aku boleh guna kuasa gempa aku."

Ayumi berkata dengan malas sambil mengunyah makanan. Matanya tertumpu pada buku Kimia. Dia sedang menelaahnya.

"Ayumi, kenapa kau tak suka berkawan ya? Kau pernah ada kawan tak sebelum ni?"

Tiba-tiba sahaja dia berani untuk bertanya banyak benda kepada Ayumi memandangkan mood Ayumi agak baik pagi itu.

"Di..."

Ayumi berhenti daripada menghabiskan kata-katanya setelah dia tersedar. Dia hampir tersebut nama Dilan tadi.

"Di...?"

"Diam boleh tak. Aku nak makan dan belajar! Yang kau tanya aku banyak soalan tu kenapa? Kau nak aku tercekik!?"

"Er, okey, okey. Jangan marah. Makan, makan."

Yurina tersengih-sengih ke arah Ayumi yang ralit belajar dan mengunyah itu. Selepas siap makan, Ayumi terus ke sekolah seorang diri. Dia menaiki bas pagi untuk ke sekolah itu.

...

SELEPAS sampai di sekolah, Ayumi ke kelasnya dan mula membuka buku teks. Dia akan belajar bab yang akan diajar oleh guru pada hari itu terlebih dahulu supaya dia lebih memahami subjek tersebut.

OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)Where stories live. Discover now