...
PADA suatu petang, Jeneral Amigu dari Istana Kastelhalia (Kerajaan Agre De Leannex) menuju ke Istana Kastelhike. Dia ingin berjumpa dengan Putera Merak yang telah ditabalkan menjadi Tuanku Tertinggi Olienpiece, Tuanku Merak. Jeneral Amigu menunduk hormat apabila mengadap Tuanku Merak di bilik Istirehat Istana.
"Selamat petang Tuanku." Ujar Jeneral Amigu.
"Selamat petang Jeneral. Apa hajat Jeneral ke mari?" soal Tuanku Merak dengan senyuman lebar.
"Maafkan patik Tuanku. Patik ingin berbicara mengenai Putera Mar."
Senyuman Merak mula luntur. "Kenapa dengan beliau?"
"Patik rasa agak tidak logik untuk memenjarakan Putera Mar hanya kerana Tanda Putera di dadanya. Beliau memang dilahirkan sebegitu."
"Jadi, Jeneral ingin membantah titah almarhum Tuanku Rai. Semuanya telah ditentukan Jeneral. Beta tidak ada hak untuk menghalangnya atau menghapuskan hukuman itu."
"Sudah tentu Tuanku layak kerana Tuanku ialah Pemerintah Tertinggi Olienpiece sekarang."
"Jeneral! Jaga kata-kata kamu. Walau pun ayahanda Beta telah mangkat, Beta tidak akan sesekali membantah titahnya pada sebelum ini. Keputusan Beta muktamad. Jika itu sahaja yang Jeneral ingin katakan, lebih baik Jeneral beredar sekarang. Beta ada mesyuarat selepas ini."
"Tuanku, Putera Mar bakal menyambung Zaman Kegemilangan Tuanku Raisho. Dia ada kebolehan, kebijaksanaan dan kelicikkan seperti Tuanku Raisho."
Merak hanya tersenyum tawar. "Jeneral...Jeneral mengingatkan Beta akan ayahanda Beta, Tuanku Rai. Saya mahu Jeneral beredar sekarang. Anggap sahaja perbualan ini tidak pernah berlaku."
Tuanku Merak meneruskan pekerjaannya dan membiarkan Jeneral terdiam di situ. Selepas itu, Jeneral menunduk hormat dan beredar dari situ. Jeneral Amigu keluar dari Bilik Istirehat itu dengan perasaan kecewa. Dia datang berjumpa dengan Tuanku Merak membawa hajat yang besar iaitu ingin memujuk Tuanku Merak untuk membebaskan Putera Mar yang mempunyai potensi besar untuk meneraju Olienpiece. Namun, harapannya telah hancur kerana kedegilan Tuanku Merak.
...
JENERAL mahu kembali semula ke Istana Kastelhalia yang bertempat di Kerajaan Agre De Leannex. Keesokkannya, Jeneral Amigu telah sampai ke Istana Kastelhalia kembali. Sewaktu memasuki kawasan istana OK-nya iaitu Milu menghampirinya dan melaporkan sesuatu.
"Jeneral, Raja Omi dari Kerajaan Phillea sedang menunggu Jeneral di Bilik Kerja Jeneral." Lapor Milu.
"Raja Omi? Okey, saya ingin bersiap dahulu dan barulah saya ke sana. Beritahu Raja untuk tunggu sebentar."
"Baik Jeneral."
Jeneral Amigu menuju ke bilik istirehatnya untuk membersihkan dirinya. Dia baru sahaja sampai di situ memandangkan semalam dia bertandang ke Istana Utama Olienpiece, Kastelhike yang bertempat di Kerajaan Mauritus.
Usai membersihkan diri, Jeneral terus menuju ke Bilik Kerjanya untuk bertemu dengan Raja Omi. Sewaktu memasuki bilik itu, Jeneral dapat melihat Raja Omi bersama-sama Jeneral Feat.
"Selamat pagi Raja dan Jeneral Feat." Sapa Jeneral Amigu dan kemudian bersalaman dengan Jeneral Feat.
"Sihat Jeneral Amigu?" soal Raja Omi. Jeneral Amigu mengangguk.
"Sihat Raja."
"Baik saya berterus-terang saja. Jeneral, pertemuan kita ini ialah suatu rahsia. Tiada sesiapa patut tahu kita berjumpa pada hari ini."
YOU ARE READING
OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)
FantasiSepuluh batu permata Saphira telah jatuh ke bumi. Batu-batu itu telah memilih pemegang yang dirasakan layak untuk memiliki mereka. Sesiapa yang memiliki batu itu akan mempunyai kuasa. Dilan dan kawannya yang lain telah berjuang habis-habisan untuk m...