...sambungan Bab 33

40 9 0
                                    

...

LIAM membuka komputer ribanya dan memeriksa berita dan laporan mengenai Guardiana dan Army seperti yang dicakapkan oleh Zull sebentar lagi. Dia harus memadamkan semua data mengenai bekas hero Bandar Bukit Berapi itu. Setelah hampir sejam dan berjaya memadamkan semua data itu, Liam menyandarkan badannya ke kerusi.

Dia kemudiannya memandang ke arah bingkai gambar yang berada di atas mejanya. Di dalam bingkai gambar itu terdapat foto arwah Tuan Muslim dan Tuan Zull serta dirinya. Foto itu telah membuatkan dia menyelami memorinya pada kali pertama dia mengenali Tuan Muslim. Ketika itu dia berumur 12 tahun dan Tuan Muslim berumur 8 tahun.

.

.

.

[Imbasan kembali]

SEORANG kanak-kanak lelaki yang berumur 12 tahun sedang merayau-rayau di sebuah pasar di Kerajaan Angre De Leannex iaitu kerajaan utama Raidez dan tempat Istana Kastelhalia berada. Budak lelaki itu merupakan anak yatim dan sudah menjadi gelandangan semenjak dia kecil lagi. Dia tidak mempunyai nama. Gelandangan yang lain hanya memanggil dia sebagai Galah kerana dia lebih tinggi berbanding dengan kanak-kanak lelaki yang sebaya dengannya.

Dia hanya mampu melihat penjual dan pembeli membeli barangan dan makanan di pasar tersebut memandangkan dia tidak mampu membelinya. Dia meneruskan kehidupan dengan memakan sisa-sisa makanan buangan orang lain. Bajunya juga telah koyak-rabak dan dengan rambut yang kusut masai. Badannya agak kotor.

Dia juga hanya mandi sekali sehari memandangkan dia tidak mempunyai rumah. Dia hanya mandi di sungai-sungai berdekatan jika kawasan yang dia lawati itu mempunyai sungai. Dia tidak tinggal di satu tempat sahaja. Dia selalu mengembara dari kota lain ke kota yang lain.

Dia tidak sabar untuk menjadi dewasa dan mampu bekerja. Tubuhnya yang kecil dan kurus kering itu telah membuatkan dia tidak diterima untuk bekerja. Malahan, dia masih lagi kanak-kanak. Oleh sebab itu, majikan tidak berani mengambilnya bekerja.

Galah meneruskan perjalanan tanpa destinasi tetap. Dia berlalu pergi meninggalkan pasar yang penuh dengan makanan itu dengan tubuh yang lemah longlai. Dia kelaparan. Namun, tidak tahu bagaimana cara untuk mendapatkannya.

Namun, tiba-tiba sahaja seseorang melanggar tubuh badannya. Dia dan seseorang itu jatuh terjelopok ke atas tanah. Seseorang itu bingkas bangun dan meneruskan larian tidak cukup tanahnya itu. Galah memandang seseorang itu dengan dahi yang berkerut seribu. Dia juga berdiri kembali. Tetapi, seorang lelaki dewasa mencengkam anak bajunya dan menariknya kuat.

"Pencuri! Inilah pencurinya..." teriak seseorang itu lantang dan menyinga.

"Bu-bu-bukan saya. Bukan saya. Saya bukan pencuri...Sa-saya bukan pencuri." Ujar Galah dengan nada takut apabila lelaki itu menarik rambutnya pula.

"Kecik-kecik lagi pun dah pandai mencuri!" jeritnya lagi dan terus menolak Galah ke arah lantai dan kemudian menyepak bahagian abdomen Galah. Seorang lagi kawannya turut membuat perkara yang sama.

"Saya minta maaf, saya minta maaf. Jangan pukul saya lagi. Uhuk, uhuk!"

Galah terbatuk-batuk apabila dia tersedak air liurnya sendiri. Dua orang lelaki itu masih memukulnya. Orang ramai yang melihat kejadian itu tidak menghiraukannya sebaliknya meneruskan pekerjaan mereka seolah-olah tiada apa-apa yang sedang berlaku. Galah berterusan merayu kepada lelaki dewasa itu sehinggalah dia berasakan dunianya kian gelap dan dirinya mula melayang. Setelah itu, Galah tidak sedarkan dirinya.

Malam menjelma, bunyi burung gagak kedengaran berterbangan di udara. Suasana yang gelap dan hening itu mula menghantui tempat tersebut. Sebelum ini ia riuh-rendah dengan pelbagai suara warga Raidian (rakyat Raidez). Kini, sunyi sepi apabila pasar malam itu telah ditutup.

OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)Where stories live. Discover now