...
SETELAH sampai ke kawasan sekolah, mereka semua berjalan menuju ke arah kelas Tingkatan 5 Gred A+. Dilan dan Zull ke tempat duduk mereka. Selepas meletakkan beg galas, Dilan terus ke papan putih. Dia ingin memadam papan putih yang diconteng dengan marker pens. Itu ialah tugasnya sebagai Ketua Kelas.
Zull pula mengeluarkan buku dari beg galas dan cuba meletakkan buku itu di dalam laci mejanya. Semasa ingin meletakkan buku sekolah di dalam laci itu, Zull tersentuh sesuatu. Dia mula meraba-raba lacinya itu dan kemudiannya mengambil sepucuk surat. Zull kepelikkan. Surat itu berbau wangi.
Dia membuka sampul surat terbabit. Saat membuka surat itu, wajah dan bajunya dipenuhi bedak kerana terdapat banyak sangat kandungan bedak yang telah diletakkan di dalam sampul tersebut. Zull terbersin dan terbatuk-batuk apabila bedak itu mengenai wajahnya. Nik dan Mior yang perasan akan hal itu tergelak besar.
"Wahahahaha. Macam Kak Ponti!"
Nik dan Mior gelak dengan serentak. Mereka berpaling ke belakang di mana tempat duduk Dilan dan Zull berada.
"Diamlah!"
"Apa tu? Surat cinta eh? Piweet! Fufufu, orang macam kau ni pun boleh dapat surat cinta ke. Dunia, dunia." Nik menggelengkan kepalanya.
"Hek eleh, jeleslah tu kita dapat satu, dia tak dapat. Eh, jangan kacau akulah. Buat kerja kau."
Zull membidas dan mengarah Mior serta Nik mengadap ke hadapan kembali. Nik dan Mior menurut sambil ketawa nakal. Zull membuka lipatan surat di dalam sampul tadi perlahan-lahan. Dia membaca surat itu dengan serius sambil mengerutkan dahinya.
[Assalamualaikum pembuka bicara, Untuk lelaki yang paling hodoh di dunia,
Saya perempuan dari tingkat tiga, Ingin berkenalan dengan Abang yang kurang bijaksana.
Abang saya nak abang jadi teman lelaki saya. Saya dah lama sukakan abang. Saya juga selalu perhatikan abang. Saya sayang sangat dekat abang. Abang, abang tahu tak saya tengok abang macam mana? Biar saya bagitahu abang serba-sedikit. Pertama sekali mengenai mata abang. Mata abang macam monyet, monyet yang suka bergayut atas pokok tu. Comel! Lepas tu, pasal hidung abang pula. Comel sungguh hidung abang sampai saya rasa nak picit-picit sebab hidung abang macam belalai gajah. Betapa mancungnya hidung abang tu. Mulut abang pula macam gorila, sangat seksi. Akhir sekali, kulit abang seperti katak. Berlendir, saya sangat suka tengok kulit abang. Abang, saya harap abang balas balik perasaan saya. Saya akan tunggu abang di bangunan bersebelahan perpustakaan esok semasa rehat. Saya akan tunggu abang sampailah abang sampai di sana esok.
Saya sangat-sangat mahukan abang. Love you!]
Selepas membaca surat tersebut, Zull mengigit bibirnya. Zull kegeraman kerana penulis tersebut seperti menghina atau menganjingnya. Zull bingkas bangun.
"Siapa yang letak surat ini dalam laci aku!? Letak banyak bedak pulak tu, kenapa tak letak botol bedak terus dalam surat ni! Cakap cepat siapa yang letak!? Jangan main-mainlah." jerit Zull garang.
Satu kelas melihat ke arah Zull. Ayuri turut melihat Zull dan kemudian menggelengkan kepalanya. Dia meneruskan bermain permainan Susun Silang Kata. Ayumi pula tersentap dan melihat ke arah Zull tajam. Kemudian menoleh kembali ke arah hadapan kelas kerana tidak ingin disyaki.
"Alamak. Salah letak." bisik hati Ayumi sambil menutup mukanya dengan buku.
Semua pelajar membuat pekerjaan masing-masing semula. Mereka tidak menjawab persoalan Zull dan membiarkan Zull bercakap seorang diri. Zull menghembuskan nafas berat. Dilan menuju ke arah tempat duduknya semula selepas dia selesai memadamkan tulisan pada papan putih. Dilan duduk di atas kerusi dan memandang Zull yang masih lagi berdiri dengan wajah tidak berpuas-hati.
YOU ARE READING
OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)
FantasySepuluh batu permata Saphira telah jatuh ke bumi. Batu-batu itu telah memilih pemegang yang dirasakan layak untuk memiliki mereka. Sesiapa yang memiliki batu itu akan mempunyai kuasa. Dilan dan kawannya yang lain telah berjuang habis-habisan untuk m...