...
SEMENTARA itu, di dalam rumah keluarga lain, Joshua (25) atau nama penuhnya Azhann Hafifi Bin Dato' Azhar menuruni tangga satu persatu dan menuju ke arah meja makan. Dia membutangkan bahagian lengan baju kemejanya. Seorang 'bibik' menuju ke arah Joshua.
"Tuan, selamat pagi." sapa Bibik itu. Joshua mengangguk perlahan.
"Adik mana Bik?" soal Joshua apabila melihat tiada siapa lagi yang duduk di meja makan selain dirinya.
"Adik sudah pergi kerja. Baru sahaja tadi dia keluar, katanya 'urgent'." balas Bibik lembut.
Joshua mengangguk. Dia mengambil sekeping roti dan menyapukan jem strawberi di atas roti tersebut. Kemudian, mengunyahnya perlahan. Sunyi pula makan seorang diri. Fikirnya.
Seseorang menarik kerusi dan duduk di hadapannya. Dia menjeling seseorang itu tajam. Dia tidak suka melihat wajah orang tersebut.
"Jeling, jeling. Kalau tercabut mata tu, aku tak nak letaknya balik." sindir orang tersebut ataupun Azfar (28), abang sulongnya.
"Biarlah, aku pun tak akan mintak tolong kau untuk letakkannya balik. Aku tak sukalah biarkan orang berlagak macam kau sentuh mata aku yang cantik dan polos ni." bidas Joshua laju. Azfar mendiamkan dirinya dan memakan nasi goreng yang dicedoknya tadi.
"Tak adalah cantik sangat mata kau tu."
Joshua menjeling abang longnya lagi. Hubungan mereka berdua memang agak rumit semenjak Joshua balik dari US.
Azfar telah melarikan diri daripada tanggungjawabnya untuk membantu ayah mereka menerajui syarikat hartanah milik ayahnya. Jadi, Joshua telah menggantikan tempat itu. Joshua tidak menyukai bidang hartanah dan bisnes tetapi terpaksa belajar tentangnya.
Oleh itu, dia membenci abangnya yang telah lari daripada tanggungjawab sebagai anak pertama. Joshua sebenarnya meminati bidang perubatan, namun harus melupakan niatnya itu. Sebaliknya, Azfar telah menjadi seorang doktor sekarang ini. Azfar sebenarnya meminati bidang hartanah dan bisnes. Namun, kerana ingin menyakitkan hati orang tuanya itu dia memilih untuk melarikan diri dan mengikut jalannya sendiri.
"Berapa teman wanita kau ada sekarang ini?" soal Azfar tiba-tiba.
Dia tahu Joshua seorang 'playboy'. Jadi, dia mengambil peluang ini untuk menyakitkan hati adiknya.
"Kenapa sibuk urusan aku."
"Tak adalah sibuk sangat. Saja nak bagi amaran. Penyakit sifilis dan AIDS sekarang ni semakin berleluasa. Hati-hatilah sikit. Jangan menconteng arang ke muka ibu dan ayah lagi." sindir Azfar pedas.
Joshua menghentakkan cawan berisi air jus epal ke meja dengan kuat. Dia bengang tika ini.
"Eh, aku tak pernah lagi ajak mereka tidur sekatil dengan aku. Walaupun aku ni kaki perempuan ke kaki kelab ke, atau apa-apa kaki pun kau nak panggil, aku masih kenal halal haram. Aku tak bodoh lagilah nak jual diri aku macam tu. Aku TERUNA lagi!" jerit Joshua kuat.
"Habis hal minggu lepas tu apa? Sampai ada perempuan bagi gambar tak senonoh kau dengan dia. Selama ni aku senyap aje sebab aku malas nak campur masalah kau tu. Tapi, semakin aku diam, perangai kau semakin menjadi-jadi. Ayah dan Ibu pun dah penat membebel dekat kau. Adik tu pun lagilah, asyik dia aje selesaikan masalah yang telah kau timbulkan. Kau tak malu dekat adik ke. Dia tak pernah lagi menconteng arang ke muka ibu dan ayah kita. Tak boleh ke kau ubah sikit perangai 'perempuan' kau ni." jerkah Azfar dengan matanya meliar melihat Joshua.
"Kau cakap elok-elok sikit ya. Perempuan tu perangkap akulah, dia dah 'edit' gambar dan sebarkannya. Kalau kau tak tahu cerita baik kau diam aje."
"Aku tahu dia 'edit' gambar tu." jawab Azfar selamba. Joshua menarik kolar baju Azfar kuat.
YOU ARE READING
OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)
FantasySepuluh batu permata Saphira telah jatuh ke bumi. Batu-batu itu telah memilih pemegang yang dirasakan layak untuk memiliki mereka. Sesiapa yang memiliki batu itu akan mempunyai kuasa. Dilan dan kawannya yang lain telah berjuang habis-habisan untuk m...