Bab 4: Ia datang dari tandas (Bhg 1)

189 24 20
                                    

Di Hospital Besar Bukit Berapi, Pukul 7.30 Pagi.

KHAI tersedar daripada tidurnya. Dia membuka mata perlahan-lahan. Kemudian, menutup mata kembali apabila lampu di atas siling menyilaukan matanya. Dia cuba untuk bangun namun, dihalang oleh seseorang.

"Tuan Muda sudah okey ke untuk bangun?" soal Roy risau.

Roy juga memakai baju pesakit hospital memandangkan semalam dia turut bertukar menjadi Mayat Hidup. Semalam setelah pihak polis sampai, mereka memasukkan semua yang dijangkiti ke dalam wad. Mereka meminta pertolongan daripada para doktor di hospital berdekatan untuk merawat orang yang dijangkiti.

Khai memandang ke arah Roy dan memeluknya. "Roy, awak ke mana? Saya risau sangat semalam. Sampai hati awak tinggalkan saya." rintih Khai lembut. Roy tersenyum dan melepaskan pelukkan Khai.

"Saya minta maaf Tuan Muda. Saya tak ingat apa-apa semalam. Saya bangun aje pagi tadi, saya sudah memakai baju pesakit hospital dan berada di dalam wad. Lepas tu saya terus menuju ke Bilik Rawatan VVIP ni. Tuan Muda jangan risau ya. Saya sudah berada di sini."

Setelah lima minit berlalu, Roy menyelek jem strawberi di atas sekeping roti dengan menggunakan sudu teh. Dia menyerahkan roti itu kepada Khai. Khai mengambilnya dan menyuapkan roti itu ke dalam mulutnya.

"Roy, perempuan semalam sangat cantik, kan."

"Perempuan yang Tuan Muda langgar semalam ke?" Dia turut menyuapkan roti ke dalam mulutnya dan mengunyah dengan perlahan. Khai mengangguk.

"Saya nak ke sekolah selepas ini. Saya nak jumpa dia balik dan tanya nama dia. Lepas tu, lepas tu kan, saya nak ajak dia ke Majlis Ulang Tahun kelahiran Nenek."

"Tuan Muda, mana boleh. Tuan Muda perlu berada di hospital untuk rawatan lanjutan. Malahan, setelah apa yang berlaku semalam, saya rasa Tuan Muda patut berada di sini buat sementara waktu."

"Saya tak nak. Saya tak NAK! Saya nak jumpa dia."

Khai berdegil sambil menggelengkan kepalanya tanda 'Tidak Mahu'. Roy mengeluh. Jika Tuan Mudanya berdegil, tiada apa yang dia dapat lakukan untuk memujuk Khai lagi. Roy akhirnya akur. Kemudian, seseorang memasuki Bilik Rawatan VVIP itu dengan wajah risau. Orang tersebut terus mendapatkan Khai dan memeluk Khai erat.

"Khai kamu okey? Ala, kesiannya cucu nenek ni." seseorang itu atau Nek Chu, Ibu angkat Mazhe mencium dahi Khai banyak kali.

"Nek Chu, kenapa datang sini? Menyusahkan Nek Chu je." kata Khai lembut. Nek Chu berhenti mencium dahi Khai dan duduk di atas kerusi.

"Menyusahkan apanya. Khai cucu Nek Chu, mestilah Nek Chu datang. Khai ni pun." Nek Chu menepuk bahu Khai perlahan. Khai tersenyum manja. Nek Chu memandang ke arah Roy tajam.

"Kenapa kamu tak jaga Khai elok-elok. Kamu ingat saya bagi kamu peluang menjadi Pengawal Khai ni, kamu boleh sia-siakannya ke? Tugas kamu adalah menjaga cucu saya baik-baik. Macam mana Khai boleh masuk hospital sebanyak dua kali ni ha! Jangan sampai saya pecat kamu!" marah Nek Chu garang dan menyinga ke arah Roy. Roy menunduk ke bawah dan melihat kakinya.

"Saya minta maaf, Puan. Saya janji perkara seperti ini tidak akan berlaku lagi."

"Nek Chu janganlah marah Roy. Roy pun kena juga. Kasihan Roy." pujuk Khai memuncungkan mulutnya. Nek Chu merengus.

"Nasib baik ada Khai. Kalau tak ada Khai, dah lama kamu kena buang."

Sindir Nek Chu pedas. Dia menjeling tajam. Dia tidak pernah menyukai Roy yang berasal daripada rumah anak yatim itu. Roy sekadar mendiamkan dirinya. Dia sudah biasa dengan kata-kata 'pedas' dari Nek Chu.

OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)Where stories live. Discover now