...
PAGI ITU, Dilan bangun tepat pukul 6.15 pagi. Dia mandi dan solat. Kemudian, turun ke dapur untuk memasak. Dia mengeluarkan ayam dan tauhu dalam peti ais dan mengupas bawang. Kemudian, Zull pula yang memasuki dapur.
"Kau nak masak apa Dee?" soal Zull.
"Nasi goreng." balas Dilan tersenyum.
"Aku tolong. Aku kena buat apa ni?" soal Zull.
"Potong ayam dan tauhu tu jadi bentuk kiub, boleh?"
Zull mengangguk. "Boleh aje."
Mereka berbual sepanjang membuat kerja. Tepat pukul 7.30 pagi, barulah sarapan siap. Mereka menghidangkan makanan itu di atas meja makan. Zull memanggil Joshua dan Niel untuk makan. Tidak lama setelah itu, Niel dan Joshua turun dengan wajah mengantuk. Manakala, Amir masih degil untuk bangun. Niel dan Joshua bangun tanpa mandi dahulu dan terus ke meja makan. Joshua paling tidak suka mandi pada awal pagi dan lebih suka membasuh wajahnya. Niel pun begitu. Mereka terlalu banyak persamaan.
"Aku nak melawat Ayumi lepas ni. Korang nak ikut?" soal Dilan. Joshua dan Niel mengangguk. "Kau tak nak ikut Zull?" soal Dilan apabila melihat Zull tidak mengangguk.
"Aku ada kerja sikit. Korang pergilah dulu. Petang nanti aku jenguk dia." balas Zull.
"Kerja apalah Zull oi?" soal Joshua malas sambil menyuapkan nasi ke dalam mulutnya.
"Adalah. Banyak tanya pulak. Makanlah makanan abang tu. Zull ni memang penyibuk orangnya." Ujar Zull dengan malas.
Sebenarnya, dia mahu melawat tempat kejadian Ayumi ditikam semalam dan setelah itu, ke tempat kerjanya kerana mahu menunaikan janjinya dengan Ayuri sebelum ini. Joshua mencebik. Mereka kemudiannya khusyuk makan. Selepas siap makan, Zull terus keluar dari rumah. Dilan dan yang lain pula bersiap untuk ke hospital.
Dilan membeli buah epal, oren, pisang dan anggur untuk Ayumi di pasar pagi. Mereka bertiga singgah di sana terlebih dahulu untuk membeli buah tangan. Selepas itu, mereka meneruskan perjalanan ke hospital. Tepat pukul 8.45 pagi mereka sampai di hospital dan terus ke wad Ayumi ditempatkan, iaitu bilik VVIP. Khai telahpun menelefon hospital dan mahu Ayumi ditempatkan ke wad VVIP semalam. Pihak hospital telah memaklumkan hal itu kepada Yurina, Yurina telah memberitahu ibu bapa Ayumi serta kawan serumahnya dan jiran mereka iaitu Dilan. Sewaktu berjalan di koridor wad VVIP, Dilan berhenti apabila melihat wajah ayah dan mak Ayumi di depan bilik VVIP Ayumi.
"Pak Cik, mak cik." panggil Dilan.
Samir dan Asamiyah terus memandang ke arah empunya suara itu Dilan. Apabila melihat kedua-duanya memandang ke arahnya, Dilan ukir senyuman lebar dan terus menuju ke arah Samir. Dilan bersalaman dengan Samir.
"Dilan. Pak Cik tak sangka kamu dah besar. Hensem pulak kamu sekarang ni. Macamana kamu ada kat sini?" soal Samir seronok. Dia sangat seronok berjumpa Dilan dan dia sememangnya ingin menjadikan Dilan menantunya.
"Panjang ceritanya." jawab Dilan ringkas. "Pak cik dan mak cik sihat ke?" soal Dilan lembut.
"Sihat." balas Samir ringkas. Asamiyah sekadar berdiam diri. Hatinya masih lagi sakit mengenangkan perbuatan Dilan kepada Ayumi.
"Kamu buat apa dekat sini? Mira dan saya sendiri tidak ingin melihat kamu lagi. Kamu faham tu." marah Asamiyah atau Miya.
Dilan terkedu. Dia faham benar jika ibu bapa Ayumi marah akannya kerana perbuatannya itu memang salah. Dilan mendiamkan dirinya.
"Miya, jika kamu hanya nak cari gaduh dengan Dilan baik kamu diam-diam sahaja di sana. Kamu menganggu orang-orang di sini. Tolong jaga air muka saya." marah Samir.
YOU ARE READING
OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)
FantasySepuluh batu permata Saphira telah jatuh ke bumi. Batu-batu itu telah memilih pemegang yang dirasakan layak untuk memiliki mereka. Sesiapa yang memiliki batu itu akan mempunyai kuasa. Dilan dan kawannya yang lain telah berjuang habis-habisan untuk m...