...sambungan Bab 7

155 18 0
                                    

...

SEMENTARA ITU, tepat pukul 5.05 petang, Zull telah sampai di rumah Khai. Zull keluar dari kereta Khai. Roy Azrai telah mengambil Zull di tempat pehentian bas berdekatan rumah Khai. Khai yang sedang menunggu di luar rumahnya mendapatkan Zull di tempat parkir rumahnya. Zull mengangakan mulutnya luas apabila melihat rumah Khai.

"Besarnya. Berapa orang duduk dalam rumah kau ni?" soal Zull kepada Khai yang kini berada di sebelahnya. Mereka berjalan seiring ke tangga rumah Khai itu.

"Um, dalam 20 orang." balas Khai lembut. Zull mengangguk-angguk faham.

"Kau tak nak pelawa aku masuk ke?"

"Ah, jom masuk." pelawa Khai sambil menarik tangan Zull.

Zull hanya menurut. Mata Zull masih meliar melihat sekeliling rumah Khai yang bak istana itu. Khai, Zull dan Roy Azrai menaiki tangga rumah Khai dengan berhati-hati. Sewaktu menaiki anak tangga terakhir, beberapa orang haji menyambut mereka bertiga. Khai mengangguk faham dan menarik tangan Zull untuk ke biliknya.

"Kau nak bawa aku ke mana ni?"

"Bilik." jawab Khai pantas. Zull terus berhenti berjalan.

"Kau nak buat benda tak senonoh dekat aku ke."

"Mana ada, janganlah risau. Saya masih normal walau pun saya ni lembut. Saya nak tunjukkan dekat awak sesuatu."

Zull meneliti wajah Khai tajam. Dia akur dan menaiki anak tangga itu satu-persatu. Setelah sampai di muka hadapan pintu biliknya, Khai memulas tombol pintu itu dan memasuki bilik itu gembira. Dia berpusing-pusing di hadapan Zull kerana gembira yang dia bakal mempunyai kawan.

"Engkau ni dah kenapa? Kau dah kena sampuk ke apa? Berpusing-pusing macam lintah pun ada aku tengok kau ni."

Marah Zull dan kemudian melihat sekeliling bilik Khai yang serba-serbi berwarna merah jambu itu. Dia menutup mata.

"Ah, mata aku. Sakitnya."

"Kenapa dengan mata awak?" soal Khai risau.

"Bilik kau menusuk mata aku. Asal pink sangat ni? Semua pink. Engkau pun pink. Erghhh, mata aku. Selamatkan aku!" Zull menutup mata dengan tangannya.

"Saya minta maaf. Tapi, saya minat warna pink."

"Kau cakap kau nak tunjukkan sesuatu, kan. Kau nak tunjukkan apa? Cepat sikit oi, mata aku menderita ni." gesa Zull. Dia sudah tidak tahan berada di dalam bilik Khai.

"Saya nak tunjukkan bilik sayalah. Ta-da!"

Khai tersenyum manja. Zull membuka matanya yang ditutup dengan tangan. Dia melihat Khai geram.

"Ini aje? Aku ingat apalah tadi. Asal kau nak tunjukkan bilik kau dekat aku? Setan mana yang sampuk kau ni, hah!"

"Bukankah bilik saya menarik."

"Menarik apa bendanya. Bilik kau warna pink, so? Aku patut buat kenduri kesyukuran ke?"

"Dahlah aku nak balik. Bilik warna pink, lantai pun warna pink. Lantai dengan dia dah tak ada beza. Nasib muka dia pun bukannya warna pink. Sepanjang aku hidup di atas bumi ni, aku tak pernah lagi jumpa orang macam dia. Mana dia kutip perangai ni."

Bebel Zull sambil cuba untuk keluar dari bilik itu. Namun, dia berhenti dan berpaling ke belakangnya kembali. Dia memandang ke arah Khai.

"Berapa umur kau? Kau lebih muda dari aku ke?" soal Zull ingin tahu.

"25 tahun." balas Khai pendek. "Awak janganlah balik lagi, saya nak kenalkan awak dengan seseorang." sambung Khai lagi sambil memaut tangan Zull.

"25 tahun, maksud kau 25 tahun yang 25 tahun tu ke? Maksudnya kau lebih tua pada aku 7 tahun, kan? Kan?" soal Zull tidak percaya.

OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)Where stories live. Discover now