...sambungan Bab 34

38 8 0
                                    

...

LIAM menggunakan Portelis untuk turun ke Bumi dan memberitahu berita ini kepada Tuan Muslim. Tuan Muslim masih tinggal di Bumi, namun dia telah menetap di Sabah. Selepas memasuki sebuah rumah banglo, Liam terus mencari Tuan Muslim.

Dia berlari anak untuk ke bilik Tuannya itu. Sewaktu memasuki bilik itu, dia dapat melihat Tuan Muslim terbatuk-batuk dan sedang diserang penyakit asma. Liam terus mendapatkan Tuan Muslim dan memberikan inhaler kepadanya.

"Tuan Muslim tak apa-apa?" soal Liam. Muslim memandang ke arah Liam dan mengangguk.

"Awak dah balik Liam? Maaflah saya tak dapat menyaksikan perlawanan itu, tiba-tiba saya rasa tidak begitu sihat." Balas Muslim (21).

"Tak apa Tuan Muslim, saya faham." Liam memapah Muslim ke atas katil.

"Jadi, macam mana dengan perlawanan tu?"

"Saya menang dan akan dilantik menjadi Jeneral selepas berlatih dibawah Jeneral Oreno."

"Baguslah, saya tahu awak akan berjaya. Saya tahu betapa kuatnya awak berusaha Liam. Ia memang milik awak. Segala penat-lelah awak telah dibayar dengan setimpal."

"Ya."

"Tahniah Liam."

"Terima kasih Tuan."

"Bila awak akan ke Kastelhalia semula?"

"Dua minggu lagi."

"Serius ke?" wajah Muslim tiba-tiba sahaja bersinar-sinar. Liam sedikit kepelikkan dan kemudian mengangguk ringan.

"Kenapa Tuan?"

"Saya ingin pulang ke semenanjung dan melawat Adam dan diorang semua. Termasuklah Elena."

"Tetapi, mereka okey ke dengan itu?"

"Saya-saya tak akan dekati mereka. Saya ingin melawat mereka daripada jauh. Melihat mereka sihat walafiat sudah cukup memuaskan hati saya."

"Baiklah Tuan. Bila Tuan akan ke sana? Saya ingin tempah tiket dan menguruskan semuanya."

"Esok? Malam esok."

"Baiklah. Tuan berehatlah dahulu. Saya akan memasak. Tuan mesti sangat lapar, kan."

"Ya. Saya sudah kebuluran. Haha."

"Baiklah saya akan memasak secepat yang mungkin."

Muslim tersenyum melihat ke arah Liam. Liam tidak tinggal di Dimensi Olienpiece, sebaliknya dia tinggal di bumi bersama-sama Tuan Muslim. Setiap pagi dia akan berulang-alik dari Bumi ke Olienpiece. Muslim sudah lama menasihatinya untuk tinggal sahaja di istana Kastelhalia kerana dia mempunyai tempat tinggal di sana.

Namun, Liam berdegil untuk tidak meninggalkan sisi Tuan Muslimnya. Muslim gembira, walaupun ayah dan abangnya berada di istana Olienpiece iaitu Kastelhike, dia masih mempunyai Liam yang selalui setiap dengannya dalam senang dan susah. Dia tidak pernah berasa kesunyian kerana Liam selalu bersamanya.

...

LIAM memberhentikan kereta di sebuah rumah yang tidak jauh dari rumah Adam. Muslim telah meminta Liam memarkirkan kereta di situ. Dia hanya ingin menjenguk Adam dari jauh. Tidak lama selepas itu, dia dapat melihat Adam dan ibunya memasuki kereta dengan memakai baju Melayu dan baju kurung. Muslim kepelikkan.

"Nampaknya mereka ingin ke tempat lain. Tuan ingin ke rumah Tuan Zamani pula ke?"

"Um, tak apa. Boleh tak awak ikut kereta yang dipandu Adam tu. Saya ingin tahu mereka ke mana. Adam nampak sangat gembira."

OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)Where stories live. Discover now