...sambungan Bab 37

30 6 0
                                    

...

LOCENG tamat waktu sekolah pada hari itu telah berbunyi dan semua pelajar berpusu-pusu untuk keluar dari sekolah mereka. Dilan masih lagi di dalam kelas dan sedang memasukkan buku ke dalam beg galasnya itu. Zull sudah pun beredar daripada tadi kerana ingin ke tempat kerjanya. Hari ini merupakan hari pertama dia bekerja di restoren tersebut.

Tina menuju ke arah Dilan apabila melihat Zull sudah tiada di dalam kelas tersebut. Ini merupakan peluang keemasannya untuk semakin rapat dengan Dilan. Ayuri pula menggalas begnya dan berlalu keluar dari kelas terbabit. Dia sudah berjanji untuk tidak membuang masa mengejar orang lain lagi. Jadi, dia harus kotakannya. Saat Ayuri berlalu pergi, Mina mula mengerutkan dahinya.

"Ayuri tak ingin rebut Dilan daripada Tina ke?" katanya dengan wajah kepelikkan.

"Mungkin dia ada kecemasan, nak berak ke apa kan. Manalah tahu." balas Yurina.

Mina mengangguk dan kemudian melihat ke arah Tina yang sedang menggedik dengan Dilan walaupun Dilan melayannya sekadar acuh tak acuh. Dia turut melihat ke arah Khai yang sudah berwajah sedih.

Mina menggelengkan kepalanya. Mereka bersekolah di sini kerana ingin melawan raksasa serta membongkarkan rahsia batu permata Saphira tersebut. Bukannya bermain dengan cinta segi empat dan segi tiga begini.

"Wei, Tina. Sudahlah, masa untuk balik." Mina bercekak pinggang sambil meliarkan matanya ke arah Tina.

"Okey! Dilan jomlah balik sekali." ajak Tina dengan senyuman gatal.

"Tak apa, saya akan balik dengan Joshua dan Niel. Korang, jom." ajak Dilan dan terus berlalu pergi dengan cepat.

Sewaktu melepasi Khai, Dilan berhenti seketika. "Khai, jom balik." ajaknya dengan nada suara serba-salah. Dia tidak ingin Khai tersalah-sangka akannya.

"Awak nak saya hantarkan awak balik?" soal Khai dengan wajah tidak bermaya.

"Tak apa Khai. Kami boleh naik bas. Lagipun, orang penting yang awak cakapkan itu ada di rumah, kan."

"Haah! Saya gembira sangat yang dia dah balik rumah. Jom ke rumah saya. Saya ingin kenalkan awak dengan Papa saya. Zull sudah datang ke rumah hari itu."

"Zull dah pergi. Cepatnya."

"Um, walau pun dia membebel dekat Papa saya tu. Hahaha."

Dilan dan Joshua terus terdiam dan memandang wajah satu sama lain. Zull tidak pernah berubah dan tak akan berubah dengan perangai dia yang suka membebel itu walau ke mana sahaja dia pergi. Dan itulah yang merisaukan mereka berdua kerana Zull akan membebel kepada sesiapa sahaja, tidak kira pangkat atau harta orang itu.

"Kami minta maaf Khai. Kami akan nasihatkan dia nanti."

"Eh, tak perlu. Papa saya okey sahaja tentangnya. Jomlah ke rumah saya."

"Um, Papa yang awak maksudkan itu ialah Tan Sri Mazhe ke?" celah Joshua ingin tahu.

Khai mengangguk laju. "Ya!"

"Um, maaf banyak-banyak Khai. Kami ada hal. Jom Dilan."

Joshua terus menarik lengan Dilan dan Niel keluar dari kelas dan meninggalkan Khai terpinga-pinga dengan reaksi itu. Tina turut berlari keluar dengan laju. Dia diikuti oleh kawan serumahnya yang lain termasuklah Ayumi.

Ayumi telah membuat keputusan untuk mengikut kawan serumahnya pulang ke rumah pada petang itu. Setelah mengisi perut barulah dia akan memilih sama ada untuk ke makmal atau berlatih bersama-sama yang lain.

OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)Where stories live. Discover now