...
ZULL melompat turun dari tangga bas ke tempat perhentian bas dan kemudian berjalan menuju ke restoren Ayuri. Sejurus selepas memasuki restoren, Zull memasukkan kad perakam waktu ke mesin perakam dan terus ke surau lelaki atau tempat persalinan yang disediakan di bawah. Surau perempuan pula disediakan di atas tingkat dua. Surau itu telah menjadi tempat pekerja lelaki menukar baju seragam, solat dan berehat. Di dalam surau itu juga disediakan loker untuk para pekerja menyimpan barang. Di restoren Ayuri itu, hanya terdapat tiga pekerja lelaki sahaja dan yang lain adalah perempuan.
Usai memakai apron pekerja restoren, Zull bergerak ke stor simpanan mesin vakum serta troli pembersihan yang menyimpan penyapu, mop lantai dan lain-lain di dalamnya. Zull menarik troli pembersihan dan vakum itu keluar dari stor dan diletakkan ke tepi dahulu. Restoren itu akan dibuka dalam masa 30 minit lagi, jadi Zull mahu membersihkan restoren menggunakan vakum terlebih dahulu.
Saat Zull menutup pintu stor, dia dapat melihat Ayuri sedang menyandar di dinding stor yang bersebelahan pintu stor tersebut. Namun, Zull tidak mengendahkan Ayuri memandangkan Ayuri hanya mendiamkan dirinya. Mungkin Ayuri mahu mengawasi dia bekerja. Oleh itu, Zull cuba berlalu pergi dengan berjalan melepasi Ayuri yang sedang elok bersandar di dinding stor sambil menarik vakum beroda tersebut.
"Oi, kau tak nampak ke aku ingin bercakap dengan kau ni? Siap bersandar di sebelah dinding ni lagi. Berhentilah sekejap. Kau nak pergi mana?" marah Ayuri.
"Aku nak bekerjalah. La, kau nak bercakap dengan aku ke? Aku ingat kau nak goda aku dengan melekat dekat dinding tu. Tapi, maaflah aku tak tergoda, jadi aku nak lalulah. Lagipun, kau senyap aje dekat situ." balas Zull selamba.
"Excuse me, aku tak ada masa nak goda kau. Ada ke orang nak goda lelaki dengan bertenggek dekat dinding?"
"Ada. Kaulah buktinya. Nak goda aku, lepas tu bila penyamaran terbongkar, nak marah orang pulak."
Ayuri terus naik angin, "Aku dah cakap, aku bukan sedang menggoda kaulah, pendek!"
Zull mendiamkan dirinya dengan mengecilkan matanya tanda memprovok. "Oh, kalau bukan menggoda, maksudnya kau nak.......Raba aku, kan. Perempuan gatal, ada nafsu dengan lelaki bawah umur." balas Zull lagi. Dia ingin mengusik Ayuri yang hipokrit dan perasan suci itu.
Ayuri semakin menggelegak. "Nah, ambik balik jam tak guna kau ni, budak bawah umur! Dahlah mintak tolong orang, lepastu layan orang yang dah tolong dia macam sampah. Fuh, merobek kesabaran aku betul." balas Ayuri menghulurkan jam itu kepada Zull. Dia yakin Zull adalah Hitam setelah puas memikirkan kejadian semalam. Zull sekadar melihat jam itu dengan pandangan yang kosong.
"Huh, kau sukakan aku sampai nak bagi jam? Maaflah, aku tak suka perempuan yang suka raba lelaki bawah umur." balas Zull. "Dia ni betul-betul tahu aku Hitam atau dia sekadar ingin menduga aku. Kalau aku ambil jam ini, maknanya dia akan tahu aku Hitam walaupun dia hanya menduga. Hmm." Bisik hati Zull.
"Hah? Ini jam kau kan?" ujar Ayuri lagi. "Taakulan aku salah ke? Sepanjang malam aku fikir, dan cuma kau je yang aku rasa akan panggil aku 'Ayu'. Atau dia sememangnya ingin menyembunyikan identiti dia dari aku? Namun, kalau taakulan aku salah dan Hitam betul-betul jumpa aku hari ni untuk ambil jam ni balik, tetapi jam ni tiada dengan aku sebab aku dah bagi kepada budak pendek ni, masak aku kena panggang hidup-hidup dengan dia." fikir Ayuri pula.
"Cantik jugak jam ni. Nampak mahal, kalau jual ni banyak jugak yang aku akan dapat. Aku dahlah tak ada duit sekarang. Huh, okey! Aku ambilnya sebagai hadiah ha....." ujar Zull dengan berlakon dan cuba mengambil jam itu dari tangan Ayuri.
Namun, belum sempat dia menghabiskan kata-katanya dan mengambil jam tangan tersebut, Ayuri menyembunyikan jam itu ke dalam poket bajunya semula dan memotong percakapan Zull.
YOU ARE READING
OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)
FantasySepuluh batu permata Saphira telah jatuh ke bumi. Batu-batu itu telah memilih pemegang yang dirasakan layak untuk memiliki mereka. Sesiapa yang memiliki batu itu akan mempunyai kuasa. Dilan dan kawannya yang lain telah berjuang habis-habisan untuk m...