BAB 7: Sekolah Jambu
Di Hadapan Pagar Sekolah Menengah Bukit Berapi (SMBB), Pukul 9.00 Pagi.
DI DALAM Bilik Mesyuarat SMBB, beberapa guru yang terlibat sedang duduk di atas kerusi meja mesyuarat dengan wajah serius. Cikgu Ross dan Cikgu Azrell duduk bersebelahan memandangkan mereka ialah dari Bahagian Bilik Disiplin.
Cikgu Kamardhia iaitu Penolong Kanan 2 (PK 2) sekolah duduk berhadapan dengan Cikgu Hamid iaitu PK 1. Cikgu PK HEM iaitu Cikgu Ashaari pula duduk bersebelahan Pengetua Yang Lee.
"Memandangkan semua telah bersedia, kita mulakan mesyuarat mengenai disiplin pelajar kita kali ini. Saya serahkan pembentangan kepada Cikgu Azrell dan Ckigu Ross dari Bilik Disiplin. Silakan." pelawa Pengetua Yang Lee tersenyum-simpul. Cikgu Azrell bangun dan memulakan ucapannya.
"Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua yang hadir hari ni. Pertama sekali, saya akan melaporkan masalah-masalah disiplin pelajar pada tahun lepas. Kes yang paling banyak berlaku ialah ponteng sekolah dan merokok dalam kawasan sekolah. Vandalisme harta sekolah di tangga kedua dan kebanyakkannya dilakukan oleh pelajar yang sama. Pergaduhan juga ditangga yang sama..."
"...Baru-baru ni pun masih ada pelajar yang bergaduh dan sebagainya. Isu-isu pelajar bercinta dan ditangkap dating dalam kawasan sekolah memang selalu ada. Isu tersebut berada di tangga keempat. Akhir sekali, pada hujung tahun lepas, sekolah kita digemparkan dengan kes pembuangan bayi. Disebabkan oleh hal itu, imej sekolah kita makin tercemar..."
"...Hal ini sangat membimbangkan pihak sekolah dan para Ibu Bapa. Saya berhajat ingin menyentuh isu ini pada mesyuarat PIBG yang ke-25 kerana ingin memberikan kesedaran kepada Ibu Bapa yang lain." ujar Cikgu Azrell sambil melihat kertas ucapannya.
"Kamu rasa apa yang boleh kamu lakukan untuk membanteras kejadian itu?" soal Yang Lee ingin tahu.
"Pelajar zaman sekarang ini degil, tak dengar cakap dan suka melawan cakap Cikgu. Saya sendiri pun telah mati akal nak kawal semua ni. Apa yang saya dan Cikgu Ross selalu buat adalah mendenda mereka melakukan khidmat masyarakat, bergotong-royong dan membersihkan sekolah. Dengan mendenda mereka, saya rasa sekurang-kurangnya mereka belajar sesuatu." balas Cikgu Azrell.
"Apa perubahan mereka setelah didenda?" soal PK HEM Cikgu Ashaari.
"Ada pelajar yang tak lakukan hal itu lagi dan ada juga pelajar yang tak pernah serik-serik kena denda. Mungkin mereka seronok didenda. Benda macam ni, di sekolah lain pun ada. Pelajar-pelajar bermasalah memang wujud di semua sekolah." jelas Azrell ringkas.
"Kalau macam tu kita teruskan dengan hukuman denda untuk kawal permasalahan ni. Sekurang-kurangnya ada yang berhenti buat masalah. Walaupun, masih ada segelintir pelajar yang tak nak berubah langsung. Yalah, ingin mengubah perangai seseorang ni susah dan ia bukan perkara senang. Lagi-lagi kita tak tahu punca permasalan mereka." sokong PK HEM Ashaari. PK 1 iaitu Cikgu Hamid dan PK 2 atau Cikgu Kamardhia mengangguk-angguk faham.
"Baiklah, Cikgu Azrell saya bagi awak memegang jawatan sebagai Penasihat Pengawas Sekolah sekali lagi. Saya harap kamu dapat melatih pengawas-pengawas sekolah kita dengan baik. Saya harap kamu juga memilih pelajar yang layak untuk menjadi Ketua Pengawas dan Ketua Pelajar Sekolah." sampuk Pengetua Yang Lee.
Azrell tersenyum nipis dan memberi senyuman tidak ikhlas. Sebenarnya dia sudah tidak mahu bertanggungjawab menjadi Penasihat Pengawas Sekolah. Namun, dia terpaksa akur kerana sudah tiada guru yang menginginkan jawatan itu.
"Saya nasihatkan awak juga untuk memilih Ketua Pelajar Sekolah yang betul-betul layak, bukannya sekadar serkap jarang. Konsepnya sama macam membeli barang mahal, sebab kita kena teliti dahulu kualiti barang tersebut sebelum membeli..."
YOU ARE READING
OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)
FantasySepuluh batu permata Saphira telah jatuh ke bumi. Batu-batu itu telah memilih pemegang yang dirasakan layak untuk memiliki mereka. Sesiapa yang memiliki batu itu akan mempunyai kuasa. Dilan dan kawannya yang lain telah berjuang habis-habisan untuk m...