...
Di rumah Night Stalkers, Pukul 5.00 Petang.
AYUMI membuka pintu utama rumah. Dia baru sahaja pulang dari Makmal Keluarga Khai. Sejak daripada tadi dia menunggu panggilan daripada Yurina. Namun, Yurina langsung tidak menghubunginya. Jadi, dia beranggapan tiada apa-apa yang berlaku lagi.
Ayumi memasuki rumah itu dengan wajah yang masam mencuka. Pandangannya teralih ke arah sofa ruang tamu di mana Henna dan Tina sedang menonton TV dengan khusyuk. Kemudian, Tina dan Henna menoleh ke arah Ayumi serentak memandangkan mereka dapat berasakan yang mereka sedang diperhatikan oleh Ayumi.
"Mana Yurina?" soal Ayumi kasar dan bernada tegas.
"Um, belum pulang lagi." jawab Tina ringkas dan memandang Ayumi dengan takut.
"Apa! Diorang masih belum balik ke? Pukul berapa lagi diorang pergi?"
"A...Pukul sebelas lebih rasanya, kan Henna kan?" soal Tina memandang wajah Henna. Henna mengangguk perlahan.
"Seriously? Kawan korang tak balik dari pukul 11 sampai sekarang, dan korang masih boleh duduk rileks kat sini macam tak ada apa-apa berlaku!? Macam mana kalau diorang dalam bahaya sekarang ni? Haih, aku ingatkan diorang dah balik. Patutlah aku call tak dapat-dapat."
Ayumi mengeluh dengan berat. Dia mengurut temporal kepalanya kerana pening dengan sikap kawan serumahnya itu. Tina dan Henna memandang wajah antara satu sama lain.
"Jadi, macamana sekarang ni?" soal Henna mendapatkan Ayumi. Henna bereaksi risau dan gugup. Ayumi memandang Henna tajam.
"Kau rasa?" Jawapan Ayumi telah membuatkan Henna menunduk ke bawah.
"Aku nak mandi dan lepas tu makan. Nantilah kita bincang bersama." sambung Ayumi malas sambil kakinya mula bergerak ke bilik.
Dia ingin membersihkan diri dan menjamu selera dahulu. Henna memandang kelibat Ayumi yang sedang menaiki tangga itu dengan pandangan kosong. Kemudian, dia menuju ke sofa dan duduk bersila di atas sofa itu.
"Ala, Henna sabarlah ya. Ayumi memang macam tu. Kau jangan terasa."
"Tak, saya tak terasa. Tapi, saya gembira Ayumi bercakap dengan saya."
Henna tersengih-sengih sambil menunjukkan barisan gigi yang putih berseri miliknya. Tina membuat wajah kaget dan geli.
"Henna, Henna." getus hati Tina sambil menggelengkan kepalanya perlahan.
Sebentar tadi dia ke rumah Dilan untuk berbual-bual dengan Dilan memandangkan dia kebosanan. Namun, tiada sesiapa pun yang berada di rumah tersebut. Jadi, dia balik ke rumah semula dengan hati yang berat.
"Tina, saya risaukan Mina dan Yurina. Saya...Saya tak tahulah pulak akan jadi macam ni. Kenapalah saya tak terfikir pasal hal ni."
Henna berwajah risau. Tina turut membuat reaksi yang sama. Mereka berdua ingatkan Yurina dan Mina masih menyiasat keadaan di sana dan makan di restoren berdekatan tempat itu.
Selepas lima belas minit berlalu, Ayumi menuruni tangga dan terus menuju ke arah meja makan. Dia ingin menjamu selera terlebih dahulu sebelum berbincang dengan Tina dan Henna.
Ayumi mencedokkan nasi ke dalam pinggannya dan kemudiannya mencedokkan kuah tomyam ke pinggannya itu. Dia sangat lapar tika itu kerana sejak daripada tadi dia belum menjamah nasi. Tengahari pula, dia hanya memakan roti dan biskut kerana tidak ingin membuang masa.
Usai menjamu selera, Ayumi menuju ke ruang tamu dan duduk di atas sofa. Dia merenung wajah kedua-dua rakan serumahnya tajam dan membuatkan mereka berasa kekok.
YOU ARE READING
OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)
FantasySepuluh batu permata Saphira telah jatuh ke bumi. Batu-batu itu telah memilih pemegang yang dirasakan layak untuk memiliki mereka. Sesiapa yang memiliki batu itu akan mempunyai kuasa. Dilan dan kawannya yang lain telah berjuang habis-habisan untuk m...