...sambungan Bab 7

164 23 0
                                    

...

TEPAT pukul 11.00 pagi, loceng dibunyikan menandakan pelajar tingkatan empat dan lima boleh memulakan sesi rehat mereka. Dilan dan Zull mengikut Nik dan Mior untuk ke kafe sekolah. Mereka berempat menuju ke kafe dan tiba-tiba berhenti apabila Dilan mula bersuara.

"Korang pergi dulu. Aku nak ambik dompet, aku terlupa." celah Dilan. Nik dan Mior mengangguk.

"Aku pun rasa nak pergi tandas dulu ni, nak beraklah. Mana tandas?" soal Zull kasar.

"Kau kena jalan terus pastu belok kiri. Jumpalah tandas. Kalau jalan nak ke kafe pula, korang hanya perlu jalan terus, tapi belok kanan pastu kena jalan terus. Okeylah, jom Mior." ajak Nik sambil mengajak Mior. Mior menurut dari belakang Nik. Dilan dan Zull mengangguk.

"Dee, aku jumpa kau kat kafelah nanti. Kau jangan nak mengurat perempuan pulak, bukannya aku tak tahu kau ni gatal."

Zull mengecilkan bola matanya tanda menyuruh Dilan untuk tidak menggatal. Dilan tergelak kecil dan memasuki kelasnya semula. Di dalam kelas itu, Tina, Mina, Henna, Yurina dan Ayuri masih lagi sedang bersiap-sedia untuk ke kafe. Mereka sedang menyimpan buku ke dalam beg mereka.

Dilan menuju ke arah tempat duduknya dan mencari dompet di dalam beg galas. Selepas menjumpainya dia memasukkan dompet itu ke dalam kocek seluar. Ayuri menggunakan peluang itu untuk menghampiri Dilan dan menyerahkan Dilan sepucuk sampul surat.

"Nah." Ayuri menghulurkan sampul surat itu kepada Dilan. Dilan memandang Ayuri pelik.

"Terima kasih sebab tolong bayarkan untuk saya semalam. Ini sampul yang berisi duit." balas Ayuri memberikan senyuman manis.

"Ah, saya ingatkan awak tak boleh bercakap. Tak apa, saya halalkan." balas Dilan menolak sampul pemberian Ayuri. Ayuri berdegil. Dia meletakkan sampul itu di atas meja Dilan.

"Saya tak suka berhutang budi dengan orang lain. Jadi, awak ambil aje duit tu. Em, saya Ayuri."

"Rafizal Aiman bin Mukhlis. Panggil aje Dilan."

"Luna Kistina Binti Rosyam. Panggil Tina je." celah Tina secara tiba-tiba.

Dia menghulurkan tangannya kepada Dilan. Dilan menyambutnya dan melemparkan senyuman nipis. Ayuri mengecilkan bola matanya. Dia tidak berpuas-hati.

"Kau tak nampak ke aku sedang berbual dengan Dilan." sampuk Ayuri.

"Ah, cakaplah. Saya tak akan menyampuk lagi." jawab Tina sambil melihat Dilan tidak berkedip.

"Tak boleh. Kau akan dengar apa yang aku nak cakapkan kepada dia. Jadi, boleh berambus tak."

"Saya tak akan menyampuk atau mendengar apa yang awak cakapkan. Jadi, silakan bercakap."

"Aku tetap tak suka kau ada di sini."

Ayuri menyilangkan tangannya. Dilan mula berasa serba-salah. Namun, dia tidak tahu bagaimana untuk menghentikan mereka berdua.

"Apa masalah awak ni sebenarnya? Ah, awak nak mengurat dia, kan."

"Ha? Mana...mana ada. Aku...nak bagi duit dia balik aje." Ayuri mengelak daripada tertangkap.

"Okey, kalau macam tu awak bagi ajelah duit tu. Ke dah bagi? Kalau dah bagi, awak boleh pergi sebab saya nak mengurat dia." balas Tina berterus-terang membuatkan Dilan, Ayuri, Mina, Yurina dan Henna kaget.

Khai terjatuhkan bekalnya ke lantai kelas selepas mendengar pengakuan Tina. Dia telah ke tempat parkir sebentar tadi kerana ingin mengambil bekal dari Roy yang membeli makanan dari luar sekolah.

Setelah mengambilnya, dia menuju ke kelas untuk makan dan berkongsi dengan Tina. Tina memandang Khai pelik. Khai terus berlari keluar dari kelas itu dengan lembut seperti lelaki feminin berlari. Roy Azrai mengejarnya dari belakang.

OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)Where stories live. Discover now