...
Di Olienpiece, Istana Kastelhike.
TUANKU Ozz memandang ke luar jendela istana Kastelhike. Kemudian, dia tersenyum sinis. Dia gembira dengan kehidupannya sekarang. Kemudian, seseorang mengetuk pintu bacaannya itu. Ozz membenarkannya masuk. Kelihatan Putera Muez atau Liath (di Istana Kastelhalia) memasuki biliknya itu. Bagi Tuanku Ozzete yang sebenar, Muez hanyalah anak angkatnya namun, untuk Tuanku Ozzack yang sedang menyamar menjadi Tuanku Ozzete tika ini, Muez atau Liath adalah anak kandungnya. Rancangan Putera Must atau Muslim iaitu anak keduanya itu telah pun membuahkan hasil (rujuk Bab 32-34). Anaknya itu sungguh genius.
"Kenapa Muez?" soal Ozzack.
"Anakanda ingin menghantar dokumen dari 'sana'." ujar Muez serius.
"Kenapa? 'Raja' di sana bagi tugas khas ke?" soal Ozzack lagi. 'Raja' di sana membawa maksud Raja Zach. Muez menggeleng tanda tidak tahu.
"Muez, bukankah ayahanda sudah bagitahu jangan bagi bahasa isyarat. Kalau tidak tahu, jawab sahajalah tak tahu. Apa yang susah sangat untuk kamu menjawabnya? Apa ada emas ke dalam mulut kamu?" soal Ozzack garang.
"Maaf ayahanda."
"Dah jumpa adik kamu?" soal Ozzack.
Sudah hampir 10 tahun anaknya Muslim hilang tanpa berita. Sejak Putera Must keluar dari Istana Kastelhalia, mereka memang sudah jarang mendengar beritanya. Maksudnya, mereka semua masih belum mengetahui bahawa Putera Must atau Muslim telah meninggal dunia. Muez menggeleng. Saat Muez menggeleng, Ozzack terus melemparkan gelas berisi air ke arah Muez.
"Bukankah ayahanda sudah cakap supaya gunakan mulut untuk menjawab soalan ayahanda, anak tak guna!" marah Ozzack.
Muez sekadar mendiamkan diri kerana dia sudah terbiasa dengannya. Sikap penderaan atau abusif ayahnya semakin menjadi-jadi setelah berada di sini. Mungkin ayahnya tidak bebas kerana perlu menyamar menjadi seseorang yang bukan dirinya. Ozzack mula membuka dokumen itu. Kemudianya, dia tersenyum.
"Haha! Rancangan apalah yang dia cadangkan ini. Karut betul." ujar Ozzack tergelak besar.
Muez sekadar menunduk dan berdiam diri. Dia bukannya rapat sangat dengan ayahnya. Ayahnya juga tidak rapat dengan adiknya, Must. Must (Muslim) disayangi kerana kebijaksanaan dan kelicikkan yang dia ada itu. Mereka berdua memang kurang kasih-sayang seorang ayah kerana Ozzack hanya mementingkan harta dan pangkat, sama seperti Raja Zach. Bahkan, sifat suka mendera anak sendiri itu pun seperti diwarisi oleh mereka berdua.
"Muez." panggil Ozzack.
"Ya?"
"Ayahanda mahu kau berkahwin dengan Puteri Amania dari Kerajaan Hemophillea." arah Ozzack. Muez sedikit terkejut. Dia memandang ayahnya.
"Kahwin? Kenapa perlu sekarang?" soal Muez tidak berpuas hati.
"Untuk langkah berjaga-jaga. Ianya untuk mengurangkan rasa curiga orang. Umur kamu semakin hari semakin meningkat. Ayahanda pun mahukan cucu yang akan meneruskan legasi keluarga kita. Sekarang ni, Must sudah lama menghilang, ayahanda hanya dapat mengharapkan kau sahaja. Kamu patut bersyukur Must menghilang, sebab baru sekarang ayahanda memberi harapan pada kau, kalau tak kau memang tidak berguna bagi ayahanda pun." ujar Ozzack sombong. Dia ingin memprovok anak sulongnya itu kerana dia tahu Muez sangat mecemburui Must.
Muez menggenggam tangannya tanda geram. "Baiklah. Bila tarikh perkahwinan kami?" soal Muez lagi.
Ozzack tersenyum sinis. "Petang ini kita akan ke Istana Heamophillea. Kita akan tetapkan tarikh hari istimewa itu. Kamu patut belajar untuk bermesra dengan perempuan. Hari ni, kamu kena senyum dan berlagak mesra dengan Puteri dan Raja Hemophillea." arah Ozzack tegas.
YOU ARE READING
OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)
FantasySepuluh batu permata Saphira telah jatuh ke bumi. Batu-batu itu telah memilih pemegang yang dirasakan layak untuk memiliki mereka. Sesiapa yang memiliki batu itu akan mempunyai kuasa. Dilan dan kawannya yang lain telah berjuang habis-habisan untuk m...