PADA malam itu, Zull sedang duduk di atas kerusinya dan sedang membaca buku fizik kesukaannya. Terkadang dia terbayangkan tentang perlawanan semalam dan ia menyebabkan dia terfikir tentang batu permata Naga Api. Macam manakah dia akan mengambilnya dari Ayuri? Kemudian, dia mendapat idea yang bernas untuk melakukannya. Sedang dia asyik membaca buku kegemarannya, seseorang telah mengetuk pintunya. Zull bingkas bangun dari kerusinya dan memulas tombol pintu. Wajah Dilan terpacul di depan muka pintu. Zull terus mengecilkan kelopak matanya.
"Kau datang sini secara rahsia, kan. Tak ada sesiapa ekori kau?" ujar Zull sambil matanya melilau di sebelah kiri, kanan dan belakang Dilan.
"Er, tak ada." Jawab Dilan ragu-ragu. Zull mungkin dalam 'mood' main-mainnya lagi.
"Bagus, masuklah. Bos ada dekat dalam, dia dah lama tunggu kau. Kau ada bawa serbuk putih tu?"
"Tak, aku bawa diri aku aje. Serbuk tu ada di dapur."
"Tch! Kan aku dah cakap, nak masuk bilik ni bawa sesuatu yang aku boleh guna! Bos aku marah nanti, siap kau."
"Siapa bos kau tu? Aku tak nampak sesiapa pun dekat dalam."
"La, kau tak nampak ke sesuatu yang duduk di tepi katil aku tu. Rambut panjang, rupa hitam-hitam dan tengah tenung kau?" kata Zull selamba. Bulu roma Dilan terus meremang kerana dia tahu hijab Zull telah terbuka atau mempunyai sixth sense.
"Zull, janganlah main-main."
"Akutlah tu. Hihihi! So, kau nak apa? Kacaulah kau ni."
"Aku nak cakap pasal jasad Naga Ais dan mimpi aku sebelum ni."
"Hm, okey. Oh, maksudnya jasad Naga Ais pun pernah keluar di depan kau sebelum ni?"
Dilan mengangguk, "Ya dan nama dia Althar."
"Kenapa kau tak pernah cakap pun dekat aku terus sebelum ni?"
"Aku tak sempat Zull. Kau dan aku kan agak sibuk minggu ni. Kau lagilah, sebab kena 'cover' masa kerja kau sebelum ni."
"Hm, ya tak ya juga. Jadi, apa yang berlaku masa si Mael tu keluar?"
"Aku tak ingat sangat seluruh perbualan aku dengan dia, tapi aku dapat ingat beberapa isi penting. Dia cakap sesuatu akan berlaku, tapi dia tak cakap perkara tu dengan terperinci. Lagi satu, dia ada cakap darah yang mengalir dalam diri aku akan menggoncang dunia Olienpiece. Malah, bukan dia yang pilih aku menjadi pemegangnya, ada orang lain yang pilih sebab darah aku ni."
"Darah engkau? Apa sedap sangat ke darah kau ni? Nak gigit sikit, boleh?"
"Zull, kau bukannya vampire pun."
"Jadi? Darah yang mengalir dalam badan kau? Kau ni anak angkat Pak Cik Mukhlis ke?"
"Ish, apa kau ni. Aku anak kandung dialah, muka kitorang kan sama. Apa yang buat kau fikir macam tu?"
"Yalah, mungkin kau ni anak kandung Putera Mazhe ke an? Jom buat DNA test antara kau dengan Tan Sri Mazhe."
"Putera Mazhe dan Tan Sri Mazhe? Apa maksud kau ni? Mereka orang yang sama ke?"
"Yalah! Apa kau ni, mana ada lagi manusia di bumi Malaysia ada nama pelik macam tu. Dia sorang je. Lagipun, kau yang bermimpi pasal Putera Mazhe dan ayahanda dia sebelum ni, kan. Kau dah lupa ke?"
"Memang aku bermimpi pasal Putera Mazhe dan Tuanku O...Oz. Tapi, wajah diorang tak jelas dalam mimpi tu. Lagipun, nama tu boleh jadi satu kebetulan je, kan."
"Hmmm...Tak guna cakap dengan kau pasal tu. Kejap, kau 21 tahun, kan?"
"Ya."
"Ah, tak-tak, tak logik. Anak Tan Sri Mazhe atau Putera Mazhe tu sepatutnya 18 tahun sekarang. Siapa lagi yang umuq dia 18 tahun sekarang ni?"
YOU ARE READING
OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)
FantasySepuluh batu permata Saphira telah jatuh ke bumi. Batu-batu itu telah memilih pemegang yang dirasakan layak untuk memiliki mereka. Sesiapa yang memiliki batu itu akan mempunyai kuasa. Dilan dan kawannya yang lain telah berjuang habis-habisan untuk m...