...sambungan Bab 32

36 7 0
                                    

...

Di Istana Kastelhike, di atas Pentas Gerbang Utama.

SUATU cahaya berbentuk pintu gerbang kelihatan di atas pentas Gerbang Utama. Tidak lama setelah itu, kelibat Mazhe mula kelihatan. Staf di dalam Unit Kawalan Gerbang Utama terus merekod hal itu dan membuat laporan kepada pihak atasan setelah melihat kelibat itu merupakan Putera Mazhe.

Pengawal Gerbang Utama menuju ke arah Mazhe dan menyambutnya. Mereka membongkokkan diri dan meletakkan tangan kiri pada dada kanan sebagai tanda hormat. Mazhe mengangguk.

"Selamat pulang Tuan Putera." ujar salah seorang pengawal.

"Ya. Saya...Beta ingin beradu di kamar. Laporkan kepada Baginda tentang kepulangan Beta ke istana." balas Mazhe ringkas sebelum berlalu pergi.

Dua orang pengawal dan seorang dayang mengikuti langkah Putera Mazhe sebagai pengiring. Mazhe menuju ke arah biliknya kerana ingin berehat untuk sementara. Dia sudah kepenatan apabila sepanjang hari mencari Muslim semasa di Bumi. Sebenarnya bukan Adam sahaja yang mencari keberadaan Muslim, Mazhe juga turut melakukan pencariannya.

Dia perlukan penjelasan. Penjelasan daripada Muslim. Dia tahu Muslim seorang lelaki yang baik. Tutur katanya sangat lemah-lembut. Dia juga langsung tidak pernah meninggikan suara pada orang lain. Seorang yang suka tersenyum. Pokoknya, bibirnya tidak pernah lekang dengan senyuman.

Mazhe memasuki biliknya dan duduk di atas katil. Dia memerhatikan bilik itu. Tidak banyak yang berubah setelah dia turun ke Bumi. Mazhe menuju ke arah tingkap bilik dan membuka tingkap gelungsur bercerminkan kaca lutsinar. Bulan separa kelihatan terang menyinari dimensi Olienpiece. Minggu hadapan, BULAN PURNAMA akan kelihatan.

"Kenapa Muslim, kenapa? Aku tidak ingin dikhianati macam ni lagi." Getus hati Mazhe.

Seketika selepas itu, pintu biliknya diketuk. Dia menyahut dan membenarkan seseorang itu untuk melaporkan pengumuman tersebut kepadanya di sebalik pintu bilik.

"Tuanku ingin berjumpa Tuan Putera selepas minum pagi esok di Taman Grinnil." Ujar seorang pengawal pelapor.

"Baik. Saya...Beta akan hadirkan diri." Balasnya. Pengawal itu mengangguk faham.

"Patik beredar dulu Tuan Putera."

Mazhe membuka kotak Stabil. Kelihatan batu-batu permata itu bersinar-sinar di dalamnya. Timbul perasaan gusar di dalam hatinya apabila terfikirkan satu lagi batu tidak dapat dia kumpulkan. Dia tidak pasti apakah reaksi yang Tuanku akan tunjukkan kepadanya nanti. Mazhe menolak tanggapan itu ke tepi. Dia ingin berehat.

...

KEESOKKANNYA, Mazhe menunggu Ayahandanya di Taman Grinnil. Dia tidak menjamu selera di Meja Makan Utama semasa sarapan dan minum pagi kerana tidak berminat untuk menyertainya. Tidak lama selepas itu, Tuanku Oz telah sampai di Taman Grinnil.

"Anakanda sihat?" soal Tuanku Oz.

"Sihat." Balas Mazhe ringkas. Dia masih membelakangi Tuanku Oz.

"Kamu tidak ingin duduk ke? Sudah lama Ayahanda tidak melihat wajah anakanda."

Mazhe terus berpaling dan menarik kerusi untuk duduk berhadapan dengan ayahnya. Tuanku Oz meneliti wajah Mazhe dengan tajam. Mazhe mengerutkan dahinya sewaktu melihat wajah ayahnya itu. Terdapat suatu perasaan yang lain sewaktu melihat wajah orang tuanya itu. Perasaan yang asing.

"Macam mana keadaan anakanda sewaktu berada di Bumi?"

"Okey, tak ada masalah."

OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)Where stories live. Discover now