Setelah loceng rehat dibunyikan, Dilan dan yang lain-lain menuju ke arah kantin. Mereka diikuti oleh Tina dan rakan penyewanya. Dilan, Josh, Niel, Khai, Roy, Mior dan Nik duduk di sebuah meja yang sama. Amir pula masih belum bergaul dengan mereka sepenuhnya, jadi dia makan di padang selepas membeli makanan di kafe.
"Sebenarnya, aku dah lama nak tanya soalan ni. Korang semua ni sebenarnya dah tamat belajar, kan. Tapi, kenapa korang nak belajar di sekolah n lagii?" soal Nik sambil mengerutkan dahinya.
"Haah! Aku pun dah lama nak tanya soalan yang sama. Kenapa korang nak sambung belajar kat sini lagi? Bosan tahu tak belajar ni. Kena buat kerja rumah itu dan inilah. Kena marah lagi. Haih, susah-susah." keluh Mior sambil menepuk dahi.
Dilan, Josh, Khai dan Niel sekadar memandang sesama sendiri. Apa yang jelas mereka berempat ada misi masing-masing. Khai dengan tujuan untuk melihat keadaan Jason, manakala Niel berlakon untuk menarik Naga Api menyokong mereka disamping menjadi orang dalam Raidez dan Dilan, Zull serta Josh pula ingin mencari punca kuasa mereka.
"Kami ingin mendalami ilmu lagi. Hehe..." Dilan ketawa kecil. Nik dan Mior terus memandang wajah satu sama lain dan kemudian menjongketkan bahu masing-masing.
"Eh, mana Zull?" soal Mior tiba-tiba.
"Haah, mana malaun tu? Aku tak nampak pun dia." kata Nik dengan meliar mencari Zull di kawasan itu. Kemudian, semua mata memandang Dilan dan Khai.
"Er, entahlah. Tadi bunyi aje loceng rehat, dia terus bergegas keluar, aku tak sempat nak bertanya ke mana dia nak pergi." jawab Dilan malu-malu.
"Saya pun tak sempat nak tanya. Adik keluar dengan sangat laju." Balas Khai yang duduk bersebelahan Roy Azrai.
Sementara itu, Tina tersenyum sinis sambil tersengih-sengih di salah sebuah meja di kafe. Dia tidak sabar untuk melaksanakan agendanya pada petang ini iaitu mengintip Dilan di Bukit Berapi Mall. Kawan-kawannya yang perasan riak wajah Tina, melihat Tina dengan wajah kepelikkan.
"Kau kena sampuk ke Tina?" duga Mina ingin tahu.
"Korang dengar tak rancangan Joshua pagi tadi?" bisik Tina perlahan. Mina, Yurina dan Henna menggelengkan kepala.
"Joshua, Dilan dan Niel nak ke Bukit Berapi Mall pada petang ni."
"Okey, jadi?" duga Mina lagi. Yurina dan Henna turut menunggu jawapan dari Tina.
"Jadi, aku nak mengintip diorang dan berpura-pura ke BB Mall jugak supaya aku boleh 'dating' dengan Dilan di mall tu. Korang tolonglah aku ya."
"Aih, aku rasa berdosa pulak tiba-tiba. Mendengar perbualan orang lain secara rahsia adalah suatu perbuatan yang tidak elok, Tina." tegur Yurina dan menyuapkan nasi ke dalam mulutnya dan mengunyahnya perlahan. Kemudian, dia menyuapkannya kepada Henna pula.
"Kau ni biar betul, kalau kita pergi ke sana juga, nanti mereka akan tahulah kau curi dengar percakapan Joshua."
"Jangan risau, kita pergi dulu sebelum Dilan, barulah dia tak curiga, betul tak? Tak adalah nampak sangat aku terkejar-kejarkan dia kan. Sebaliknya akan nampak kami ada jodoh bersama. Ahahahaha!" cadang Tina sambil ketawa nakal dan terus meneguk air sirap depannya. Mina terus memukul bahu Tina sehinggakan Tina tersedak air minuman yang diminumnya waktu itu. Tina terus menggosok bahunya itu.
"Apesal kau pukul bahu aku ni?" soal Tina mengerang kesakitan.
"Tak adalah, aku nak kepastian je. Nak tengok reaksi kau tu. Eh, sejak bila kau risau orang label kau ni 'perigi cari timba' atau terkejar-kejarkan Dilan? Bukan ke kau jenis yang tak kisah dengan semua tanggapan orang lain? Perempuan tak tahu malu macam kau ni jenis yang suka redah je." ujar Mina geram sambil mengigit keropok yang dibelinya.
YOU ARE READING
OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)
FantasySepuluh batu permata Saphira telah jatuh ke bumi. Batu-batu itu telah memilih pemegang yang dirasakan layak untuk memiliki mereka. Sesiapa yang memiliki batu itu akan mempunyai kuasa. Dilan dan kawannya yang lain telah berjuang habis-habisan untuk m...