...
SETELAH seminggu berlalu, waktu yang ditunggu-tunggu oleh Raja Zuku, Jeneral Oreno dan orang ramai telah tiba. Perlawanan Penentuan akan berlangsung di Gelanggang Utama sebentar sahaja lagi. Raja Zuku tidak sabar melihat perlawanan itu. Dia pasti ia akan menjadi perlawanan yang agak sengit.
Airez ialah merupakan anak kepada Jeneral Oreno. Manakala, Liam merupakan pengawal peribadi Putera Must. Siapa sangka budak lelaki gelandangan yang diambil bekerja oleh Putera Must berjaya sehingga ke peringkat ini. Budak lelaki itu mungkin sudah mati jika bukan kerana Putera Must yang telah selamatkannya.
"Perlawanan akan dimulakan dalam masa lima minit." Laung MC yang mengacarakan perlawanan tersebut.
Liam berada di pintu masuk hujung bahagian kanan. Manakala, Airez berada di bahagian kiri. Di tengah-tengah mereka terdapat suatu bulatan besar. Jika salah seorang terkeluar dari bulatan itu semasa berlawan. Maka, orang itu akan kalah.
'Piuuuuu!!!'
Bunyi wisel permulaan lantang kedengaran. Airez melihat ke arah Liam tajam. Dia akan memastikan dia menang perlawanan ini dan membuatkan ayahnya bangga. Liam tidak memberikan apa-apa ekspresi. Dia menunggu Airez untuk memulakan serangan terlebih dahulu.
"Iyaaaa!" laung Airez sambil berlari laju menuju ke arah Liam dan kemudian melepaskan beberapa tumbukkan bertubi-tubi tanpa henti.
Liam mencuba sedaya upaya untuk mengelaknya. Beberapa tumbukkan itu terkena badan dan wajahnya. Serangan lain mampu dielakkan dengan baik. Liam merenggut kedua-dua tangan Airez dan serentak itu juga Airez melompat ke arah badan Liam dan menolak badan Liam. Liam terlepas tangan Airez dan jatuh tersungkur. Airez menyerang lagi tanpa memberikan masa untuk Liam menyerang.
Kali ini, Airez menggunakan kuasa tanahnya untuk menghentam Liam bertubi-tubi. Serentak itu juga dia memanggil kuasa api untuk mengelilingi bulatan gelanggang itu. Api yang marak itu telah menyebabkan para penonton yang berada di situ sukar untuk menyaksikan apa yang sedang berlaku di dalamnya.
"Ambik ni!" jerit Airez dan cuba menikam dada Liam.
Namun, Liam memegang pedang itu dan mematahkannya. Airez melopong melihat adegan tersebut.
"Kenapa kau langsung tidak mulakan serangan?" soal Airez tidak berpuas-hati.
"Kerana saya ingin menang."
Airez terus kegeraman. Dia yang akan menang. Airez menaikkan kedua-dua tangannya ke atas dan menyeru kuasa lohong hitam yang kecil namun kuat untuk menarik Liam masuk ke dalamnya dan melemparkan Liam jauh dari situ. Dengan cara itu kemenangan akan menjadi miliknya. Semakin lama, daya tarikkan lohong hitam itu semakin kuat. Badan Liam juga hampir-hampir bergerak ke arahnya. Namun, Liam masih lagi tenang.
Liam tahu Airez terlalu memberi fokus kepada lohong hitam itu. Jadi, dia menggunakan peluang tersebut untuk menyerang hendap Airez. Namun, Airez perasan akannya dan menghentakkan kakinya pula ke atas gelanggang tersebut. Serentak itu juga, gelanggang itu mula bergelora. Ia merupakan kuasa pasir jerlus buatan Airez.
Kuasa itu merupakan kuasa terbaharunya. Dia telah mencipta kuasa itu khas untuk pemilihan ini. Hentakkan itu telah menarik Liam masuk ke dalamnya. Liam tenggelam ditelan dimensi. Airez tersenyum. Namun, senyuman itu tidak lama apabila Liam menggunakan kuasa tanah miliknya untuk menormalkan tanah jerlus buatan Airez kembali.
"Dia juga mempunyai kuasa tanah? Dia tidak pernah mempunyai kuasa tanah semasa kami belajar dahulu. Seingat aku, dia hanya ada satu kuasa. Kuasa angin..." bisik hati Airez dan masih fokus untuk mengawal lohong hitam terbabit.
YOU ARE READING
OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)
FantasySepuluh batu permata Saphira telah jatuh ke bumi. Batu-batu itu telah memilih pemegang yang dirasakan layak untuk memiliki mereka. Sesiapa yang memiliki batu itu akan mempunyai kuasa. Dilan dan kawannya yang lain telah berjuang habis-habisan untuk m...