Bab 19: Kastelhalia dan Raidez (pihak musuh)

105 14 0
                                    

Keesokkannya, Di Kastelhalia (Istana Tertinggi pihak Raidez), Pukul 9.00 Pagi.

DI DALAM sebuah Bilik Mesyuarat yang luas dan mewah, terdapat sebuah meja berbentuk U. Bilik Mesyuarat tersebut atau dipanggil sebagai Helise boleh memuatkan hampir tiga puluh orang pegawai tanpa pengawal. Terdapat 8 kelibat yang berada di dalam bilik terbabit.

Aloise (21) merupakan Putera Raja pihak Raidez. Dia bakal menjadi pewaris takhta ayahnya, Raja Zach (49). Aloise berada di tempat yang paling hadapan dan duduk di kerusi bahagian hujung meja berbentuk U terbabit. Aloise menongkat dagu di meja dan memandang setiap Pegawai Tertinggi Istana dengan wajah gembira.

"Jadi, MB (Mejar Broome), dayang Istana ada melaporkan kepada Beta, MB yang mengadakan mesyuarat ini. Kenapa?" soal Aloise. MB menarik nafas dalam dan memandang wajah Alloise.

"Memang Patik yang memanggil Tuan Putera dan semua Pegawai ke sini. Hal ini kerana, Patik ada suatu berita tergempar yang ingin Patik khabarkan. Memandangkan ia hal penting, eloklah Patik membuat perjumpaan kerana Patik ingin mengetahui pendapat semua mengenai hal ini." jelas MB tenang.

"Um, Pahlawan Perang dah muncul ke?" soal seorang Pegawai Istana atau digelar sebagai Koperal Xing Li (35) serius.

Dia merupakan pegawai kedua terendah selepas Sarjan Imiraldi (42). Pahlawan Perang yang dimaksudkan merupakan The Blade Musketeers (TBM). Koperal Xing Li berambut panjang dan memakai baju Pegawai Istana yang berwarna emas serta ungu. Dia berpewatakkan tegas dan sangat menyanjungi Raja Zach iaitu ayah kepada Putera Aloise. Namun, dia tidak menyukai Komander Raphinarde kerana menganggap Komander Raphinarde seorang yang tidak serius dan hanya tahu tidur sahaja.

"Sukacita saya umumkan, ya. Mereka telah muncul. Namun, hanya tiga Pahlawan Perang sahaja yang memunculkan diri, yang selebihnya saya tidak tahu. Mereka ialah Ais, Api dan Kristal. Baru-baru ini Naga Ais telah memunculkan dirinya..."

Aloise ketawa nakal. "Hahahaha! Jarang sekali Naga Ais akan memunculkan dirinya. Pemegang Batu Permata Naga Ais seorang yang lemah ke?" duga Putera Aloise dengan senyuman tidak pernah lekang daripada bibirnya. MB mengangguk.

"Patik turut berfikir tentang hal yang sama. Naga Ais ingin menyelamatkan Pemegang Batu Permata Ais daripada ditarik oleh Katakot. Menurut pemerhatian Patik, mereka merupakan pemegang yang baharu dan masih belum pakar mengawal kuasa mereka sepenuhnya."

MB bercakap sambil matanya melihat kertas laporan yang dibuatnya bersilih-ganti. Semua Pegawai Istana membuat wajah serius kecuali Komander Raphinarde (37) yang berwajah seperti seorang yang mengantuk. Komander Raphinarde menguap dan menggaru perutnya. Pangkat Komander di dalam Barisan Pegawai Istana Kastelhalia (BPIK) adalah Kedua Paling Tinggi selepas Jeneral Airez (43).

"Memandangkan keadaan sudah menjadi seperti itu, Patik sarankan untuk turunkan alumni Akademi Pertahanan Raidez yang lebih kuat atau virus yang lagi hebat ke Bumi." celah Sarjan Imiraldi (42).

Imiraldi (42) merupakan kawan baik Mazhe, Hash dan Archie. Mereka berempat serta Puteri Cagalli, Puteri Que Shyi, Misa dan Karri telah berkawan sejak Mazhe berumur 7 tahun lagi di Kastelhike iaitu Istana Tertinggi Olienpiece. Sewaktu berumur 29 tahun dia telah menjadi Penolong Ketua Archie di Kastelhike.

Namun, oleh sebab pihak Istana Kastelhike tidak mengiktiraf kekuatannya dan gagal dalam ujian Ketua Tertinggi Istana, dia mengambil keputusan untuk membelot. Dia mula menyokong Raidez semasa berumur 32 tahun iaitu 10 tahun yang lalu.

"Patik bersetuju dengan Sarjan Imir, Tuan Putera. Dengan cara ini dapatlah kita tumpaskan semua pemegang batu permata Saphira. Rancangan kita untuk menambahkan hamba abadi yang akan bekerja di bawah Raidez akan meningkat dengan ketiadaan mereka. Patik berasakan hal ini amat penting memandangkan rakyat dibawah pemerintahan Raidez yang mahu menjadi askar Istana semakin berkurangan. Mereka juga sudah kurang produktif. Selain daripada itu, jika bernasib baik, kita mungkin akan dapat memiliki batu permata Saphira Ais dan Api."

OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)Where stories live. Discover now