BAB 38: Cinta Palsu!
SETELAH membersihkan diri dan mengisi perutnya dengan memakan roti Gardenya, Ayumi telah membuat keputusan untuk ke makmal dan membuat antiviral dengan Prof Rachan. Buat masa ini dia masih lagi tidak ingin berlatih bersama-sama kawan serumahnya.
Mungkin dia akan menyertai mereka semua nanti namun, bukan pada masa terdekat. Dia pasti jika dia berlatih dengan mereka semua sekarang, dia dan Mina akan banyak bertelagah. Ayumi menarik nafas panjang.
Ayumi menuruni tangga bas dan melompat turun di tangga terakhir. Dia berjalan menuju ke Makmal Keluarga Khai dan memasukinya dengan selamba. Semasa melihat Ayumi memasuki makmal itu, Prof Rachan sekadar menggelengkan kepalanya.
"Masih lagi sombong?" tegurnya.
"Apa maksud Prof? Prof nak saya potong alat sulit Prof?"
"Kamu ni Ayumi, apa salahnya berlatih bersama-sama kawan seperjuangan kamu itu. Kamu patut bersyukur mereka tidak pernah pinggirkan kamu."
"Saya lagi suka jika mereka buat macam itu."
"Bercakap dengan kamu mambuatkan saya mudah jadi penat."
"Jadi, lebih baik Prof berdiam diri sahaja kan."
"Huh!"
"Assalamualaikum dan salam sejahtera!" laung seseorang atau Khai dan memasuki makmal itu dengan Roy Azrai, pengawal peribadinya.
"Khai, kamu lagi? Ini memelikkan." ujar Prof dengan semberono. Ayumi melihat Khai tajam dan menjelingnya.
"Hahaha, saya saja datang melawat. Saya bosan berada di rumah walau pun Papa dah balik. Papa asyik sibuk dengan kerjanya sahaja..."
"Jadi, ada kami kisah tentang kerja ayah kau, kau ingat ini tempat untuk meluahkan perasaan!?" bidas Ayumi laju.
"Awak dah lupa agaknya, ini makmal yang dibina atas nama keluarga saya."
"SO!?"
"Ja-jadi, saya boleh datang sini sesuka hati sayalah." balas Khai dengan nada suara yang hampir menangis.
Setelah itu, dia mengesat air mata yang keluar sedikit dengan menggunakan tangannya. Dia tidak suka ditengking atau dimarahi kerana hatinya sangat rapuh dan sensitif. Hanya Zull sahaja yang boleh memarahinya atau membebel kepadanya. Hal ini kerana, dia langsung tidak makan hati semasa Zull memarahinya.
"Tch!"
"Ayumi sudah-sudahlah tu, awak nak dia potong pembiayaan kita?" bisik Rachan ke telinga Ayumi.
"Kita sudah hampir siapkan semua antiviral itu, kan? Lagipun, ada antiviral yang langsung tidak berguna sekarang ini kerana Raidez sudah mempunyai cara lain untuk menambahkan hamba abadinya di Bumi ini. Prof sendiri yang cakap benda itu pada sebelum ini."
"Saya tahu, tapi sekarang ini, kita kena layan Khai dengan baik."
"Langkah mayat saya dulu."
"Ish, kamu ini."
"Awak jangan risau saya tak akan sesekali potong pembianyaan awak semua." celah Khai selamba.
"Tuan Muda mendengarnya?" Rachan menduga kerana risau mereka juga terdengar perbualannya mengenai Raidez tadi.
"Hanya bahagian pembiayaan itu sahaja. Yang lain saya tak dengar."
"Kenapa kau curi dengar perbualan kami!?" jerkah Ayumi sekali lagi.
YOU ARE READING
OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)
FantasySepuluh batu permata Saphira telah jatuh ke bumi. Batu-batu itu telah memilih pemegang yang dirasakan layak untuk memiliki mereka. Sesiapa yang memiliki batu itu akan mempunyai kuasa. Dilan dan kawannya yang lain telah berjuang habis-habisan untuk m...