Bab 23: Ahli Terakhir

99 15 0
                                    

PUTEH atau Dilan mendapatkan Hitam apabila Hitam keluar dari Hutan Simpan terbabit. Jasad Tina dan Ayuri terbaring di bawah pokok. Mereka pengsan selepas Senrose kalah dalam perlawanan dan memandangkan roh Katrina serta Aris telah meninggalkan jasad mereka. Puteh merangkul badan Hitam dan memeluknya kuat.

"Hitam, syukur kau tak apa-apa."

"Teh, bukan aku dah suruh kau selamatkan diri kau dengan dua orang perempuan tu ke? Kau dah mensia-siakan usaha aku untuk melengah-lengah jantan tu. Apa kau ni?"

"Aku risaukan kau. Kau satu-satunya kawan baik aku. Lagipun, hanya kau aje yang faham aku." kata Puteh dengan wajah sedikit lega apabila melihat kawan baiknya itu tidak apa-apa.

"Alolololololololo...Tapi, aku masih lagi tak faham kenapa kau mesti mensia-siakan usaha aku. Bukan main lagi aku terajang kau tadi, Teh. Sampai sakit kaki aku ni. Kau dahlah berat! Dasar lelaki tidak sedar diuntung!"

"Janganlah marah."

"Sudah tentu aku marah. Sampai tertonggeng-tonggeng aku dibuatnya masa melawan lelaki yang terputus saraf muka tu."

"Ya, ya. Aku minta maaf sangat-sangat, aku cuma risaukan kau. Kalau aku panggil Kelabu pun ia tidak akan mengubah apa-apa. Jadi, aku cuma mampu berdoa sahaja tadi agar seseorang yang lebih kuat menolong kita."

"Oh! Doa kau makbul. Dah jom balik."

"Apa maksud kau doa aku makbul? Memang ada seseorang yang menolong kau tadi?"

"Um, nanti aku cerita. Adakah kau rasa tempat ini sesuai untuk kita bercerita? Aku penatlah, aku nak balik. Boleh tak kita balik sekarang? Aku tak nak tiba-tiba ada orang serang kita lagi sebab kita masih memakai baju TBM."

"Okey, okey. Betul cakap kau. Tapi, kita kena hantar mereka ke rumah sekarang. Mesti kawan serumah dan keluarga diorang risaukan dirorang."

Puteh memandang ke arah Ayuri dan Tina yang terbaring di bawah pokok merimbun dan menuju ke arah mereka. Dia mendukung badan Tina memandangkan Tina lebih tinggi berbanding Ayuri yang kecil molek.

"Hitam, boleh kau dukung Ayuri dan hantar dia ke rumah? Kau kan ada kuasa berlari laju."

"Teh, kenapa kau menyusahkan diri? Kau letak perempuan itu ke bawah balik. Kau memang gatal, kan. Kau memang suka raba perempuan, kan."

"Mana adalah, takkanlah nak tinggalkan dia macam itu aje."

"Kau letak dulu Si Tina tu. Sakit hati gue! Mesti dia suka jika dapat tahu kau dukung dia tadi. Ish! Biar aku yang setelkan masalah ini." Puteh terus meletakkan Tina ke bawah kembali.

"Macam mana?" soalnya.

"Tepi sikit."

Hitam menghampiri Tina dan Ayuri yang sedang terlelap di bawah pokok tersebut. Kemudian, dia menarik nafas panjang. Puteh hanya melihat kelakuan Hitam tanpa banyak tanya kerana dia ingin melihat Hitam menyelesaikan masalah itu dahulu.

"WOI!!! BANGUN WOI!" laung Hitam dengan kuat dan lantang.

Serentak itu juga, Ayuri tersedar dari lamunan mimpinya. Tina masih belum sedarkan diri kerana jika dia sudah tertidur, dia amat susah untuk bangun (tidur mati).

"Ma-mana saya sekarang ni?" kata Ayuri dengan lembut.

"Ha, kan jadi tu."

"Hitam...Maaf, cik. Um, kami jumpa Cik di dalam hutan tadi. Boleh Cik telefon sesiapa yang dapat ambil Cik?" celah Puteh.

"Awak siapa?"

"Puteh dan ini Hitam, kami dari The Blade Musketeers."

"The Bla..."

OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)Where stories live. Discover now