Bab 27: Sahabat Impian

94 15 16
                                    

ZULL menaiki bas untuk ke rumah Ridhuan. Dia duduk di kerusi di belakang pemandu bas sambil menongkat dagu pada tingkap bas. Dia memerhatikan pemandangan di luar bas itu dengan pandangan serius. Dia sangat risau jika Dilan dan yang lain berada di dalam bahaya tanpa pengetahuannya.

Namun, Dilan sudah jarang memanggilnya apabila Raidez muncul setelah kehadiran Khai, Joshua dan Niel. Dia tidak begitu kuat dan dia tahu mengenainya. Namun, dia sedar akan suatu perkara; iaitu Dilan, Joshua dan Khai tidak begitu arif dalam perlawanan. Dia pula mempunyai pengalaman dalam perlawanan dan mempunyai teknik pertahanan diri.

"Kami patut berlatih bersama-sama. Siap kau Siah, di rumah nanti aku jentik telinga kau puas-puas." bisik Zull kepada dirinya.

Siah merupakan Dilan. Dia sangat suka memanggil Dilan sebagai Siah kerana sifat lembut dan baik hati Dilan. Zull menuruni tangga setelah bas itu berhenti. Dia ingin berjalan menuju ke rumah Ridhuan yang berada di hujung kampung. Zull berjalan ke rumah itu dan kemudian berhenti di pertengahan perjalanan. Dia sedang menunggu seseorang. Setelah hampir 9 minit, barulah kelibat yang ditunggu-tunggu berkunjung tiba.

"Lambat betul-lah korang ni. Korang rasa aku ada masa tunggu korang sampai jadi hensem macam ni. Nasib baik jadi makin hensem, kalau jadi makin tua, siap korang." tegur Zull dengan wajah berkerut seribu.

"Macam ni hensem? Eh, nak muntah aku. Eh, yang kau ajak kami ke sini kenapa hah!?" marah seseorang itu atau Joe.

"Entah, kami ni orang yang sibuk tahu." Sokong Mamat dengan jelingan maut.

"Huh, sibuk konon. Kita tunggu sini sekejap sebelum jenguk seseorang. VIP kau! Hahahahaha!" Zull ketawa nakal.

"Siapa?" soal Joe dan Mamat serentak.

"Kau orang bertiga buat apa di sini!?" jerkah seorang lelaki dengan suara garaunya.

Mereka bertiga terus berpaling. Zull tersenyum dengan lebar dan terus berlari ke arah lelaki itu dengan senyuman nakalnya.

"CIKGUUU!!!" teriak Zull dan terus memeluk lelaki yang dipanggil Cikgu itu.

Lelaki itu atau Cikgu Azrell melepaskan pelukkan Zull dari badannya. Dia melihat Zull pelik. Sebenarnya dia, Joe dan Mamat mendapat mesej yang sama daripada Zull. Zull menyatakan dalam mesej itu bahawa dia ingin berjumpa dengan mereka kerana kecemasan. Joe dan Mamat sudah menelan air liurnya apabila melihat Cikgu Azrell. Cikgu Azrell turut melihat mereka dengan wajah garang.

"Kenapa kamu panggil saya ke sini? Apa motif kamu?" tanya Azrell tegas.

"Oh ya. Jom ikut saya."

Balas Zull dan kemudian meneruskan perjalanan ke rumah Ridhuan dengan larian marathon. Azrell, Joe dan Mamat mengikut dari belakang. Joe dan Mamat kemudiannya dapat melihat kenderaan yang amat dikenalinya di luar perkarangan rumah seseorang yang dia tidak kenali.

Mereka menelan air liur dan memandang wajah satu sama lain. Mereka mula ragu-ragu untuk memasuki rumah yang agak usang itu. Azrell turut melihat rumah itu dengan pandangan pelik. Namun, dia tetap memasukinya apabila melihat Zull dengan selamba tenuknya memasuki rumah terbabit.

"Assalamualaikum, Nek Nor. Zull ni." Zull memberi salam dengan wajah gembira. "Eh, pak cik-pak cik dan mak cik-mak cik semua dah sampai ya. Bagus-bagus, tepati masa giteww."

Kelihatan dua orang perempuan lewat 50-an dan dua orang lelaki berumur duduk bersila di dalam ruang tamu rumah itu. Joe dan Mamat kenal dengan mereka berempat. Mereka merupakan ibu bapa Joe dan Mamat. Zull yang perasan dengan riak wajah cuak Joe dan Mamat tersenyum sinis.

OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)Where stories live. Discover now