Bab 13: Manusia yang membuat silap

134 17 0
                                    

DOKTOR AZFAR, Dato' Seri Azhar dan Datin Seri Shima sedang menjamu selera di ruang makan rumah mereka. Keadaan tenang sahaja. Doktor Azfar iaitu abang sulong Zull dan Joshua tidak banyak bercakap dengan keluarganya kerana dia lebih suka mendiamkan diri.

Dato' Seri Azhar pula sedang ralit membaca surat khabar manakala isterinya Shima sedang melayan mesej kawan-kawannya dalam whatsapp group para Datin pada skrin telefon. Joshua atau Azhann iaitu abang kedua Zull masih lagi dibuai mimpi. Dia masih belum bangun memandangkan hari itu dia mengambil cuti. Jika hari bekerja, dia ialah orang pertama yang bangun pagi. Kemudian, loceng rumah mereka berbunyi.

"Siapalah yang datang pagi-pagi buta macam ni. Bibik, oh Bibik. Pergi tengok siapa yang datang." arah Shima sambil menjerit.

Dia mengerling jam tangannya dan jarum jam menunjukkan pukul 6.50 pagi. Bibik yang berada di dapur meluru keluar ke ruang makan dan seterusnya ke arah pintu utama rumah. Dia membuka pintu rumah dan menuju ke arah pintu pagar.

Bibik mengenali seseorang yang sedang membunyikan loceng penggera rumah tersebut memandangkan orang itu pernah menziarahi rumah bosnya sebelum ini. Dia membuka pintu pagar. Sebuah kereta memasuki kawasan rumah dan memarkirkan kereta bersebelahan kereta Azfar.

Terdapat tiga orang manusia keluar dari kereta dengan wajah menakutkan dan seperti sedang menahan marah. Ketiga-tiga menusia itu meluru ke arah pintu utama rumah dengan laju. Bibik cuba bertanya khabar mereka namun, dia telah ditengking. Ketiga-tiga manusia itu memasuki rumah dan seorang daripada mereka telah menjerit lantang memanggil nama Joshua.

"Joshua! Joshua! JOSHUA!" jerit seorang perempuan kuat. Shima, Azfar dan Dato' seri Azhar menuju ke arah ruang tamu dengan wajah kaget.

"Datin Bayu. Kenapa terjerit-jerit ni?" soal Shima mengukirkan senyuman. Datin Bayu memandang Shima dengan pandangan jelik.

"Mana anak engkau, Si Joshua tu!? Panggil dia turun. Panggil dia SEKARANG!" jerit Datin Bayu kuat.

"Kenapa kau nak marah-marah ni?" duga Shima cuba menahan kemarahannya apabila Bayu menjerkahnya.

"Kenapa kau tanya...Heh! Anak kau yang kaki perempuan, kaki kelab, kaki minum itu telah buat anak aku mengandung. Mana aku nak letak muka aku. Kau tengok ni!" jerkah Bayu garang sambil memberikan pregnancy test kepada Shima.

Mendengar jawapan Bayu itu Shima, Azfar dan Azhar membuntangkan mata mereka kerana terkejut dengan berita itu. Dr Azfar iaitu abang sulong Zull mengambil alat menguji kehamilan tersebut dari tangan Bayu. Dia menggelengkan kepalanya.

"Kau jangan nak main tuduh-tuduh. Kau ada bukti ke anak aku yang buat. Entah-entah orang lain yang buat anak kau mengandung tapi jantan tu tak nak bertanggungjawab. Jadi, anak kau sebut nama anak aku. Pregnancy test ni boleh percaya ke daripada anak kau, entah-entah dia kutip yang oramg lain punya." bidas Shima tenang.

"Hei, anak aku bukan penipu. Anak aku ni nak pergi mana-mana pun dia bagitahu aku dulu. Aku tahu dia dating dengan Joshua dan dia selalu keluar dengan Si Joshua tu. Aku benarkannya sebab Joshua tu anak kau. Tapi anak engkau pun tak boleh nak diharap."

"Oh, anak kau tu baik sangat ke sampai kau kutuk-kutuk anak aku! Kalau Si Wulan ni baik sangat, dia tak akan mengandung." sindir Shima pedas.

Azfar dan Azhar sekadar mendengar. Mereka berdua masih terkilan mendengar berita itu. Jika berita ini tersebar luas, mereka akan menanggung malu yang besar.

"Eh, dia mengandung sebab anak kau yang buat." cantas Bayu laju.

Wulan iaitu anak Bayu menangis sedih di sebelah Ibunya. Ayahnya iaitu Datuk Awi hanya mendiamkan diri. Dia berasa geram namun tidak ingin masuk campur perbalahan kaum Ibu itu.

OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)Where stories live. Discover now