...
LELAKI yang mematahkan pedang Ungu tadi ketawa besar. "Haha! Nampaknya, Pahlwan Perang dan Pelindung amat-amatlah lemah pada kali ni. Korang semua ini kalah teruk dengan binatang peliharaan aku yang berada ditahap empat. Ini membawa maksud kamu semua lebih lemah dari haiwan aku. Macam mana korang nak kalahkan aku yang berada di tahap 2 ini?" sindir lelaki tersebut atau Tuan kepada Skremin Grek yang dikenali sebagai Jerlus. Jerlus berada di tahap dua sama seperti tahap Pak Bayang yang menyerang TBM dan NS di hadapan bank pada sebelum ini. Merah mengigit bibir. Dia memang pantang dipanggil lemah.
"Kau ambik ni!" jerit Merah dan terus berlari menuju ke arah Jerlus. "Rekahan Tanah!"teriak Merah dan membuatkan tempat Jerlus dan Skremin Grek berdiri merekah dengan besar.
Namun, sudah tentulah Jerlus sempat mengelak sambil membawa kedua-dua Skremin Greknya ke tempat lain. Jerlus secara serentak mencampakkan beberapa jarum besi yang tajam ke arah Merah, Oren, Kuning, Kelabu dan Ungu. Namun, nasib baiklah Merah sempat membuat dinding tanah untuk melindungi mereka semua. Lantas, sekali lagi Merah membuat serangan dengan menggempakan tanah. Namun, musuhnya dapat mengelak lagi.
"Hoi, engkau tak dapat berlawan ke Ungu!?" marah Merah. Ungu tersentap.
"Aku kena buat apa ni?" soal Ungu takut. Merah mendengus marah.
"Buatlah apa-apa pun." Bidas Merah garang dan mengetapkan bibirnya. "Macam mana aku nak hapuskan landak hidup ni?" bisik hati Merah gusar.
Setelah itu, Merah menggunakan tanahnya untuk mendekati Jerlus sambil bersedia dengan pasir yang halus yang mengelilingi kedua-dua lengannya. Merah mencampakkan pasir itu ke arah Jerlus dan pasir tersebut telah mengelilingi Jerlus. Jerlus sekadar tersenyum sinis. Senyuman itu membuatkan Merah tidak sedap hati. Sementara itu, Skremin Grek yang sudahpun dilepaskan oleh Tuannya sebentara tadi telah menyerang Kuning, Oren, Ungu dan Kelabu semula.
"Kau tahu, kau tak ada gerakan istimewa sepertimana pemegang batu Tanah yang dulu. Dalam Pahlawan Pelindung, Tanah adalah yang paling handal berlawan pada 20 tahun yang lalu. Nampaknya, batu itu telah tersalah memilih pemiliknya."
"Kau hanya pandai bercakap. Bila kau nak menyerang?"
"Kalau aku mula menyerang, korang semua akan lenyap. Jadi, tak seronoklah perlawanan ni nanti. Kau tak ada kawan-kawan yang hebat ke? Aku hanya akan berlawan dengan seseorang yang aku rasa layak dan setanding aku." jelas Jerlus angkuh.
"Tch! Tak guna! Kau cuba kata aku tak setanding kau ya. Nanti kau akan tahu sendiri aku layak atau tidak! Scattered sand!" teriak Merah dan membuatkan tempat itu mula berdebu dan dipenuhi dengan pasir halus.
Jerlus tersenyum sinis lagi. Dia memanggil lembingnya yang dipanggil Strobed Edge atau Lembing Strob. Dia melibaskan lembingnya dengan sekali hayung sahaja dan ianya sudahpun mampu untuk menghancurkan separuh tempat itu. Merah yang tidak sempat mengelak serangan tersebut, melambung jauh dari situ. Nasib baik dia sempat mendarat dengan baik apabila terkena hayungan Jerlus. Kuning, Ungu, Oren dan Kelabu pula sibuk melarikan diri mereka daripada Skremin Grek. Nafas Merah mula tercungap-cungap.
"Habislah, dia terlampau kuat. Macam mana kami nak menang kalau macam ni. Adakah kami akan kalah di sini, hari ni? Takkanlah. Aku sepatutnya berlatih dengan lebih gigih. Musuh semakin hari semakin kuat. Tolonglah untuk kali ni aje, biar aku yang menang. Lepas ni aku akan berlatih dengan bersungguh-sungguh." bisik hati Merah. Sekarang ini dia hanya mampu berdoa.
Merah cuba menyerang sekali lagi. Dia menuju ke arah Jerlus dengan laju di udara dengan menggunakan bantuan gelongsor tanahnya, namun dalam sekelip mata sahaja Jerlus menghilang dan muncul dibelakang Merah. Merah panik dan cuak. Belum sempat untuk dia mempertahankan dirinya dari belakang, Jerlus telah mencampakkan Merah ke bawah lalu menyebabkan Merah jatuh menyembah tanah dengan kuat. Bahu Merah terluka dan mengalirkan darah, begitu juga dengan separuh kepalanya. Kemudian, dia memuntahkan darah.
YOU ARE READING
OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)
FantasySepuluh batu permata Saphira telah jatuh ke bumi. Batu-batu itu telah memilih pemegang yang dirasakan layak untuk memiliki mereka. Sesiapa yang memiliki batu itu akan mempunyai kuasa. Dilan dan kawannya yang lain telah berjuang habis-habisan untuk m...