...
ZULL memasuki rumahnya dan dapat melihat Joshua dan yang lain sedang menonton TV. Dilan dan yang lain kepelikkan apabila Zull balik pada waktu begini.
"Zull, kau tak kerja ke?" soalnya ingin tahu.
"Aku ganti kerja hari Jumaat." Balas Zull dan sempat mengerling ke arah Joshua yang sedang memerhatikannya. "Abang jangan cuba nak terkam Zull eh!" ugutnya.
"Eleh, aku tak ada masa-lah nak terkam-terkam kau." Bidas Joshua.
"Habis tu, selama ni abang terkam-terkam Zull lepas balik kerja tu apa? Aku balik ni pun sebab ada hal aku nak beritahu korang."
"Hal apa?" soal Dilan. Niel dan Joshua sekadar mendengar. Amir turut mendengarnya memandangkan dia juga berada di situ.
"Wah, Amir kau pun tengok TV? Fuyooh, samseng tengok TV..." Zull menganjing Amir yang sedang melihatnya dengan tajam. Amir terus berdiri.
"Apa masalah kau ni, hah!"
"Ehehehehe...Mir, janganlah marah. Aku naik atas kejap, lepas tu aku turun balik dan beritahu korang apa yang korang perlu tahu." Zull bergegas mendaki tangga ke biliknya kerana mahu memanggil Hash. Dia berharap Hash berada di atas kerana ini adalah masa untuk sahabatnya yang lain berjumpa dengan Hash.
"Tahu takut." Bisik hati Joshua apabila melihat Zull bergegas naik ke atas.
Tidak lama selepas itu, Zull menuruni tangga dan di belakangnya kelihatan kelibat Hash yang sedang mengikuti langkah Zull. Dilan, Joshua dan Amir melihat wajah Hash dengan pelik. Niel menelan air liurnya. Zull sempat mengerling ke arah Niel yang berwajah cuak itu.
"Kau tak perlu risau, Pudina." Pesan Zull dengan senyuman sinis. Niel memandangnya dengan tajam dan kemudian menjelingnya.
"Siapa yang kau bawak tu, hah!? Dalam diam-diam kau ada anak Zull!" tegur Joshua dengan wajah kaget.
"Apa abang ni, orang tua macam ni logik ke jadi anak Zull?"
"Aku tak tua!" marah Hash garang.
Zull terus memandang ke arahnya. "Kau tak sedar diri rupanya, Hash. Ah, tak apalah, bukan masalah besar. Ini bukan anak aku, terang lagikan bersuluh, ini anak Dilan."
"Hoi! Kau pun sama je." Jerit Joshua lantang.
"Dah-dah...Siapa yang kau bawa sebenarnya ni?" sampuk Dilan.
"Hmmm...Khai tak sampai lagi ke?" soal Zull ingin tahu apabila tidak melihat kelibat Khai.
"Bel..." belum sempat Dilan menjawabnya, suatu cahaya muncul di situ dan setelah itu kelibat Khai mula kelihatan.
"Assalamualaikum. Adik!" Khai terus cuba untuk memeluk Zull apabila dia memunculkan dirinya betul-betul di sebelah Zull. Tetapi, Zull menghalang dengan mendepakan tangannya ke arah Khai.
"Janganlah macam ni, abang cuma nak peluk." Rengek Khai.
"Tak payah!" marah Zull. Akhirnya, Khai akur walau pun masih tidak berpuas-hati.
"Ak! Anak Zull?" Khai membuntangkan matanya apabila melihat kelibat Hash di belakang Zull.
"Ni lagi satu..." Zull membuat wajah muak.
"Hahahahaha!" Joshua sudah galak ketawa. Amir dan Dilan juga turut tersenyum nipis kerana geli-hati apabila melihat reaksi Khai. Tetapi, Niel masih lagi dengan wajah seriusnya. Dia mula rasa tergugat kerana risau Ketua Hash mengenali identitinya sebagai Putera Hazel.
YOU ARE READING
OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)
FantasySepuluh batu permata Saphira telah jatuh ke bumi. Batu-batu itu telah memilih pemegang yang dirasakan layak untuk memiliki mereka. Sesiapa yang memiliki batu itu akan mempunyai kuasa. Dilan dan kawannya yang lain telah berjuang habis-habisan untuk m...