Bab 12: Shhh...Ada sesuatu di luar tingkap

149 18 0
                                    

MINA, Yurina, Henna dan Tina duduk mencangkung di belakang rumah hantu yang berada di dalam Festival Thai. Mereka berempat telah siap memakai baju Night Stalkers dan bersembunyi di belakang rumah itu sejak daripada tadi.

Mereka ingin menyiasat tentang Pelukis Hidup semalam. Pelukis Hidup mengatakan pelawat Festival Thai semalam akan disumpah. Namun, semalam tiada apa-apa yang berlaku. Jadi, mereka ingin menyiasatnya sekali lagi. Petang tadi, selepas pulang dari sekolah mereka membersihkan diri dan selepas itu terus menuju ke Festival Thai bersama-sama.

"Aduhai, berapa lama kita nak tercongok di sini. Aku nak tengok dramalah." rengek Mina malas.

"Sabarlah. Pukul 5.30 nanti, kalau tak ada apa-apa jugak kita baliklah ya." pujuk Yurina lembut.

"Aku nak jumpa Dilan, aku rindukan dia."

Tina mencelah dengan nada yang tidak bersemangat. Dia memuncungkan mulut dan mendaratkan kepalanya ke bahu Mina yang berada di sebelahnya.

"Eish, tak senonoh betullah perempuan ni. Belum apa-apa lagi dah rindu. Menyampah aku. Kenapalah tak ada tong sampah di sini." sindir Mina pedas membuatkan Tina tergelak kecil.

"Kau jealous eh?"

"Eh, jealous apa bendanya. Aku menyampah. Aku dah cakap tadi kan. Aku rasa Dilan tu bukan main lagi nak mengelak daripada jumpa kau, takkanlah kau tak nampak Tina oi. Sedarlah diri sikit. Engkau ni, kalau aku jadi kau, dah lama aku terima Si Khai tu. Khai tu bukannya ada kekurangan sangat pun. Kekurangan dia hanyalah 'kelembutan' dia tu. Dia agak baiklah, kan Yurina kan." Mina menongkat dagu dengan menggunakan kepala lututnya.

"Entahlah, aku tak tahu nak cakap apa. Pelikkan pasal Pelukis Hidup ni. Dia cakap dia akan menyumpah manusia yang berada di dalam festival ni. Tetapi, tak ada apa-apa jadi. Korang rasa kenapa jadi macam tu?" duga Yurina.

Yurina menjawab soalan Mina dengan acuh tak acuh kerana dia perlu fokus dengan masalah mereka sekarang.

"Mungkin dia hanya menipu." balas Mina dan Tina serentak. Mereka berdua tergelak apabila memberi jawapan yang sama.

"Mungkin juga ia suatu helah untuk mengalihkan perhatian kita." celah Henna lembut sambil membetulkan posisi cermin matanya. Kawan-kawannya memandang dia tidak percaya.

"Kenapa kau rasa macam tu?" soal Yurina ingin tahu.

"Mereka ingin mengalihkan perhatian kita sementara mereka membuat kacau tempat lain." balas Henna tenang. Yurina memegang dagunya tanda berfikir.

"Tetapi semalam tak ada Raidez yang membuat masalah. Tak ada apa-apa berita yang viral, kan, kan."

Yurina memandang wajah ahlinya satu persatu. Mereka semua mengangguk perlahan. Kemudian, mereka berempat dapat mendengar manusia menjerit dari arah Festival Thai. Mereka memandang wajah antara satu sama lain.

"Kita pergi tengok sekarang." ajak Yurina atau Biru.

Mereka yang lain mengangguk laju. Kuning atau Tina terbang ke atas dan melihat festival dari pandangan atas. Yurina, Mina dan Henna berlari laju untuk ke festival yang berada di sebelah Rumah Hantu.

Sampai sahaja di sana, mereka membeliakkan mata luas. Mereka dapat melihat beberapa penjual dan pelawat berubah menjadi Raksa iaitu raksasa yang dilukis oleh Pelukis Hidup semalam.

"Menakutkan." bisik hati Biru sambil menelan air liur.

"Kita kena call Ayumi dan Prof. Rachan, kan." kata Mina atau Oren dengan suara takut. Yurina mengangguk.

"Oren kau telefon mereka dulu. Aku dan Hijau akan uruskan benda ni." bisik Biru atau Yurina kepada Oren.

Oren mengangguk. Dia berlari ke belakang rumah hantu semula dengan nafas lega. Manusia yang tidak dilukis oleh Pelukis Hidup semalam bertempiaran melarikan diri apabila tempat itu menjadi haru-biru dengan manusia yang sedang berubah menjadi Raksa.

OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)Where stories live. Discover now