...sambungan Bab 7

154 19 0
                                    

...

Pukul 2.00 Petang.

DILAN memasukkan semua buku nota yang berada di dalam laci meja ke begnya. Dia ingin bersiap-siap untuk pulang ke rumah sewanya. Dia memandang Zull yang sedang khusyuk mengorek hidung. Dia sudah siap berkemas dan sedang menunggu Dilan.

"Dee, cepatlah sikit. Lambatnya kau ni macam siput, terhegeh-hegeh. Aku rasa siput pun lebih laju dari kau. Kau kenal siput sedut? Ala, siput tu macam pokok. Pokok tu dia ada bunga. Bunga tu pulak macam matahari. Ha, itulah siput." bebel Zull.

Dilan melemparkan senyuman manis kepada Zull kerana dia tahu Zull sedang bergurau dengannya.

"Kau tunggu aku di luar pagar pun tak apa. Nanti aku datang, aku nak pergi tandas kejap ni."

"Asal baru sekarang kau cakap. Cakaplah awal-awal. Kau ni selalu macam ni, tak fahamlah aku. Perangai siapa kau kutip ni? Aku tunggu kau dekat luarlah. Kau jangan cuba mengurat perempuan ya. Ish, sia-sia aje aku cerita pasal siput sedut. Ingat senang ke bercerita sambil korek hidung! Chett!"

Zull mengigit bibirnya dan berjalan menuju ke luar kelas. Sewaktu berada di luar kelas dia terserempak dengan Khai yang sedang membuat wajah sedih. Khai baru sahaja balik ke kelas selepas berlari keluar semasa rehat tadi. Dia sedang menghiburkan hatinya yang sedih kerana Tina mula menyukai pelajar lain.

"Kau Khai, kan?" soal Zull garang. Khai melihat Zull dan mengangguk dengan lembut.

Zull menghulurkan tangannya kepada Khai. Zull telah berkenalan dengan semua pelajar lelaki di dalam kelasnya tadi termasuklah pelajar lelaki di sebelah kelasnya. Zull seorang yang sangat peramah dan suka berkawan walau pun percakapannya sangat kasar.

Khai melihat tangan Zull dan mengalih pandangan pada wajah Zull pula. Ini ialah kali pertama seseorang menegurnya dahulu. Selalunya, para pelajar akan mengelak untuk berkenalan dengannya memandangkan dia seorang yang lembut dan selalu ditemani Pengawal Peribadi.

"Aku Zull Alfi Almi. Panggil aku Zull aje." Zull masih menghulurkan tangannya kepada Khai.

"Eh, engkau ni dah kenapa ha? Tak reti nak salam ke. Meh aku ajar."

Zull menarik tangan Khai dan bersalaman dengan Khai secara paksa. Zull menghulurkan tangannya kepada Roy Azrai yang berada di sebelah Khai. Roy Azrai melihat Zull curiga namun menyambutnya.

"Engkau ni pulak siapa pulak? Asal pakai baju kot, tak ada baju sekolah ke? Nak datang sekolah tu buat cara datang sekolahlah, kenapa nak pakai baju kot bagai. Kau tak panas ke? Kau tahu tak pakai baju hitam semasa tengah panas boleh memerangkap haba. Kalau haba terperangkap kau akan rasa bahang panas dan mungkin boleh mati seperti cacing kepanasan. Kau kenal cacing kepanasan?"

Soalan Zull tidak dijawab oleh mereka berdua. Sebaliknya mereka berdua saling melemparkan pandangan.

"Aku tanya ni, kenapa senyap aje. Malaslah aku nak cerita. Ish, tak faham aku. Orang tanya ni jawablah, apa salahnya kan. Bukannya ada emas pun dalam mulut."

"Em, dia pengawal peribadi saya, Roy Azrai." balas Khai lembut dan melemparkan senyuman menawan kepada Zull.

"Oh, sebab kau anak orang kaya, kan. Um, baguslah tu. Tak apalah aku nak balik ni. Assalamualaikum."

"Awak nak ke rumah saya?" pelawa Khai gembira. Dia seorang yang suka mengajak orang lain ke rumahnya. Zull melihat Khai dengan aneh.

"Asal? Cantik sangat ke rumah engkau? Beraninya kau ajak orang yang baru kau kenal ke rumah, kalau orang tu jahat macam mana? Apahal! Senang-senang aje ajak orang pergi rumah dia padahal baru kenal. Aku tak pernah aku jumpa lagi spesies macam ni..."

OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)Where stories live. Discover now