...sambungan Bab 30

88 11 0
                                    

...

"KAMU dan pemegang batu permata tanah sebelum ini mempunyai satu persamaan jika berdasarkan pemerhatian saya. Namun, pemerhatian saya ini tidak semestinya 100% tepat. Persamaannya ialah kamu berdua ini sama-sama GARANG dan teliti." ujar Prof Rachan di dalam makmal keluarga Khai.

"Huh, garang?" Ayumi menjeling Rachan dan menyilangkan kedua-dua tangannya.

"Er, jangan cakap yang selama ini kamu tidak sedar yang kamu seorang yang garang?" Rachan tersengih-sengih seperti emoji sambil menggaru belakang kepalanya.

"Sudah tentu saya tahu pasal hal itu. Semua orang yang saya kenal anggap saya macam itu. Tapi, diberitahu mengenai hal itu oleh orang tua seperti Prof, telah melukai ego saya."

"Kenapa pula? Kamu yang tanya kenapa kamu dipilih menjadi pemegang batu permata tanah, bukan? I'm just saying what I have in my mind about your question."

"Whatever, it's not like it's a bad idea anyway. So how about the others?"

"Saya rasa Henna dipilih kerana kekalutan dia, manakala Tina kerana sifat kuat berangannya, Yurina kerana ketenangan yang dia ada dan Mina kerana obsesinya."

"Hah? Obsesi?"

"Ya. Pemegang batu permata minda pada 26 tahun yang lalu, mempunyai obsesi yang melampau terhadap eksperimen."

"Itu seperti saya! Jadi kenapa saya tidak dapat batu itu?"

"Jawapannya sangat mudah, kerana kamu tidak begitu obses dengannya. Ayumi, bukankah saya sudah cakap yang ini cuma pemerhatian saya. Jadi, kamu janganlah mengambil hal ini secara serius."

"Huh! Saya tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku sekarang ini. Saya cukup-cukup bencikannya. Saya tidak faham kenapa dia boleh jadi sekuat itu tanpa saya sedar. Dia tidak pernah berlatih. Asyik tengok drama sahaja!" bebel Ayumi garang dan telah membuatkan Rachan menelan air liurnya.

"Sabarlah..."

"Saya nak balik..."

Ayumi berkata dengan malas dan terus mengemas barang-barangannya itu. Dia sudah tidak ada hati untuk meneruskan eksperimennya dengan Professor Rachan. Serentak itu juga, pintu makmal terbuka. Kelihatan, seseorang yang sangat dikenali oleh Ayumi dan Rachan melangkah masuk ke dalam makmal terbabit dengan wajah pelik.

"Apa awak buat di sini?" soal seseorang tersebut.

"Bukankah ia sangat jelas yang kami sedang membuat eksperimen." bidas Ayumi dan menjeling seseorang itu tajam. Dia meneruskan kerjanya untuk mengemas barangan.

"Um, Tuan Muda Khai buat apa di sini?" soal Rachan ingin tahu.

"Saja, saya ingin memantau tempat ini memandangkan tempat ini dekat dengan rumah saya. Saya teringat yang Prof duduk di sini. Jadi, saya datanglah melawat." balas seseorang itu atau Khai dengan tergedik-gedik.

"Oh, seorang diri?" soal Rachan dengan nada aneh kerana tidak melihat pengawal peribadi Khai berada di sebelah. Khai mengangguk dengan perlahan.

"Haah, Papa dan Nek Chu benarkan saya memandu seorang diri jika berdekatan dengan rumah. Lagipun, saya berjaya pujuk mereka dengan jurus rahsia. Hehe."

Kemudian, dalam pada masa itu, Ayumi menggalas begnya dan cuba berjalan keluar dan menuju ke arah Khai yang berada di hadapan pintu itu. Ayumi memandang Khai tajam dan mendecis.

"Ke tepilah sikit, aku nak lalu!"

"Ah, saya minta maaf. Awak nak pergi mana?"

"Baliklah, buat apa lagi. Aku nak muntah tengok wajah Prof lama-lama." sindir Ayumi pedas. Rachan mengecilkan bola matanya dan tersenyum kelat.

OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)Where stories live. Discover now