...sambungan Bab 15

105 15 0
                                    

...

ZESSS yang telah menumpang badan Fafa telah menggunakan kuasanya untuk mengapungkan badan Milah, Dilan dan Ayumi di awangan. Dia ingin memulakan upacara korbannya pada waktu itu juga. Milah, Ayumi dan Dilan tidak meronta-ronta atau membuat bising memandangkan mereka hanyalah badan tanpa jiwa.

"Aku telah dapatkan kau jiwa tiga mangsa untuk kau ratah. Jadi, terimalah mangsa kau ini."

Zesss atau Fafa berkumat-kamit membaca sesuatu. Kemudian, sebuah cahaya bersinar menyinari tubuh Ayumi dan Fafa. Zesss tersenyum. Sedikit masa lagi, dia akan bebas dari sumpahan itu. Kemudian, Zesss dan Fafa ketawa jahat.

"Hahahahahaha! Akhirnya inilah masa yang aku tunggu-tunggu...Hahaha." Zess galak ketawa.

"Berapa minit benda ni untuk berhasil?" soal Fafa. Zesss masih lagi menghuni tubuh badannya.

"Lagi satu minit, semuanya akan berakhir. Kau akan dapat Azwa kembali, dan aku akan dapat tubuh aku semula. Hehehe....hahahaha." Zesss ketawa jahat.

Namun, setelah seminit berlalu, tiada apa pun yang berlaku. Ia telah membuatkan Zesss tertanya-tanya akan cara seruannya. Mungkin bacaannya salah. Fikirnya. Kemudian, dia baru perasan yang tubuh Dilan tidak bersinar seperti Ayumi dan Milah.

"Kenapa tubuh lelaki itu tidak bersinar. Fafa, apa kesalahan dia kepada kamu!?" duga Zesss garang. Fafa kaget dan mula tidak sedap hati. Dia mengetap bibirnya.

"Fafa, bagitahu aku apa kesalahan budak lelaki itu kepada kau!?" gesa Zesss sekali lagi. Kali ini dia menyinga.

"Um... Dia...dia...sebab dialah Azwa cedera. Kami ingin bagi surat cinta kepada dia petang tu. Waktu tu waktu lepas sekolah, jadi sebenarnya dia langsung tidak ada kaitan pasal kejadian itu pun. Cuma aku, aku yang menyalahkan dia sebab kalau aku tak bagi surat tu, sudah tentu Azwa tak akan kena."

Fafa berterus-terang sambil air matanya mula mengalir. Zesss menyirap kerana marah akan Fafa.

"Kau...Aku akan bunuh kau dulu!"

Zesss keluar kembali daripada jasad Fafa. Mulut Fafa terbuka luas dan matanya terbeliak besar. Asap hitam mula berkepul-kepul keluar dari Fafa. Tubuh badan Zesss mula kelihatan. Dia menyeru senjata yang berupa senduk. Dia ingin membunuh Fafa.

"Senduk Batu!" jerit Zesss garang.

"Tidak Zesss." rayu Fafa sayu.

Namun, Zesss berhenti apabila Senduk Batunya terkena batu yang dilemparkan oleh seseorang. Zesss mengalih pandangan ke arah seseorang itu.

"Siapa kau?" duga Zesss garang.

"Almi." jawab seseorang itu atau Zull. Dia menyebut nama pangkal akhirnya, Almi memandangkan nama penuhnya ialah Zull Alfi Almi.

"Oi, Zull kau buat apa ni?" bisik Kuning dari belakang Zull.

"Kau panggil kawan-kawan kau yang lain." bisik Zull kembali.

"Kau, kau pun tahu identiti diorang???"

"Cepatlah. Aduh...."

Tina akur dan berlalu pergi. Zesss cuba untuk menyerang hendap Tina, namun Zull menghalang dengan melemparkan batu ke arah Zesss seklai lagi.

Zesss berhenti dan melihat Zull tajam. "Oi, kau tahu aku siapa?"

"Mmmmm...Cicak kobeng."

"Aku bukan cicaklah. Aku Ular. Ular-Man! Kau tak nampak ke ekor aku macam ular ni!"

"Tak."

Dia ingin menaikkan kemarahan Zesss. Ia merupakan rancangannya untuk menumpaskan Zesss. Kelemahan seseorang itu akan timbul apabila dia terlampau marah kerana emosinya yang tidak stabil. Apabila ia berlaku, dia tidak dapat mengesan kelemahan yang ditunjukkan olehnya. Malahan, seseorang yang berlawan sewaktu beremosi akan menyerang secara membuta-tuli dan ia akan memenatkan mereka.

OLIENPIECE 1: Wira Terakhir (Musim 1)Where stories live. Discover now